Resdung, atau juga dikenali sebagai sinusitis, adalah masalah kesihatan yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun ramai yang mengaitkan resdung dengan kerap bersin, sebenarnya tanda-tanda penyakit ini bukan itu sahaja. Salah satu tanda yang sering tidak disedari oleh ramai ialah mulut berbau.
Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.
Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.
Ads
2. Gatal pada kelopak mata
Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.
3. Nafas & mulut berbau
Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.
Ads
4. Batuk yang teruk pada waktu malam
Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.
Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.
6. Hilang deria bau
Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebelakangan ini, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian beberapa artis tanah air. Terbaharu ahli kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar.
Nazrul, atau nama sebenarnya Mohd Nazrul Azhar Tamrin, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 22 Mei sekitar pukul 4.40 petang.
Pemergiannya dilaporkan berpunca daripada masalah kegagalan buah pinggang. Khabar duka itu dikongsikan oleh ahli kumpulan Rabbani menerusi satu hantaran di Facebook.
“Al-Fatihah buat Allahyarham Nazrul Azhar Tamrin, anggota Rabbani yang telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang bertakwa. Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Saujana Utama,” menurut kenyataan itu.
Rakan sekumpulannya, Azadan Abdul Aziz, berkata dia mendapat panggilan daripada anak Nazrul pada pukul 4 petang yang memaklumkan Allahyarham tidak sedarkan diri dan sedang menunggu ketibaan ambulans. “Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada pukul 4.45 petang,” katanya, menurut mStar.
10 petanda buah pinggang bermasalah
Rentetan itu kami kongsikan 10 petanda buah pinggang anda mungkin alami masalah.
Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik ini bererta racun atau toksin tidak dapat keluar daripada badan menerusi urin dan ia terus berlegar dalam barah. Peningkatan kadar toksin boleh membuatkan kita berdepan dengan kesukaran untuk tidur dan juga mengakibatkan penurunan fungsi buah pinggang. Jika berdepan dengan masalah sleep apnea atau gangguan tidur itu berkemungkinan besar buah pinggang berada dalam kondisi tidak baik.
2. Mudah pening kepala, tercungap-cungap & tak cukup nafas
Buah pinggang yang sihat dan berfungsi dengan baik akan mengubah vitamin D dlam badan untuk hasilkan hormon pembentukan tulang dikenali sebagai Erythropoietin. Ia meurpakan hormon penting untuk pembentukan sel darah merah. Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik maka penghasilan hormon tersebut terganggu sekali gus membuatkan anda mudah sakit kepada berasa mudah penat atau tercungap-cungap.
3. Masalah kulit kering dan gatal
Disebabkan ‘kerja’ buah pinggang berfungsi untuk membuang toksin dari darah, membantu hasilkan sel darag merah dan menjaga jumlah mineral dalam tubuh, jadi kulit yang kering atau gatal berkemungkinan menjadi indikasi bahawa anda berdepan masalah buah pinggang. Kalau tanda-tanda ini berlaku, pastikan badan anda tidak kurang air dan tetap terhidrasi. Tapi awas, sebelum mengambil apa jenis ubatan pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu. Jika tersasalah mengambil ubat ia akan memburukkan lagi keadaan buah pinggang.
Bila toksin berkumpul dalam darah, ia akan mengubah rasa makanan menjadi rasa ‘logam’ pada mulut. Keadaan mulut berbau juga boleh menjadi salah satu tanda bahawa aliran darah sudah tercemar. Seterusnya kamu akan mula hilang selera makan dan tidak suka makan daging. Jika berterusan ia boleh menyebabkan kamu susut berat badan secara drastik. Terus berjumpa doktor jika keadaan ini tiba-tiba berlaku dan berterusan dalam tempoh lama.
5. Sukar bernafas
Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan badan cairan dalam tubuh akan bergerak ke paru-paru. Selain itu, anemia boleh menyebabkan kadar oksigen dalam badan berkurangan dan sekali gus menyebabkan sesak nafas. Jika anda berusaha dapatkan semula pernafasan secara normal tetapi gagal sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera!
6. Bengkak berterusan pada mata
Bengkak berterusan pada mata adalah disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dal am badan tapi masuk ke dalam air kencing dan keluar daripada badan. Ini disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi atau rosak.
Diharapkan perkongsian ini boleh memberi kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang. Walau bagaimanapun, perkara paling penting sekali ialah mendapatkan daripada doktor yang lebih pakar dan arif tentang kesihatan tubuh badan. Dan remaja ingin tegaskan bahawa jangan mengambil sebarang jenis ubat tanpa merujuk doktor terlebih dahulu.
7. Selalu rasa nak kencing
Perubahan air kencing serta frekuensi membuang air. Buah pinggang juga berfungsi menghasilkan air kencing dan mengeluarkan toksin menerusinya. Jika ada perubahan pada terutamanya pada warna dan bau air kencing, ini bermakna berkemungkinan besar anda mengalami masalah buah pinggang.
8. Kejang otot
Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tak terkawal dengan baik menjadikan otot kejang dan ini juga merupakan salah satu tanda bahawa buah pinggang rosak.
Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan membuatkan hilang selera makan.
