Minat mendalamnya dalam sukan ragbi meledakkan kekentalan semangat lantas memberinya nilai tambah pada keseluruhan kondisi tubuh badannya. Hari ini, pentas bina badan pula menjadi sasarannya. Berbekalkan tuah rupa dan susuk sasa, Najmi Aiman kini sudah siap sedia mendominasi kedua-dua dunia.
“Maskulin ialah lelaki yang menjaga kesihatan dan penampilan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada orang ramai”.
Fizikal berotot
“Ia tidak melambangkan lelaki sejati. Lelaki sejati dinilai dari segi cara mereka berinteraksi dan memberi layanan terhadap orang ramai. Seseorang yang memiliki fizikal berotot menjadi lambang penat lelahnya membina serta menjaga otot bagi mengekalkan bentuk tubuh menarik. Seterusnya menjadi inspirasi kepada orang ramai yang melihat. Ia turut membuatkan diri lebih berkeyakinan.”
Bahagian tubuh anda paling menarik
“Bagi saya, keseluruhan tubuh adalah menarik”.
Diet permakanan
“Seperti biasa, saya akan mengurangkan makanan berminyak, bergula dan yang berkalori tinggi. Lebihkan makanan yang berprotein tinggi, serat serta vitamin”.
Ads
Tip kecergasan
“Banyakkan makan buah kurma kerana ia mempunyai khasiat tersendiri seperti menambah tenaga sewaktu kita bersenam. Malah buah kurma mengandungi lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus protein, serat 2.0 hingga 4.0 peratus, manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi”.
Pertandingan bina badan
“Kepuasan dicapai apabila kita mencapai tahap yang lebih baik daripada tahap sebelum ini. Kalah menang dalam pertandingan bukan penentu kepuasan. Apa yang penting bagi saya adalah ingin mencapai tahap yang lebih baik dan pastinya akan memperbaharui bentuk tubuh menjadi yang lebih baik”.
Sukan rugbi
Ads
“Body building is my life style. Rugby is my hobby. Saya melibatkan diri dalam sukan ragbi sejak zaman sekolah. Kini saya mewakili kelab Panthers and Blowpipe. Jadi, saya masih teruskan penglibatan di dalam sukan ini kerana ia melambangkan sukan lelaki sejati. Sukan ragbi memerlukan disiplin yang tinggi dari segi pemikiran, taktikal dan fizikal. Kebanyakan ia disertai oleh orang-orang yang multitasking”.
Profil
Nama penuh: Ahmad Najmi Aiman bin Hamidon
Nama panggilan: Aiman
Ads
Pekerjaan: Eksekutif Penjualan
Tinggi: 169 cm
Berat: 70 kg
Idola dalam Bidang kecergasan: Greg Plitt
Pencapaian dalam bidang kecergasan:
-Tempat ke4 dalam Pertandingan Muscle Malaya 2014
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amalkan 10 rutin ini untuk pastikan usia anda kekal lama, tetapi kalau dah ajal nak buat macam mana kan, kita sekadar hidup secara sihat dan kekal cergas setiap hari.
1.Jangan berhenti kerja
“Bukti dalam masyarakat menunjukkan apabila seseorang itu berhenti kerja atau bersara secara mendadak, insiden obes dan penyakit kronik meningkat selepas itu,” kata Luigi Ferrucci, Pengarah Baltimore Longitudinal Study of Aging. Jika perlu berhenti atau bersara, kekalkan kegiatan aktif dan mungkin boleh menyertai aktiviti sukarelawan. Menjadi sukarelawan sebenarnya umpama serampang dua mata kerana kita bukan saja membantu orang sebaliknya diri sendiri menerima manfaat yang lebih besar. Orang yang gemar melakukan kerja sukarela secara umumnya hidup lebih tenang dan bahagia secara tidak langsung akan memperlahankan proses penuaan.
2.Flos setiap hari
Ia membantu menjaga saluran darah yang sihat. Kajian pada 2008 oleh Universiti New York menunjukkan menggunakan flos setiap hari mengurangkan jumlah bakteria berpunca daripada jangkitan gusi dalam mulut. Bakteria ini berupaya memasuki saluran darah dan mencetuskan keradangan pada arteri iaitu faktor risiko utama penyakit jantung.
3.Banyakkan bergerak
“Senaman ialah satu-satunya cara untuk mengekalkan keremajaan,” ujar Jay Olshansky, profesor perubatan dan pengkaji penuaan di Universiti Illinois, Chicago. Kajian itu menunjukkan senaman memperbaiki emosi, ketajaman mental, keseimbangan tubuh serta meningkatkan jisim otot dan tulang.
