Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan semalam permohonan BUDI MADANI dibuka bermula pada hari ini.

Ia merupakan satu Program Bantuan Subsidi MADANI atau dikenali sebagai BUDI MADANI. Ini melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil dan pekebun kecil komoditi di Semenanjung Malaysia.

Pengumuman ini menyusul kenyataan Perutusan Negara oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim minggu lalu berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk menyasarkan subsidi bahan api diesel. Seperti dijangka ramai yang terlibat dilihat tidak sabar-sabar untuk membuat permohonan.

Program ini terbahagi kepada dua kategori: BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi. Pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

BUDI MADANI, Kelayakan & Cara Memohon Bantuan Subsidi Diesel RM200 Sebulan
Foto: The Star

Kriteria Kelayakan BUDI Individu

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemilik kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
  3. Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif.
  4. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.

Permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20).

Ads

BACA: Elak Campur Minyak Hitam Kalau Nak Enjin Kereta Tahan Lama, Ini Penjelasan Pakar!

Kriteria Kelayakan BUDI Agri-Komoditi

  1. Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
  2. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

Permohonan awal untuk BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi boleh dibuat menjelang pertengahan Jun 2024 melalui laman web https://budimadani.gov.my.

Permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima BUDI MADANI pertama menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Ads

Bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024, penerima akan menerima bantuan dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut bantuan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia.

Ads

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Sumber: Kementerian Kewangan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI