“Buka Kasut Terus Bau Macam Belacan”, Usah Risau Atasi Masalah Kaki Berbau Dengan 5 Petua Ini

683

“Rendam kaki dalam air, pasti timbul segala ikan!”

Itu mungkin kata-kara sindiran yang biasa kita dengar diungkapkan kepada individu yang mempunyai masalah kaki berbau.

Masalah kaki berbau ini memang boleh buat orang hilang keyakinan diri. Mana tidaknya, kalau tidak diatasi segera alamatnya selalulah kena bahan dengan member.

Masalah kaki berbau ini berpunca daripada banyak faktor. Salah satunya, daripada cara pemakanan anda  yang terlalu banyak mengambil makanan yang tidak berkhasiat.

Kadang-kala faktor keturunan keluarga juga boleh menjadi punca berlakunya badan berbau sekali gus menyebabkan kaki juga  berbau. Namun tiada kesahihan saintifik yang mengatakan bahawa keturunan punca utama badan berbau.

Bagi mengelakkan member rasa loya sampai kena tutup hidung, ada baiknya anda atasi segera dengan 5 cara mudah ini.

1. Air Garam

Apa yang anda harus lakukan, campurkan beberapa sudu garam ke dalam baldi berisi air suam dan rendamkan kaki anda. Air garam ini berfungsi sebagai penyerapan lebihan kelembapan kaki yang boleh mengurangkan bakteria pada kaki.

BACA: Elak Terkehel Masa Lari, 4 Senaman Kaki Ini Boleh Buat Betis Berotot & Lebih Kuat!

2. Serbuk Baking Soda

Beli saja baking soda di kedai runcit atau pasar raya. Letakkan sedikit di dalam kasut atau rendamkan kasut anda semalaman di dalam baldi air yang berisi campuran baking soda. Anda juga boleh gunakan baking soda untuk merendamkan kaki anda yang berbau itu. Hanya memerlukan masa 10 minit saja.

3. Kerap Basuh Kasut

Kalau boleh, basuh kasut anda seminggu sekali. Jika anda memakai kasut anda setiap hari, bakteria akan mudah melekat dan merebak dalam kasut. Bagi mengelakkan member tutup hidung ketika anda menanggalkan kasut di ruangan terbuka seperti ketika masuk ke masjid, pejebat atau rumah member, pastikan anda atasi masalah kaki berbau segera.

4. Pakai stoking

Stoking tidaklah berfungsi seperti air garam, ia hanya boleh melambatkan proses kaki atau kasut berbau yang melampau itu. Terjadinya kaki berbau disebabkan oleh kaki selalu terperap di dalam kasut seharian. Jadi stoking bertindak untuk menyerap peluh pada kaki. Oleh itu, rajin-rajinlah memakai stoking ye.

5. Beli penyembur kaki 

Tak macho lah kalau keluar dengan pasangan tapi kaki berbau. Silap hari bulan boleh jatuh saham anda. Kalau anda boleh keluarkan duit demi insan tercinta, apa kata kalau anda laburkan duit sedikit dengn membeli penyembur kaki. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri anda juga.