Bukan Kedai Sahaja, Upah Gunting Rambut Di Rumah Juga Tersenrai Aktiviti Terlarang

Share

Bagi ramai lelaki di natara cabaran yang cukup ramai alami ialah kondisi rambut yang semakin panjang. Ini kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac yang lalu dan hinggalah ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat yang bermula baru-baru ini masih tidak membenarkan aktiviti upah tukang gunting rambut.

Buat peringatan bersama kerajaan masih lagu belum memberi kebenaran untuk mana-mana kedai gunting rambut atau salun beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 di kalangan warga tempatan telah semakin berkurang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa ia masih lagi dilarag. Bukan sahaja gunting rambut di premis malah tindakan mengupah tukang gunting datang ke rumah juga tidak dibenarkan.

Jelasnya lagi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.

Difahamkan SOP tersebut belum lagi dibentangkan oleh MKN dan masih menunggu tarikh. Kerajaan hanya akan berikan keputusan untuk benarkan premis gunting rambut beroperasi bergantung kepada SOP dibentangkan.

Malah, gunting rambut masih lagi dalam senarai aktviti dilarang di mana sahaja seluruh negara.

Jadi buat anda yang sudah berambut panjang bersabarlah ya. Atau anda boleh ikuti tip penjagaan rambut bersama MASKULIN.

Paling tidak pun anda boleh trim rambut sendiri atau minta bantuan daripada isteri atau ahli keluarga yang tinggal serumah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim