Rupanya Minum Air Sejuk Kosong Bantu Turunkan Berat & Tingkatkan Metabolisme!

Share

Kita selalu didedahkan dengan mitos yang mengatakan minum air sejuk penyebab berat badan makin bertambah. Sudahnya apabila kita berdiet, kita takut tak sentuh air sejuk bimbang diet yang kita lakukan gagal.

Namun bukan semudah itu lemak di badan anda boleh bertambah hanya kerana anda minum air sejuk. Malah minum air sejuk juga rupanya banyak manfaat antaranya boleh membantu menurunkan berat badan, sekali gus menaikkan metabolisme.

Penerangan tentang ini dikongsikan oleh page Root of Science secara terperinci. Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi takut untuk minum air sejuk.

Kalau nak cepatkan penurunan berat badan, pastikan anda minum air sejuk kosong dan bukannya air sejuk manis. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Patutlah Wajah Awet Mudah & Badan Sihat, Rupanya Rajin Minum Air Selepas Bangun Tidur!

Minum air sejuk lepas makan boleh menyebabkan gemuk ke?

Kepercayaan ini sudah lama bertapak di dalam masyarakat dimana kita percaya bahaya meminum air lepas makan merupakan punca kepada obesiti.

Penjelasan yang diberikan oleh mereka yang mempercayai perkara ini adalah mereka percaya bahawa jika air sejuk diminum selepas makan ia akan menyebabkan lemak menjadi beku dan kemudian menjadi lemak pada bahagian perut. Inilah punca oebsiti kata mereka.

Tetapi sebelum kita sentuh bab itu, mari kita bincangkan berkenaan dengan penyerapan lemak dalam saluran permakanan manusia.

Pencernaan lemak

Perlu diketahui bahawa lemak terdiri daripada 2 kompaun iaitu glycerol dan fatty acid yang bergabung menjadi triglyceride. Triglyceride inilah lemak yang kita katakan sebelum ini.

Disebabkan triglyceride bersifat hydrophobic(takut kepada air), ini membuatkan ia tidak larut di dalam air. Sedangkan enzim lipase yang digunakan untuk menguraikan lemak tersebut adalah jenis yang larut dalam air sahaja.

Gabungan glycerol dan 3 kompaun fatty acid akan menghasilkan kompaun triglyceride (lemak)

Badan mengatasi perkara ini dengan merembaskan garam hempedu yang akan membuatkan gumpalan lemak tadi pecah menjadi gumpalan yang kecil. Gumpalan yang kecil ini akan meningkatkan luas permukaan untuk enzim lipase menguraikan lemak tersebut.

Ketika mana ia telah diuraikan menjadi glycerol dan fatty acid, barulah ia akan diserap oleh dinding usus dan akan dibawa ke seluruh anggota badan yang lain untuk digunakan sebagai tenaga ataupun tempat penyimpanan tenaga seperti lemak.

Jika lemak terlebih simpan, itulah penyebab kepada obesiti.

Pada bahagian kiri, gumpalan lemak dipecahkan menjadi gumpalan kecil menggunakan garam hempedu(bile salt). Ini akan menambahkan luas permukaan untuk tindakakan enzim lipase. Enzim lipase akan menguraikan lemat tadi menjadi fatty acids dan glycerol. Free fatty acid ini pula akan diserap ke dalam permukaan sel usus untuk dihantar ke bahagian badan yang lain menggunakan chylomicrons.

BACA: Selain Tingkatkan Sistem Imuniti, Mandi Air Sejuk Juga Boleh Kuruskan Badan

Minum air sejuk penyebab obesiti ke?

Sebelum ini dikatakan minum air sejuk akan menyebabkan penggumpalan lemak yang tidak boleh dicernakan oleh badan dan menyebabkan ia berkumpul di perut dan menjadi penyebab kepada obesiti.

Tetapi seperti penerangan saya di atas, syarat pertama untuk dia menjadi lemak di dalam badan kita, perlulah ia dicernakan dan diserap terlebih dahulu.

Kemudian barulah ia akan dibawa kepada bahagian badan yang lain dan berkumpul di situ menjadi lemak. Tetapi, jika ia masih dalam gumpalan lemak, sudah tentu ia tidak boleh diserap oleh badan dan badan tidak akan menjadi obes sepatutnya.

Oleh itu, perlu kita faham bahawa minum air sejuk tidak menyebabkan kegemukan malah ada juga kajian yang menyatakan jika kita meminum air yang sedikit sejuk, ia akan meningkatkan metabolisma badan kita dan menyebabkan penurunan berat badan. Bukan peningkatan berat badan.

Sebagai tambahan, air kosong tidak mempunyai sebarang kalori di dalamnya. Bermaksud ia tidak mempunyai apa-apa tenaga untuk ditukarkan kepada lemak.

Jadi jika anda ingin minum air sejuk, silakan.

Published by
Roselinda