4.Makan bijirin kaya serat untuk sarapan
Menikmati satu hidangan bijirin penuh terutama di waktu pagi didapati membantu warga emas mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah sepanjang hari. “Mereka yang mengamalkan tabiat ini berisiko rendah mengalami penyakit kencing manis, yang menjadi penggerak kepada penuaan pramatang,” tambah Olshansky.
5.Tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari
Sentenarian (golongan yang berusia lebih 100 tahun) meletakkan tidur sebagai keutamaan mereka. “Tidur adalah salah satu fungsi penting yang digunakan tubuh kita untuk mengawal selia dan memulihkan sel. Kami dapati jumlah minimum tidur dalam kalangan warga emas adalah enam jam yang membolehkan fasa REM (Rapid Eye Movement) berlaku,” ujar Ferrucci.
6.Nikmati makanan sebenar, bukan suplemen
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tahap darah yang tinggi daripada nutrien tertentu – selenium, beta-karotena, vitamin C dan E – lebih panjang usianya dan mempunyai kadar penurunan kognitif yang perlahan. Bagaimanapun tiada bukti bahawa mengambil pil suplemen nutrien ini memberikan faedah antipenuaan kepada individu terbabit.
Elakkan makanan berwarna putih yang kurang kandungan nutrien dan pentingkan pengambilan buah-buahan serta sayuran pelbagai warna, selain roti gandum dan bijirin berwarna gelap.
7.Kurang neurotik
Kajian mendapati sentinarian kurang cenderung untuk terus hanyut dalam masalah atau terlalu menganalisis sesuatu perkara. Cari cara yang lebih baik untuk menguruskan tekanan anda. Yoga, senaman, meditasi, tai chi atau hanya tarik nafas panjang dan dalam untuk beberapa ketika adalah lebih baik. Bagi yang beragama Islam, dekatkan diri dengan Allah boleh menenangkan fikiran dan mententeramkan perasaan. Merenung dan rungsing memikirkan hal orang lain, makan makanan ringan di depan televisyen dan mengambil alkohol hanya akan lebih memburukkan keadaan.
8.Perkara rutin
Sentarian lazimnya hidup dalam rutin yang sama, makan dalam diet yang sama dan melakukan hampir perkara sama setiap hari sepanjang hidup mereka. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari adalah tabiat yang baik bagi membantu tubuh berada dalam keseimbangan mental serta fizikal. Apabila keseimbangan ini terjejas, dengan melakukan perkara yang di luar rutin atau kebiasaan, ia boleh melemahkan imuniti tubuh, sekali gus membuatkan kita mudah terdedah kepada jangkitan selesema dan bakteria.
9.Teruskan berhubung
Mempunyai rangkaian sosial yang kerap dengan teman dan pasangan adalah satu cara efektif mengelakkan kemurungan, yang boleh membawa kepada kematian pada usia muda. Sentiasa berhubung dengan teman rapat atau ahli keluarga memberikan faedah tinggi kepada golongan warga emas dan mereka didapati kurang bimbang mengenai masa depan mereka. “Mereka (orang di sekeliling) akan memberitahu kita sama ada daya memori makin lemah dan mereka pasti akan menggesa kita bertemu segera dengan doktor,” kata Perls.
Hubungan sosial yang baik juga memberi banyak kesan positif kepada kita kerana ia boleh merangsang kecergasan fizikal, memperbaiki kesihatan jantung, merendahkan tekanan darah dan tekanan emosi, meningkatkan keyakinan, membolehkan kita tidur lebih nyenyak dan merendahkan gejala kemerosotan daya ingatan.
10.Penuh kesedaran
Mereka yang berpersonaliti menarik didapati menikmati kehidupan yang panjang. “Personaliti itu termasuk sifat berhati-hati, teratur dan berhemah,” jelas penulis buku The Longevity Project, Howard Friedman dan Leslie Martin. Ia berikutan golongan jenis ini lebih mematuhi saranan doktor, mengambil ubatan pada masa dan jumlah yang betul serta tidak lupa menjalani pemeriksaan berkala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila bercakap tentang Intermittent Fasting, ramai yang menerima gambaran bahawa berpuasa adalah cara yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan. Menerusi laman Facebook Dietitian Khairul Azuan, dia ada menceritakan tentang konsep Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu.
