Mungkin anda dah lakukan macam-macam dan berusaha tapi masih tak berhasil. Terlebih dahulu anda jangan salahkan diri sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza.
Bagi anda yang kurang berat badan mungkin anda boleh cuba teknik yang MASKULIN kongsi di bawah.
Selamat mencuba!

Sila elak makanan berlemak & bergoreng

Buat Si Keding Yang Nak Tambah Berat Badan, Ini 5 Teknik Yang Boleh Anda Cuba!

Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).

BACA: Ramai Tak Tahu 4 Khasiat Utama Jus Timun, Turunkan Berat Badan Pun Boleh!

Protein, Karbohidrat & Serat

Buat Si Keding Yang Nak Tambah Berat Badan, Ini 5 Teknik Yang Boleh Anda Cuba!

Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada  ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.

Ads

Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.

Bersenam

Buat Si Keding Yang Nak Tambah Berat Badan, Ini 5 Teknik Yang Boleh Anda Cuba!

Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.

Ads

Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.

Elak perut kosong 

Buat Si Keding Yang Nak Tambah Berat Badan, Ini 5 Teknik Yang Boleh Anda Cuba!

Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Ads

Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting.  Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.

Cukup Rehat 

Buat Si Keding Yang Nak Tambah Berat Badan, Ini 5 Teknik Yang Boleh Anda Cuba!

Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI