Hampir keseluruhan industri sukan global terutamanya bola sepak kini dihentikan kerana penularan wabak COVID-19. Sudah beberapa minggu peminat bola sepak tidak dihiasi hujung minggu mereka dengan segala aksi bintang pujaan.
Kita harapkan musim bola sepak akan dapat disambung semula selepas segala dugaan ini reda. Namun bak kata orang hidup mesti diteruskan.
Bintang legenda yang bakal menjadi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo juga meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa. Walaupun menjalani isolasi dan penjarakkan sosial namun itu tidak bermakna segala urusan harian melibatkan kerjaya dan hobinya terhentui begitu sahaja.
Salah satu minatnya ialah kecintaan terhadap kereta sport mewah. Terbaru Ronaldo dilaporkan telah membelanjakan sebanyak USD10.48 juta (RM45.25 juta) untuk memiliki Bugatti Centodieci.
Apa yang menarik tentang kereta hebat ini ialah ia hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja di dunia. Memetik laporan BILD, Bugatti tidak menafikan atau mengesahkan bahawa Ronaldo telah melakukan pembelian tersebut tetapi melalui sumber itulah yang telah berlaku.
Kenderaan hebat dari Bugatti ini bakal diserahkan kepada pemiliknya termasuk Ronaldo pada tahun 2021.
Minat Ronaldo terhadap kereta telah diketahui umum. Apatah lagi jentera luar biasa Bugatti yang muncul dengan enjin 8 liter W16 dengan kemampuan memecut 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat.
Ia juga mampu mencatatkan kelajuan maksimum 380 km/j! Menerusi laman sesawang rasmi Bugatti mereka menjelaskan bahawa Centodieci merupakan model kereta yang diinpirasikan daripada imaginasi terbaik kejuruteraan dan rekaan ulung.
Selain itu sentuhan rekaan klasik yang disepadukan bersama bentuk lebih moden menjadikan kereta edisi terhad ini sebagai penanda aras terkini industri automotif.
Buat pengetahuan anda, Ronaldo juga memiliki kendeaan hebat yang lain dalam koleksinya seperti Ferrari F430, Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio, the Bentley Continental GTC and the McLaren Senna.