Bukan Makanan Je penyebab Kolestrol, Ini Faktor Lain Yang Boleh Tingkatkan Kolestrol Kamu

Share

Masalah kolesterol tinggi sebenarnya amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit jantung, strok dan sebagainya tanpa disedari. Selalunya bila pemeriksaan mendapati tahap kolesterol adalah tinggi perkara pertama yang kita lakukan adalah mengawal pemakanan. Kita akan menghindari makanan berlemak dan mengamalkan diet sihat. Tapi sebenarnya pemakanan bukannya semata-mata faktor penyebab kolesterol tinggi.

 

Ada lagi beberapa penyebab lain yang kita jarang ambil kira. Ada penyebab kolesterol tinggi ini boleh kita kawal dan ada juga sebaliknya.

Tanda Kolestrol Tinggi

Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher

Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

Sering berasa sakit kepala.

Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.

Sakit pada dada sebelah kiri kerana pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Keadaan ini sangat bahaya kerana ia menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi

 

Punca Kolesterol Tinggi

Keturunan

Sekiranya ada keluarga anda yang mempunyai kolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak juga berpotensi untuk mewarisi kolesterol tinggi itu.

Usia

Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Golongan lelaki lebih berpotensi untuk kolesterol mudah naik setelah umur 50 tahun berbanding golongan wanita kerana selalunya kolesterol akan mudah naik selepas menopause.

Makanan yang telalu banyak lemak tepu

Golongan yang mengamalkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu terutamanya makanan seperti mentega, biskut, dan makanan segera lebih berpotensi untuk mendapat kolesterol tinggi.

Berat badan berlebihan

Berat badan sangat mempengaruhi tinggi rendahnya kolesterol. Jika anda mempunyai berat badannya berlebihan, maka sebaiknya anda lebih berwaspada, kerana risiko mendapat kolesterol tinggi adalah besar.

Kurang bersenam

Sekiranya anda kurang bersenam dan lebih suka untuk duduk diam tanpa melakukan aktiviti,maka amat mudah untuk anda mendapat kolesterol tinggi. Senaman yang berterusan dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

Merokok

Rokok sememangnya diketahui umummempunyai bahan kimia yang sangat berbahaya bagi kesihatan tubuh. Menurut kajian, rokok dapat meningkatkan kolesterol jahat dalam darah dan membunuh kolesterol baik.

 

 

FAKTOR LUAR KAWALAN

1) Genetik

Familial hypercholesterolaemia merupakan masalah kolesterol tinggi yang dialami secara turun temurun dalam keluarga. Sebaiknya lakukan pemeriksaan kadar kolesterol sejak usia anak-anak.

2) Jantina

Setelah menopaus, kadar LDL (kolesterol jahat) pada wanita akan meningkat sebab itu wanita pada usia ini disaran berhati-hati pada risiko penyakit jantung.

3) Usia

Lelaki berusia di atas 45 tahun dan wanita berusia di atas 55 tahun berisiko besar mengalami kolesterol tinggi.

4) Etnik

Ada etnik atau kaum yang secara semula jadi memiliki tahap kolesterol tinggi, misalnya dari Asia seperti kaum India, Pakistan atau Sri Langka.

 

FAKTOR YANG BOLEH DIKAWAL

1) Pola Makan

Sekiranya kita banyak mengambil buah-buahan, sayur, kekacang, serta ikan, kemungkinan kadar kolesterol akan berada dalam tahap normal.

2) Berat Badan

Kegemukan boleh meningkatkan kadar Kolesterol LDL dan kolesterol secara keseluruhannya. Jadi mulakan usaha menurunkan berat badan.

3) Senaman

Aktiviti senaman yang diamalkan secara teratur membantu untuk menurunkan kadar kolesterol.

4) Rokok

Bahan kimia yang terkandung dalam rokok boleh mempengaruhi kolesterol baik dan juga meningkatkan risiko penyempitan pembuluh darah.

5) Penyakit Tertentu

Ada beberapa penyakit, termasuk penyakit ginjal, hati dan tiroid yang tidak aktif boleh menyebabkan kadar kolesterol seseorang meningkat.

Sumber: www.webmd.com

 

Published by
Ruziana Zainal