Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu.
Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Mari kita lihat perkongsian seorang lelaki melalui satu status yang dimuat naik oleh Carlos Phang, dia berjaya berhenti dari menghisap rokok sebanyak 30 batang sehari yang memakan masa hampir 6 bulan. Ianya satu perkara yang amat mustahil bagi seorang perokok tegar selama 10 tahun.
Pada minggu pertama proses untuk berhenti merokok adalah sangat menyiksakan pemuda itu. Menurut Carlos, dia terpaksa berdepan dengan sakit kepala yang teruk dan tidak mendapat rehat dan tidur dengan secukupnya.
“Merokok adalah habit yang tidak elok dan tidak sihat. Rasa ketagih untuk merokok memang sukar untuk dilawan. Dengan itu amat sukar untuk berhenti dari merokok”
“Jika ditanya pada perokok di luar sana, sanggupkah mereka bagi RM3000 dan dengan wang sebanyak itu, kita akan membelinya sebanyak rokok yang dia mahu. Tak kisahlah sekaya mana pun dia, jawapannya pasti tidak”
Jelas pemuda lagi, perokok tidak percaya mereka sebenarnya mengeluarkan wang sebanyak itu untuk melepaskan rasa ketagihan rokok itu.
“Dalam satu kotak rokok ada 20 batang dan harganya adalah RM17. Saya merokok hampir 30 batang dalam sehari”
Namun, pemuda ini membuktikan dia berjaya menyimpan sebanyak RM4875 iaitu jumlah yang sepatutnya dia habiskan untuk membeli rokok dalam masa 6 bulan.
Tambahnya lagi, bagi mereka yang ingin berhenti merokok jangan mengurangkan jumlah rokok yang dihisap kerana ianya hanya akan membuatkan mereka rasa lebih ‘nikmat’ untuk merokok.
“Jangan menafikan bahawa rokok itu sesuatu yang memang tidak elok. Malah ianya hanya membazirkan wang ringgit. Lebih baik anda berhenti sebelum terlambat”.
Makanan Yang Mampu Membantu Anda Berhenti Merokok
MADU
- Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah.
- Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.
MAKANAN MASIN
- Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok.
- Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.
HALIA DAN BAWANG PUTIH
- Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok.
- Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok.
- Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok.
KAYU MANIS
- Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok.
- Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.
EPAL
- Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit.
- Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok.
- Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh.
- Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.
SUSU
- Ketika merokok, bibir kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap.
- Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir.
- Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI