Walaupun bekerja di pejabat dan setiap hari memakai kemeja dan slack, jangan hadkan hanya satu jenis seluar ini sahaja dalam koleksi anda.
Begitu juga bagi yang bekerja bebas dengan berpakaian. Usah hanya menyarung seluar jeans lusuh sahaja brader!
Ini kerana terdapat banyak jenis seluar dan cara bergaya yang boleh anda aplikasikan untuk tampil segak, segar, menarik perhatian dan paling penting memberi keselesaan kepada anda sepanjang hari.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis seluar yang WAJIB ada dalam koleksi anda sebagai seorang lelaki kacak dan handsome!
Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.
2. CORDUROY
Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.
3. DRAWSTRING TROUSER
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.
Ads
4. SLIM FIT
Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.
5. RELAX LEG
Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.
Ads
6. JOGGER
Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.
7. CARGO
Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki. Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
https://www.youtube.com/watch?v=ZmGn7E1z5Zc&t=5s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bintang Hollywood terkenal Orlando Bloom telah diumumkan oleh BOSS Eyewear sebagai duta produk terbaru mereka bermula pada tahun 2020.
Jejaka tampan berasal dari England ini merupakan pelakon bintang yang terkenal menerusi filem-filem francais popular seperti ‘Lord of the Rings’ dan ‘Pirates if the Caribbean’.
Pengaruh serta populariti yang didukung oleh Orlando terutama dari segi penampilannya sebagai jejaka bergaya menjadikannya sebagai individu paling tepat dipilih oleh BOSS Eyewear untuk mengetengahkan koleksi Spring/Summer 2020.
“Cermin mata telah menjadi sebahagian daripada item penting penampilan saya. Sama ada ingin tampil dengan gaya lebih santai atau serius, cermin mata yang saya pakai memberi refleksi serta membantu menyerlahkan identiti fesyen. BOSS Eyewear memahami keigninan saya dan sebab itulah ia menjadi pilihan peribadi,” jelas Orlando Bloom menerusi kenyataan media rasmi oleh BOSS Eyewear.
Kerjasama ini juga menandakan jenama BOOS Eyewear lebih optimistik untuk memperkenalkan koleksi fusion pop color, lebih tenang dan memberikan gaya unik kepada pemakainya.
Koleksi Spring/Summer BOSS Eyewear akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Tyakasha dalam dunia fesyen Asia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah kali ini TYAKASHA yang sering tampil dengan rekaan versatil, eksperimental dan lebih ‘raw’ bakal membawa jenama asal Shanghai ini ke peringkat lebih tinggi.
Kali ini TYAKASHA melakukan kolaborasi eksklusif bersama PUMA dengan menghasilkan koleksi unik diinpirasikan daripada tema space pirate.
Dengan mengambil rekaan sebuah bot space pirate diberi nama Tyakasha, label ini menghasilkan 5 karakter angkasawan hebat yang bekerjasama untuk menumpaskan raksasa dan juga lanun angkasa.
Karakter rekaan itu ialah Aka selaku kapten, Mr. Green, Handsome Boy, Oring dan Rabbit-Dragon.
Antara yang menarik dalam koleksi PUMA X TYAKASHA serba eksperimental ini ialah barisan sneakers yang ditawarkan. Ia meliputi sneakers edisi terhad daripada model RS-X, Basket, Roma dan Cali.
Setiap pasang sneakers PUMA X TYAKASHA juga menampilkan ciri-ciri unik yang berkait dengan setiap satu daripada lima karakter dicipta Tyakasha.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan pelbagai pakaian dengan tema sama dengan corak abstrak raksasa, lanun dan kapal selam yang digabungkan dengan logo PUMA.
Aksesori yang ditawarkan pula merangkumi daripada beg sandang, beg silang, topi dan beanie. Koleksi ini boleh didapati di pasaran sekarang di oulet PUMA terpilih di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam tangan SVSTOS yang diambil dari bahasa Latin iaitu “penjaga”, nama Cvstos secara diilhamkan untuk mereka yang berkreativiti tanpa had dan berkeyakinan tinggi dalam melakukan segala hal. Mengilustrasikan konsep holistik yang kuat, gaya CVSTOS memberi pendekatan moden dari segi reka bentuk dan keseimbangan sempurna antara tukang jam tradisional dan inovasi terkini.
Legasi Franck Watchland Group diteruskan lagi dengan memperkenalkan CVSTOS yang menyediakan beberapa koleksi terbaru yang kini sedang bertapak megah di KLCC dan Pavilion. Sassoun Sirmakes meneruskan legasi bapanya Vartan Sirmakes dengan mengeluarkan jenamanya yang tersendiri.
Secara rasminya dilancarkan pada tahun 2005, CVSTOS, dengan menerapkan teknologi tinggi yang tersendiri dalam menghasilkan jam tangan eksklusif, menyahut cabaran global dengan mewujudkan gaya perintis dan permintaan pasaran baru.
Antara model terbaharu yang ingin diperkenalkan kepada umum adalah JETLINER II P-S AUTOMATIC yang mempunyai makenisme yang berbeza daripada ham tangan yang lain. Kecekapan dalam jam tangan ini dijamin berdasarkan sistem magnetik yang diinovatif sebagai “anti-rattling” yang lebih senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Ia terdiri daripada dua megnet berbentuk silinder kecil dengan kedudukan kemas yang membolehkan perjalanan roda tanpa sekatan. Ia diperincikan oleh keluli polarasi menjadikan sisitem ini tidak mempunyai foil yang kasar untuk prestasi yang baik.
Jam tangan ini terdiri daripada 3 elemen yang membolehkan pemilik jam tangan memililh variasi sama ada dari segi material mahu pun warna. Gabungan warna titanium yang berbeza, bahan komposit seramik dan emas serta lateral yang di perbuat daripada dari emas merah 5N.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.