“Ramai yang Kes Intermittent Fasting timbul sekali lagi di media sosial. Saya hanya post berkenaan perkara ini di wall saya dan harap dapat sebarkan untuk kalian faham sebenarnya diet bukanlah siapa paling cepat kurus tapi memilih yang paling sesuai untuk anda amalkan jangka masa panjang. Bukan saya menidakkan bahawa IF ada memberi kesan positif kepada badan manusia tetapi saya katakan bahawa ia tidak sesuai untuk semua orang dan sesetengah golongan perlu berhati-hati dalam mengamalkan jenis diet sebegini. Banyak pendapat berkenaan IF ini tapi saya berikan pendapat berdasarkan kajian yang telah diterbitkan.
Kajian berkenaan IF banyak dilakukan terhadap haiwan dan hanya sedikit terhadap manusia. Kalau ada pun setakat ini hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja. Jadi untuk mendapat konklusi dari jumlah yang kecil dan mewakili keseluruhan populasi adalah tidak sesuai setakat ini. Journal bertajuk INTERMITTENT FASTING AND HUMAN METABOLIC HEALTH pada tahun 2015 membuat konklusi bahawa setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan IF lebih superior/lebih berkesan dari diet biasa yang menyarankan 6x makan setiap hari.
Circadian rythm yang dicanang adalah sebenarnya dari kajian terhadap haiwan, bukannya manusia. Tidak salah untuk ikut tapi untuk ajar orang lain, perlu lebih bertanggungjawab jika ada apa-apa kesan negatif lebih-lebih lagi jika mereka golongan berisiko.
Akhir sekali, saya hanya mahu berpesan bahawa jika mahu kekalkan berat badan yang telah turun, fokus pada konsisten. Buat diet yang anda boleh konsisten jangka masa panjang. Kalau IF berkesan untuk anda, silakan. Tapi perlu tahu exit plan kalau jadi apa-apa. Kembali kepada diet sihat yang fokus masa, jumlah dan jenis.
Saya TIDAK KAGUM jika anda turun 100kg pun dalam 1 bulan. Saya hanya kagum jika anda dapat kekalkan apa yang telah anda turunkan.
Radio ERA kali ini membuat kelainan dengan mengadakan pertandingan Cover Star ERA yang boleh disertai oleh mana-mana penyanyi Amatur dengan hanya memuat naik video cover lagu-lagu tempatan di laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA bermula 2 April 2018 sehingga 13 April 2018.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, “Fenomena lagu cover semakin berleluasa apabila lagu-lagu hit tempatan dinyanyikan semula dalam versi mereka tersendiri. Ini membuktikan bahawa ‘penyanyi laman sosial’ mempunyai potensi dan bakat yang mampu mengemparkan dunia hiburan. ERA mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air.”
Tak susah pun nak join pertandingan ni, anda cuma perlu make sure Instagram anda diubah kepada umum (public) bagi memudahkan juri yang disertai oleh artis-artis tempatan melatih anda ke peringkat seterusnya. Pemenang berpeluang untuk memiliki ‘single’ mereka di bawah syarikat rakaman tempatan.
Disamping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pertandingan ‘Lagu ERA Boomerang’ dimana pendengar perlu meneka tajuk lagu serta nama penyanyi dalam masa yang ditetapkan. Petunjuk lagu akan dimainkan selama beberapa saat. Dengarkan isyarat ‘lagu ERA Boomerang’ yang bermula 19 Mac sehingga 30 Mac.
Jika anda terlepas peluang untuk mengikuti pertandingan ini, anda juga boleh menyertai pertandingan ‘Tiru Gaya ERA’ yang akan mencabar keupayaan daya ingatan anda dimana penyampai-penyampai radio ERA akan lakon-suara sesuatu watak dan tugas anda untuk menjawabnya dalam masa yang telah ditetapkan bermula 30 April sehingga 11 Mei dengan mendengar isyarat memanggil ‘Tiru Gaya ERA”. Kedua-dua pertandingan ni bernilai RM 14,000.
Siapa tak nak duit sebanyak tu kan? So kalau nak memang kena tune in radio ERA mengikut kawasan-kawasan anda. Maklumat lanjut di laman sesawang www.era.je ataupun ikuti laman sosial media mereka di Facebook, Instagram dan Twitter ERA.
Ada masa lagi ni, kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan Cover Star ERA tu, bolehlah start practice sekarang. Serlahkan bakat anda diluar ‘alam maya’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.