Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu.
Mari kita lihat perkongsian seorang lelaki melalui satu status yang dimuat naik oleh Carlos Phang, dia berjaya berhenti dari menghisap rokok sebanyak 30 batang sehari yang memakan masa hampir 6 bulan. Ianya satu perkara yang amat mustahil bagi seorang perokok tegar selama 10 tahun.
Pada minggu pertama proses untuk berhenti merokok adalah sangat menyiksakan pemuda itu. Menurut Carlos, dia terpaksa berdepan dengan sakit kepala yang teruk dan tidak mendapat rehat dan tidur dengan secukupnya.
“Merokok adalah habit yang tidak elok dan tidak sihat. Rasa ketagih untuk merokok memang sukar untuk dilawan. Dengan itu amat sukar untuk berhenti dari merokok”
“Jika ditanya pada perokok di luar sana, sanggupkah mereka bagi RM3000 dan dengan wang sebanyak itu, kita akan membelinya sebanyak rokok yang dia mahu. Tak kisahlah sekaya mana pun dia, jawapannya pasti tidak”
Jelas pemuda lagi, perokok tidak percaya mereka sebenarnya mengeluarkan wang sebanyak itu untuk melepaskan rasa ketagihan rokok itu.
“Dalam satu kotak rokok ada 20 batang dan harganya adalah RM17. Saya merokok hampir 30 batang dalam sehari”
Namun, pemuda ini membuktikan dia berjaya menyimpan sebanyak RM4875 iaitu jumlah yang sepatutnya dia habiskan untuk membeli rokok dalam masa 6 bulan.
Tambahnya lagi, bagi mereka yang ingin berhenti merokok jangan mengurangkan jumlah rokok yang dihisap kerana ianya hanya akan membuatkan mereka rasa lebih ‘nikmat’ untuk merokok.
“Jangan menafikan bahawa rokok itu sesuatu yang memang tidak elok. Malah ianya hanya membazirkan wang ringgit. Lebih baik anda berhenti sebelum terlambat”.
MADU
MAKANAN MASIN
HALIA DAN BAWANG PUTIH
KAYU MANIS
EPAL
SUSU