10. Bengkak pada pergelangan tangan & kaki
Keadaan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik juga akan boleh menyebabkan kawasan pergelangan kaki atau tangan menjadi bengkak secara tiba-tiba. Jika keadaan ini berlaku berkemungkinan bukan sahaja buah pinggang bermasalah tetapi juga mungkin jantung, hati dan pembuluh darah yang bermasalah. Terus jumpa doktor kalau ini berlaku ya.
Semoga ia boleh memberi manfaat kepada kita semua.
Tahukah anda pada masa kini ramai di kalangan lelaki berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik?
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki sebenarnya bukanlah satu perkara asing. Ia merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat berlaku di antara rakan-rakan terdekat. Malah lebih buruk jika sakit belakang itu melibatkan kecederaan serius seperti ‘slip disc’.
Sakit Belakang
Malah, kajian mendapati dianggarkan lebih 80 peratus individu terutamanya lelaki orang mengalami sakit belakang pada usia menjelang 40-an. Bukan sahaja ia menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Public Health Malaysia dalam satu perkongsian memberi sebab perkara ini terjadi. Antara penyebab seseorang itu boleh mengalami sakit belakang adalah:
1.Duduk terlalu lama tanpa bergerak.
2.Membongkok semasa mengambil mengangkat barang berat.
3.Pakai kasut bertumit terlalu lama.
4.Tidur meniarap atau menggunakan bantal yang terlalu tinggi.
5.Bawa beg berat di sebelah bahu.
6.Letak dompet di poket belakang.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
CARA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS
Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
Ujian sinar X dan MRI
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat sebaiknya untuk anda semua.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin ramai yang pakai windbreaker/ sweatshirt semasa bersenam atau berjoging kononnya boleh turunkan berat dan bakar banyak kalori. Namun betul ke pakai windbreaker/ sweatshirt ini selamat?
Bagi menjawab persoalan ini, seorang Pegawai Farmasi bernama Mohd Dziehan Mustapa telah berkongsi di laman Facebook tentang kebimbangannya melihat semakin ramai yang memakai windbreaker/ sweatshirt lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Jom ikuti perkongsian bermanfaatnya ini.
MITOS BERLARI PAKAI WINDBREAKER / SWEATSHIRT
Saya UPLOAD SEMULA penulisan saya tahun lepas berkaitan penggunan windbreaker/ sweatshirt semasa berlari kerana sekarang ini musim panas. Untuk elakkan dehidrasi berlebihan sehingga membawa mudarat serta Mitos di sebalik pemakaian seperti ini ketika berlari, boleh baca penulisan saya ini untuk kefahaman lanjut
Apa yang kita pakai semasa berlari adalah perkara yang penting. Pakaian yang sesuai akan buat kita rasa lebih selesa semasa berlari.
Saya sering berlari petang hari dan melihat beberapa pelari lain di taman rekreasi yang memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari.
ADAKAH PEMAKAIAN WINDBREAKER/ SWEATSHIRT ADA KELEBIHANNYA UNTUK BOLEH BAKAR LEBIH KALORI?
Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.
Apabila seseorang itu memakai windbreaker/ sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.
Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori. Walau bagaimanapun, idea ini tidak semestinya bagus.
HEAT EXHAUSTION
Keletihan haba (heat exhaustion) berlaku apabila suhu badan meningkat dan tubuh badan tak mampu seimbangkan ia semula. Keletihan haba juga mungkin boleh berlaku dalam keadaan melakukan beberapa aktiviti fizikal/ senaman secara berlebihan.
Oleh itu memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari cenderung untuk mendapat keletihan haba atau dalam keadaan lebih serius boleh menyebabkan stroke haba lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini.
Pembakaran jumlah kalori bergantung kepada dua perkara iaitu “intensiti dan tempoh” melakukan aktiviti fizikal. Peningkatan degupan jantung menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat.
Peningkatan degupan jantung menunjukkan intensiti sesuatu aktiviti fizikal itu. Walau bagaimanapun, aktiviti fizikal berintensi tinggi sukar untuk dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Dalam erti kata lain adalah; ‘cepat penat’.
Oleh kerana windbreaker/ sweatshirt akan meningkatkan intensiti senaman anda, ia mungkin mengehadkan tempoh senaman (cepat penat), seterusnya ia menafikan manfaat pembakaran kalori secara optimum.
MITOS TURUNKAN BERAT LEBIH CEPAT
Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.
Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.
Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.
ELAK PAKAI KETKA MUSIM PANAS
Maka, jika berlari dengan windbreaker/ sweatshirt dan badan menjadi terlalu panas, dinasihatkan agar buka windbreaker/ sweatshirt tersebut dengan segera agar suhu tubuh kembali stabil semula dan minum air untuk hidrasi tubuh.
Sebaik-baiknya bagi pendapat saya, pakai baju berlari yang sesuai dan tidak perlu tambah dengan lapisan windbreaker/sweatshirt. Terutama pada ketika musim panas sekarang ini.
Mungkin pemakaian windbreaker/ sweatshirt dilihat sesuai jika kita berlari pada ketika awal pagi dan suhu sekitaran yang sejuk.
Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.
Jom kita berlari dan pakai pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai. Oh yer, jangan lupa menutup aurat juga ?
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)