Bukan Cakap Kosong! Ini Sebabnya HUAWEI P40 PRO+ Dianggap Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

Share

Bercakap tentang telefon dan peranti pintar pada zaman sekarang, kita secara automatik tidak akan dapat mengenepikan jenama gergasi dari China, HUAWEI. Saban tahun jenama ini memperkenalkan peranti terutamanya telefon pintar yang bukan sahaja berdaya saing tetapi menjadi antara yang terbaik di pasaran.

Ia bukannya omong kosong semata-mata. Setiap kali telefon pintar flagship HUAWEI diperkenalkan, pasti ia menjadi penanda aras untuk dikejar oleh jenama-jenama lain. Selepas pengenalan HUAWEI P40 di Malaysia, peranti flagship hebat ini telah membuatkan peminat jenama ini rasa begitu teruja.

Peminat fotografi terutamanya pasti tidak sabar-sabar untuk memiliki HUAWEI P40 kerana peranti ini dilengkapi dengan teknologi hebat Ultra Vision Penta Camera iaitu satu sistem yang boleh menghasilkan foto yang cantik menerusi hubungan rangkaian yang hebat.

Tampil dengan pemproses terkini Kirin 990 5G dan pelbagai perisian hebat, kehadiran HUAWEI P40 PRO+ pasti bakal menggegarkan dunia. Malah bagi anda yang ingin merasai sendiri buat pertama kali kehebatan teknologi dan kelajuan 5G, inilah peranti yang terbaik.

Jika anda masih ragu-ragu akan kemampuannya, usah risau. MASKULIN akan memperincikan serba sedikit tentang tiga sebab mengapa HUAWEI P40 PRO+ lebih hebat berbanding jenama telefon pintar flagship yang lain di pasaran.

1. ULTRA VISION LEICA PENTA CAMERA SYSTEM

Jika anda seorang jurugambar yang memiliki HUAWEI P40 PRO+, anda sudah boleh berkira-kira untuk meletakkan kamera digital ke tepi kerana HUAWEI P40 PRO+ dilengkapi dengan kamera utama, Penta Camera. Selain itu, kamera belakangnya juga dilengkapi dengan Penta-lens yang mempunyai time-of-flight depth sensor, sekali gus memberikan efek bokeh.

Kamera utamanya juga lengkap dengan 50MP dan ultrawide pula adalah 40MP. Selain itu, telefon pintar ini turut hadir dengan fungsi kamera telefoto 8MP menerusi 3x optical zoom dan 8MP tele dengan 100x zoom maksimum yang melengkapkan kemampuan kamera peranti HUAWEI yang hebat ini. Manakala lensa kelimanya iaitu ToF dapat membantu autofokus, potret dan video agar lebih advanced.

Kesemua kamera pintar boleh dikawal dengan paparan mesra pengguna dengan mod automatik atau manual sepenuhnya. Bagi rakaman video pun tidak kurang hebatnya. HUAWEI P40 PRO+ mampu membuat rakaman video sehinga 60fps, malah kemampuan merakamkan video di kawasan bercahaya rendah juga cukup mengagumkan.

Bukan itu sahaja, HUAWEI P40 PRO+ turut dilengkapi dengan teknologi HUAWEI AI Golden Snap yang mana pengguna boleh membuang objek yang mengganggu seperti orang yang berada dalam frame foto, refleksi dan rakaman yang terbaik.

2. KESINAMBUNGAN HUBUNGAN DENGAN ‘SATU TAP’

 Di antara faktor paling penting buat pengguna telefon pintar pada masa kini adalah ekosistem dan kesinambungan di antara pelbagai peranti mereka. Itulah yang ditampilkan oleh HUAWEI P40 PRO+ dengan menawarkan AI Life kepada pengguna dengan menghubungkan peranti berbeza hanya dengan ‘satu tap’ sahaja.

Sebagai contoh, dengan hanya ‘satu tap’ boleh menjadikan HUAWEI P40 PRO+ dan HUAWEI MateBook ditukarkan menjadi satu peranti yang hebat. Perkara hebat ini dapat direalisasikan menerusi kolaborasi multiscreen. Jadi secara tidak langsung, pengguna boleh menggunakan kedua-dua peranti ini menjadi satu skrin yang berhubung antara satu sama lain.

Melakukan alihan pelbagai fail seperti foto dengan ‘drag and drop’ menjadikan kerja anda lebih mudah. Fungsi ini juga boleh dilakukan bersama HUAWEI Matepad Pro 5G.

Penggunaan Multi-Device Control Panels pula memberikan platform kepada pengguna untuk melihat kesemua peranti yang berhubung dalam satu masa dengan mudah.

Multi-Device Control Panels ini secara kecerdasannya akan memberikan rekomendasi kepada peranti berdekatan untuk memberikan pengalaman terbaik buat pengguna.

Sebagai contoh, semasa pengguna mendengar muzik menerusi HUAWEI Music menggunakan HUAWEI Sound X berdekatan, Multi-Device Control Panels akan mencadangkan anda untuk menukar audio output kepada speaker pintar bagi mencapai kualiti bunyi yang lebih baik. Pengguna juga boleh menghubungkan telefon pintar ini dengan HUAWEI Sound X hanya dengan ‘satu tap’ sahaja.

Selain itu, bagi tujuan panggilan video berkualiti hebat, HUAWEIP40 PRO+ turut lengkap dengan aplikasi HUAWEI MeeTime. Ia menyokong panggilan video 1080p Full HD di antara pengguna peranti HUAWEI.

3. TEROKAI JUTAAN APLIKASI DENGAN PETAL SEARCH WIDGET

Sebagai pemain besar industri yang turut memperkenalkan AppGallery, HUAWEI komited untuk memberikan pengalaman hebat menggunakan aplikasi terbaik untuk semua penggunanya.

HUAWEI P40 PRO+ dilengkapi dengan Petal Search Widget – Find Apps yang mana ia boleh membantu pengguna mencari aplikasi dan kandungan yang dimahukan dengan lebih cepat serta berguna.

Dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, tetapan baharu ini memberikan ‘alat’ kepada pengguna untuk melakukan eksplorasi terhadap pelbagai aplikasi yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

CARA MENGGUNAKANNYA PETAL SEARCH WIDGET- FIND APPS?

Langkah 1 – Untuk membantu pengguna HUAWEI P40 mencari aplikasi yang anda mahukan, gunakan Petal Search Find Apps.

Langkah 2 – Taipkan sahaja nama atau fungsi aplikasi di ruangan ‘search bar’. Ia akan memaparkan aplikasi paling top di bahagian teratas.

Langkah 3 – Petal Search akan menunjukkan carian paling relevan di bahagian atas berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Ia akan menyatakan apakah aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi AppGallery. Ia boleh dimuat turun secara link rasmi, menerusi versi laman sesawang atau daripada 3rd party store.

Ikuti kempen Together in Just One Tap di https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ekosistem peranti pintar terbaharu yang diperkenalkan oleh HUAWEI.

 

 

Published by
Team Maskulin