Pada tahun 1884, Kanada Marcellus Gilmore Edson menjadi orang pertama yang mencipta peanut butter. Ia menjadi ruji di rumah-rumah Amerika Utara selama hampir 131 tahun.
Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan lazat yang mengandungi lemak bagus dan kaya dengan nutrien yang sihat, malah menjadi antara makanan untuk penurunan berat badan.
Jadi, bagaimana sebenarnya mentega kacang boleh membuatkan perut anda rata? Apa lagi yang ia boleh lakukan kepada badan anda? Ini jawapannnya.
#1: Anda mengurangkan risiko penyakit
Menurut kajian Vanderbilt University 2015, makan kacang setiap hari dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah. Apa yang memberikan kacang keupayaan untuk menghalang terjadinya pelbagai penyakit?
Ketumpatan nutriennya mempromosikan kesihatan dan perlindungan. Kacang mempunyai profil lemak yang sihat termasuk lemak mono dan polyunsaturated yang kaya dengan antioksidan.
Ia juga mengandungi nutrien seperti kalium yang dapat membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat, kaya dengan serat dan phytosterols tumbuhan yang menyihatkan.
Asid lemak tanpa tepu dan tak tepu boleh menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida LDL, menurunkan risiko sindrom metabolik, penyakit jantung, dan diabetes jenis 2.
#2: Perut cepat kenyang
Lemak dan protein monounsaturated dalam mentega kacang sangat sihat.
Menikmati mentega kacang yang disapu pada roti bakar ketika sarapan, sandwich untuk makan tengah hari dan salutan pada epal untuk snek boleh menghalang anda makan secara berlebihan.
Namun, ia haruslah diambil secara sederhana dan tanpa gula jika anda ingin mendapat manfaatnya. Saiz hidangan yang baik adalah dua sudu. Anda juga boleh bertindak secara kreatif dengan mencampurkan mentega kacang ke dalam menu anda.
#3: Rasa lebih bertenaga
Protein, serat dan lemak sihat dalam mentega kacang boleh memberikan anda tenaga yang anda perlukan untuk memulakan hari dan sepanjang hari.
Ia juga membantu mengekalkan gula darah yang stabil, yang menghalang keletihan dan kelesuan ketika anda sedang bekerja.
#4: Menurunkan berat badan
Walaupun anda mengawal ketat pemakanan anda, kajian menunjukkan bahawa mentega kacang boleh membantu mengurangkan berat badan. Mengapa?
Sebagai permulaan, mentega kacang mengandungi lebih banyak protein daripada jenis kacang yang lain iaitu 8 gram dalam 2 sudu besar.
Tambahkan pada kandungan lemak dan serat yang tinggi, dan anda mempunyai snek yang lazat yang akan menjadikan daya kelaparan anda tahan lebih lama. Hasilnya, mungkin anda akan mengurangkan pengambilan kalori pada siang hari.
Ramai orang mendapati bahawa makan 200 kalori mentega kacang adalah lebih sihat daripada, katakan, 200 kalori pretzel.
Menurut satu kajian di Journal of Obesity and Related Metabolic, kacang tanah juga boleh meningkatkan relau metabolik anda.
Dalam kajian tersebut, kadar metabolisme subjek melonjak sebanyak 11% apabila mereka makan kira-kira 500 kalori kacang setiap hari selama 19 minggu.
#5: Anda jadi lebih bijak
Kajian mendapati bahawa lemak monounsaturated yang ada dalam makanan seperti kacang dan minyak zaitun adalah perlindungan terhadap kesihatan dan fungsi otak.
Bagaimana? Ciri-ciri antioxidative dan anti-inflamasi kacang membantu mengurangkan tekanan (atau kerosakan oksidatif) ke otak.
Untuk mereka yang sedang membesar, mentega kacang sesuai untuk diambil kerana ia boleh meransang pertumbuhan sel-sel otak.
Namun perlu diingatkan! Sesetengah mentega kacang boleh menjejaskan zakar anda kerana terdapat petani kekacang menggunakan racun perosak yang menjadikan bahan kimia senang larut dalam pertumbuhan kacang.
Pendedahan racun perosak telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dan kesuburan pada lelaki. Bagaimana anda ingin memilih mentega kacang yang sesuai dengan ciri-ciri di atas? Pilihlah yang mengandungi sumber pelbagai organik.
Sumber: MSNLifestyle
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI