Hiburan

Buka Aib Fattah Amin, Fazura Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah – Peguam

Share

Hubungan antara Fazura dan Fattah Amin mula menjadi perhatian umum ketika mereka berdua terlibat dalam drama popular ‘Hero Seorang Cinderella’ pada tahun 2017.

Chemistry yang ditunjukkan di layar kaca akhirnya membawa kepada perhubungan cinta di dunia nyata. Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk mengikat tali perkahwinan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, setelah enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Fazura memfailkan penceraian pada 13 September 2023, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka.

Dan pada hari ini, pasangan popular ini telah sah bercerai dengan talak satu. Ia sekali gus menjadi berita paling hangat dipertakan oleh warganet di seluruh Malaysia.

Perpisahan mereka nampaknya tidak reda begitu sahaja. Memetik laporan Sinar Harian, kurang sejam selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pelakon terkenal Fazura mungkin berdepan tindakan menghina mahkamah jika didapati tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

Foto: Astro AWANI

Menurut peguam syarie yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong, tindakan itu boleh diambil sekiranya Fazura melanggar perjanjian perceraian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Zulkifli menjelaskan bahawa perjanjian tersebut telah direkodkan sebagai suatu perintah oleh mahkamah dan butiran lanjut mengenainya tidak didedahkan kepada umum.

Oleh itu, jika terdapat pelanggaran terhadap perjanjian tersebut, pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, pihak tersebut dianggap gagal menghormati atau tidak mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

“Mangsa yang terlibat boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah, dan jika mahkamah mendapati ada kes, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan. Ini bagi menjelaskan mengapa individu tersebut tidak patut dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah,” jelas Zulkifli.

Dakwaan mengenai masalah rumah tangga pasangan selebriti ini semakin jelas apabila Fazura memfailkan perceraian pada 13 September lalu.

BACA: Fattah Amin Muncul Dalam Video Terbaru Pak Mat Western, Raih 2.5 Juta Dalam Tempoh 13 Jam Dimuat Naik

Perkahwinan mereka, yang berlangsung pada 27 November 2017, dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Isu perceraian pasangan popular ini telah menarik perhatian ramai, namun proses mahkamah telah berjalan dengan tenang.

Apa-apa tindakan lanjut akan bergantung kepada sama ada persetujuan yang telah dicapai dilanggar oleh mana-mana pihak atau tidak.

Sama-sama kita nantikan…

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim