“Kalau budak kecik kulit dark brown, macam rohingya ka bangla ka.. dah lama kena hambat keluar kan?

“Even adik-adik yang cari makan jual buku, pen, gejet.. pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers,” luah Adibah Noor di laman Twitter miliknya.

Budak Rohingya & Jual Pen Kena Hambat! Tapi Begpackers Ini Tak Kena Tindakan Ke?

Adibah yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi dilihat seperti agak meluat dengan kelakuan segelintir golongan begpackers berkenaan.

Ini kerana golongan tersebut sanggup melakukan apa-apa sahaja di negara orang lain semata-mata untuk menanggung percutian mereka.

Adibah juga berkongsi status berkenaan sebagai respon kepada posting seorang pengguna Twitter, Ushar Daniel yang bagaikan hilang selera melihat ‘pemandangan’ itu.

Ads

Budak Rohingya & Jual Pen Kena Hambat! Tapi Begpackers Ini Tak Kena Tindakan Ke?

Ushar yang sedang melepak di kopitiam kegemarannya di Selayang merakam aksi ‘orang asing’ yang seorangnya bermain alat muzik manakala seorang lagi ke hulu dan ke hilir menagih simpati memohon sumbangan warga tempatan.

Tak ada duit tak payahlah mengada nak melancong!

Bagi penulis, tindakan mereka adalah sesuatu yang salah dan pihak berkuasa sewajarnya memandang serius tentang isu yang dibangkitkan ini.

Ads

Sudahlah masalah pengemis di Malaysia belum dapat diselesaikan secara total, muncul pula mereka yang kononnya atas dasar begpckers mendambakan duit warga tempatan.

Golongan demikian seharusnya sedar diri jika tiada duit tak usahlah melancong atau guna duit simpanan sendiri untuk travel ke seluruh dunia.

Ini tidak, tak tahu kenapa ada juga rakyat Malaysia yang tak dapat pergi ke mana-mana tetapi sanggup membiayai perjalanan mereka.

Mujur 3 anak Malaysia berbasikal tidak malukan negara

Ads

Budak Rohingya & Jual Pen Kena Hambat! Tapi Begpackers Ini Tak Kena Tindakan Ke?

Sebaliknya pula dengan tiga impian pemuda Malaysia yang berbasikal dari United Kingdom menuju ke Malaysia.

Merekalah bukti sebenar begpackers yang mahu pengalaman dan kepuasan dengan usaha sendiri yang tidak dapat dinafikan.

Berbekalkan duit poket sendiri, mereka terus berkayuh merentasi lebih 20 negara dan bertemu dengan ramai orang serta menyaksikan pelbagai pemandangan yang menakjubkan!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI