Bukan Jeans Saja, Ini Beberapa Jenis Seluar Perlu Dimiliki Dalam Koleksi Lelaki

Share

Walaupun bekerja di pejabat dan setiap hari memakai kemeja dan slack, jangan hadkan hanya satu jenis seluar ini sahaja dalam koleksi anda.

Begitu juga bagi yang bekerja bebas dengan berpakaian. Usah hanya menyarung seluar jeans lusuh sahaja brader!

Ini kerana terdapat banyak jenis seluar dan cara bergaya yang boleh anda aplikasikan untuk tampil segak, segar, menarik perhatian dan paling penting memberi keselesaan kepada anda sepanjang hari.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis seluar yang WAJIB ada dalam koleksi anda sebagai seorang lelaki kacak dan handsome!

Artikel berkaitan: Teknik Bergaya & Fesyen Buat Lelaki Berbadan Kecil

Artikel berkaitan: Maksud Warna Di Sebalik Gaya Pakaian, Bukan Ikut Trend Fesyen Semata

1. CHINOS

Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.

2. CORDUROY

Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.

3. DRAWSTRING TROUSER

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.

4. SLIM FIT

Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.

5. RELAX LEG

Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.

6. JOGGER

Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.

7. CARGO

Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki. Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.

Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

Published by
Farizul Izwany Ibrahim