Kita selalu didedahkan dengan mitos yang mengatakan minum air sejuk penyebab berat badan makin bertambah. Sudahnya apabila kita berdiet, kita takut tak sentuh air sejuk bimbang diet yang kita lakukan gagal.
Namun bukan semudah itu lemak di badan anda boleh bertambah hanya kerana anda minum air sejuk. Malah minum air sejuk juga rupanya banyak manfaat antaranya boleh membantu menurunkan berat badan, sekali gus menaikkan metabolisme.
Penerangan tentang ini dikongsikan oleh page Root of Science secara terperinci. Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi takut untuk minum air sejuk.
Kalau nak cepatkan penurunan berat badan, pastikan anda minum air sejuk kosong dan bukannya air sejuk manis. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Minum air sejuk lepas makan boleh menyebabkan gemuk ke?
Kepercayaan ini sudah lama bertapak di dalam masyarakat dimana kita percaya bahaya meminum air lepas makan merupakan punca kepada obesiti.
Ads
Penjelasan yang diberikan oleh mereka yang mempercayai perkara ini adalah mereka percaya bahawa jika air sejuk diminum selepas makan ia akan menyebabkan lemak menjadi beku dan kemudian menjadi lemak pada bahagian perut. Inilah punca oebsiti kata mereka.
Tetapi sebelum kita sentuh bab itu, mari kita bincangkan berkenaan dengan penyerapan lemak dalam saluran permakanan manusia.
Pencernaan lemak
Perlu diketahui bahawa lemak terdiri daripada 2 kompaun iaitu glycerol dan fatty acid yang bergabung menjadi triglyceride. Triglyceride inilah lemak yang kita katakan sebelum ini.
Disebabkan triglyceride bersifat hydrophobic(takut kepada air), ini membuatkan ia tidak larut di dalam air. Sedangkan enzim lipase yang digunakan untuk menguraikan lemak tersebut adalah jenis yang larut dalam air sahaja.
Ads
Gabungan glycerol dan 3 kompaun fatty acid akan menghasilkan kompaun triglyceride (lemak)
Badan mengatasi perkara ini dengan merembaskan garam hempedu yang akan membuatkan gumpalan lemak tadi pecah menjadi gumpalan yang kecil. Gumpalan yang kecil ini akan meningkatkan luas permukaan untuk enzim lipase menguraikan lemak tersebut.
Ketika mana ia telah diuraikan menjadi glycerol dan fatty acid, barulah ia akan diserap oleh dinding usus dan akan dibawa ke seluruh anggota badan yang lain untuk digunakan sebagai tenaga ataupun tempat penyimpanan tenaga seperti lemak.
Jika lemak terlebih simpan, itulah penyebab kepada obesiti.
Pada bahagian kiri, gumpalan lemak dipecahkan menjadi gumpalan kecil menggunakan garam hempedu(bile salt). Ini akan menambahkan luas permukaan untuk tindakakan enzim lipase. Enzim lipase akan menguraikan lemat tadi menjadi fatty acids dan glycerol. Free fatty acid ini pula akan diserap ke dalam permukaan sel usus untuk dihantar ke bahagian badan yang lain menggunakan chylomicrons.
Sebelum ini dikatakan minum air sejuk akan menyebabkan penggumpalan lemak yang tidak boleh dicernakan oleh badan dan menyebabkan ia berkumpul di perut dan menjadi penyebab kepada obesiti.
Tetapi seperti penerangan saya di atas, syarat pertama untuk dia menjadi lemak di dalam badan kita, perlulah ia dicernakan dan diserap terlebih dahulu. Kemudian barulah ia akan dibawa kepada bahagian badan yang lain dan berkumpul di situ menjadi lemak. Tetapi, jika ia masih dalam gumpalan lemak, sudah tentu ia tidak boleh diserap oleh badan dan badan tidak akan menjadi obes sepatutnya.
Oleh itu, perlu kita faham bahawa minum air sejuk tidak menyebabkan kegemukan malah ada juga kajian yang menyatakan jika kita meminum air yang sedikit sejuk, ia akan meningkatkan metabolisma badan kita dan menyebabkan penurunan berat badan. Bukan peningkatan berat badan.
Sebagai tambahan, air kosong tidak mempunyai sebarang kalori di dalamnya. Bermaksud ia tidak mempunyai apa-apa tenaga untuk ditukarkan kepada lemak.
Jadi jika anda ingin minum air sejuk, silakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang tak tahu, air rebusan epal dan kayu manis berkhasiat untuk mengecilkan perut. Jika diamalkan secara berterusan, tidak mustahil air rebusan epal dan kayu manis ini boleh buat anda cepat kurus.
Petua minum air rebusan epal dan kayu manis ini telah diamalkan oleh Chacha’s Crib untuk membuang lemak dan mengecilkan perutnya. Setelah melakukannya selama 3 minggu, dia berjaya membuang 1.2kg lemak dan perutnya juga mengecil 1 inci.
Kalau nak cuba petuanya, jom baca perkongsian ini.
Dah 3 minggu amal jus rebus ni. Setakat hari ni dah kurang 1.2kg. Perut kecut 1 inci setengah. Elok ni untuk buang lemak esp kat perut ? Saya nak amal sampai menjadi and lemak pun pegi ??
Bahan-bahannya:
– 1 biji epal hijau atau epal merah
– 1 batang kulit kayu manis
– 1.5 liter air
Selain perempuan, lelaki juga perlu tahu waktu subur. Selalunya kita biasa dengar tentang info waktu kesuburan wanita. Tapi tak banyak pula orang mengambil tahu tentang waktu subur lelaki.
Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktu musim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.
Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya. Pada waktu siang dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Oleh itu, lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau “senang lekat”.
Pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri.
Untuk pasangan yang “susah lekat”, mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menarik untuk ketenangan minda. Suhu sejuk bilik ‘honeymoon’ akan menambahkan lagi kelebihan pada kesuburan anda.
Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk merancang kehamilan. Nak tahu sama ada sperma anda ada masalah atau tidak?
5 ciri-ciri sperma yang bermasalah:
1. Sperma terlampau pekat
2. Sperma berwarna coklat atau kemerahan (sperma yang sihat berwarna putih awan)
3. Sperma berwarna kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk
Sperma yang normal akan berbau seperti klorin. Jika sperma anda mengeluarkan bau busuk, kemungkinan adanya jangkitan. Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.
Do & don’t’s untuk kesuburan lelaki:
Gunakan seluar yang longgar dan elak seluar yang terlampau ketat.
Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
Elakkan minuman beralkohol.
Jangan terlampau kerap makan daging merah.
Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
Kurangkan stres terlampau yang boleh menjejaskan hormon anda.
Dapatkan berat badan yang ideal.
Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
Amalkan makanan tambahan atau suplemen yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan Ramadan mengajar kita untuk lebih bersabar. Menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Dari segi senaman pula mungkin ada yang tertanya-tanya adakah ia oleh dilakukan?
Ya, mengapa tak boleh! Namun rutin senaman yang anda lakukan itu perlulah sesuai dengan keadaan fizikal dan badan yang sedang berpuasa. Jangan terlalu mengikut nafsu bersenam bersungguh-sungguh. Senaman ringkas selama 15 minit pada waktu petang ketika dalam satu jam sebelum waktu berbuka juga boleh dilakukan.
Terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan secara ringan. Berikut senaman yang boleh anda lakukan.
PLANK
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 2hingga 3 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta. Usah terlalu lama, risau nanti anda jadi terlalu penat dan hilang banyak air.
PUSH UP
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.
BIRD-DOG
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.
SQUATS
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.
DEAD BUG
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.
DOWN DOG
Selepas itu lakukan down-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.
WALL-SIT
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.
Semoga senaman ringkas ini boleh membantu anda mengekalkan kecergasan dan kekuatan otot walaupun sedang berpuasa. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.