Memang tidak dinafikan, terapi mandi ais mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Bukan sahaja menyegarkan tubuh badan, terapi mandi ais juga elok diamalkan untuk mengatasi masalah sakit kepala, lenguh pada badan dan stres.
Selain digunakan dalam dalam rawatan tradisional, terapi mandi ais ini juga popular digunapakai di kebanyakan spa-spa moden sebagai salah satu rawatan untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan.
Menurut perkongsian Fatin Lee yang juga founder Re Vera di laman Facebooknya, terapi mandi ais ini telah menjadi amalannya untuk mengatasi masalah sakit kepala dan penat badan.
Bahkan, terapi mandi ais ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat terutamanya apabila ia ditambah dengan garam kasar, limau purut dan minyak aromaterapi.
Jika anda sering alami letih badan, sakit kepala dan stres, bolehlah memanfaatkan perkongsian ini.
RAWATAN KESIHATAN & KECANTIKAN PALING MUJARAB GUNA BAHAN DAPUR JER.
Silakan #SHARE jika bermanfaat. Dah 3 tahun Mek Ten amal mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan, memang ‘painkiller’ paling berkesan
Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikan nya untuk kecantikan & kesihatan. Kalau perasan kat spa spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat.
Antara kebaikannya:
- Boleh kuruskan badan
- Menaikkan seri wajah
- Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
- Menghasilkan aura positif
- Kuatkan imunisasi & antibodi badan
- Kuatkan tulang
- Menghilangkan bisa & angin dalam badan
- In Shaa Allah dapat jauhkan dari benda halus
- Menenangkan jiwa
- Merawat penyakit jiwa (stres/ kesedihan/ ketakutan/ panas baran)
Dan baaanyak lagi lah.
Hanya guna bahan dapur jerr simple!
- Air 1 baldi
- Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
- Ais
- Asam limau nipis/ purut
- Minyak Aromaterapi (jika ada)
Caranya:
1. Sediakan 1 baldi air paip (kalau tambah air kolah masjid lagi bagus).
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al-Fatihah 7x
– Bismillah 5 7x (boleh cari kat google)
– Al Ikhlas 7x
– Selawat 3x
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas sampai kepala dan lebih kan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam pun boleh.
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu Mek Ten buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni.
Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni
P/s: Kalau buat sekali tak jadi, buat la lagi 3,5 atau 7 hari secara berturut turut.
#TipsReVera
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI