Isi Kandungan
ToggleAnda tiada stamina untuk pre-workout? Apa kata cuba smoothie booster tenaga yang mampu memberi tenaga luar biasa saat anda bersenam.
Bukan sahaja berkhasiat, smoothie booster tenaga ini juga mampu menjana tenaga dalaman anda sepanjang melakukan sesi latihan.
Malah cara nak membuatnya juga mudah dan cukup sihat untuk diet tubuh kerana menggunakan buah-buahan segar. Jimat tak perlu nak beli suplemen untuk boosterkan tenaga anda.
Bahan-bahannya:
1. Segenggam buah strawberi
2. Beberapa potongan mangga
3. Setengah cawan jus buah oren
4. Dua sudu besar madu
5. Sebiji pisang
6. Segenggam oat kering
7. 30 gram serbuk protein
8. Beberapa ketul ais kiub
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
- Jika bahan menjadi pekat sewaktu mengisar, anda boleh tambahkan lagi jus oren.
- Minum sebelum anda memulakan workout/latihan di gim.
Bagaimana ia berfungsi?
Khasiat yang terdapat pada madu memberikan anda 17g carb per sudu dan ia merupakan pencetus tenaga badan terbaik sebagai menu pre-workout. Mangga pula memberi anda potasium yang mana membantu hati, saraf dan otot berfungsi dengan baik. Yang lainnya seperti protein, fat dan karbo dari pisang memberikan anda tenaga untuk kekal cergas sepanjang latihan.
Elakkan!
Satu atau setengah jam sebelum anda workout, sila elakkan munuman berkabonat dan mempunyai kafein. Kopi, Nescafe, teh tarik, minuman bergas dan pelbagai lagi mungkin membuatkan anda cepat penat di gim.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Elak Makan Lewat Malam Selain Kenyang-Kenyang Sebelum Tidur
Isi Kandungan
ToggleSalah satu cara untuk menguruskan saiz perut adalah dengan hentikan tabiat makan lewat malam.
Ini kerana makan lewat malam hanya menyebabkan perut anda susah nak hadam makanan yang ada.
Jadi apa perlu buat? Jom baca lima tip mudah ini
1. Makan sebelum 6:00 petang
Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2. Ambil menu rendah kalori
Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minumlah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
3. Tukar atau kurangkan makanan
Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semulajadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
4. Makan benda lain
Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5. Berus gigi awal-awal
Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Badan Berotot Jarang Yang ‘Single’
CUKUP NUTRIEN
Tapi kenapa orang ada otot lebih besar dari orang lain?
Ada faktor genetik yang menyebabkan sesetengah orang lebih berotot atau lebih senang dapat otot besar bila workout. Tapi sifat otot itu sama je untuk semua orang tak kira jantina atau umur. Kalau kita kenali sifat sifat otot tu, kita boleh gunakan knowledge ini untuk membesarkan dia.
Berapa banyak kena ambil protein?
Disyorkan 2.2g -2.6 gram per kg berat badan sehari untuk seorang yang workout angkat berat sekurang kurangnya 3-5 kali seminggu. Kalau berat anda 70kg, sehari kena ambil 154 gram protein. Kalau makan 3 kali sehari, setiap kali makan kena ada 50g protein dalam hidangan.
Walaupun anda minum protein shake setiap kali workout, anda hanya akan dapat 20-30 gram protein. 130g lagi? 130g itu perlu di makan dalam makanan seharian anda. Banyak orang yang dapat nasihat kena makan protein untuk naik otot, tapi banyak yang tak tahu berapa banyak kena makan.
Bayangkan karbohidrat sebagai ‘minyak petrol’ untuk ‘engine’ badan anda
Kalau anda amalkan diet tanpa karbohidrat, mustahil anda boleh angkat bebanan berat di gym. So jangan amalkan Low Carb diet kalau nak naikkan otot walaupun anda nak kuruskan badan. Naikkan otot akan bantu bakar lemak di dalam jangka masa lama.
OTOT PERLU LATIHAN YANG BETUL
Heavy Weights Low Rep
Buat senaman Compound seperti Squat, Bench Press, Deadlift, Overhead Press dan Barbell Row. Sebab workout tersebut sesuai untuk bawa weight yang berat.
Light Weight High Rep ok ke?
Senaman ini sesuai untuk menaikkan stamina otot. Tapi ia tidak akan menaikkan kekuatan dan saiz otot.
REHAT CUKUP
Berapa lama otot kena rehat?
Kebiasaannya otot perlu 48 jam sebelum kita boleh kerjakan otot itu semula. So kena pastikan kita tak buat workout yang sama 2 hari berturut turut. Buat workout yang kerjakan otot lain.
Jangan workout hari hari!
Pastikan dalam seminggu ada hari rehat tanpa workout. Rileks di hujung minggu, keluar tengok wayang dan aktiviti yang tak terlalu berat. Ni bagus untuk badan dan minda untuk elakkan stres.
Tidur cukup 8 jam
Pastikan kita tidur cukup 8 jam. Tidur yang nyenyak akan bantu badan baiki sel sel otot dan melepaskan hormon tumbesaran.
Tidur yang cukup juga akan membantu kita bertenaga di gym.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Betulke Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Kanser?
Isi Kandungan
Toggle
Sudah berapa kali anda tidur dengan lampu terbuka, ataupun tertidur semasa menonton TV lewat malam, tidak pun menggunakan komputer sebelum tidur?
Salah satu faktor untuk mendapat tidur yang berkualiti dan mengekalkan biological clock anda adalah dengan tidur dalam tempat/keadaan yang gelap. Sekiranya anda terlalu banyak terdedah kepada cahaya semasa tidur, ia adalah amalan yang tidak sihat.
Terdedah kepada cahaya akan meransang saraf di mata ke otak yang mengawal hormon, suhu badan dan beberapa fungsi yang lain – ia memberikan kesan kepada bagaimana badan kita akan rehat dan bekerja.
Terlalu banyak cahaya, sebelum kita masuk tidur boleh mengganggu kualiti tidur anda. Bahkan, berdasarkan satu kajian, mendapati bahawa terlalu banyak terdedah kepada kitaran cahaya boleh menjejaskan kesihatan, termasuklah meningkatkan risiko kemurungan.
Pada siang hari, dapatkan cahaya yang mencukupi. Pada malam harinya pula, kurangkan pendedahan anda kepada cahaya.
Buat rutin untuk tidur, agar dapat kurangkan terlelap di hadapan TV atau lupa untuk matikan lampu. Sebaiknya, anda berhenti daripada menggunakan sebarang peralatan elektronik seperti komputer, laptop, smartphone, tablet dan sebagainya 30-60 minit sebelum masuk tidur.
Peralatan elektronik tersebut mengeluarkan cahaya yang boleh mengganggu kualiti tidur kita.
Dapatkan tidur yang berkualiti sangat penting untuk semua orang, terutama kanak-kanak, kerana ia memberikan impak yang nyata kepada proses pembesaran mereka.
Kenapa Tidak Boleh Tidur Dengan Lampu Terbuka? Perlu Tidur Dalam Gelap?
Bilik tidur zaman sekarang dipenuhi dengan lampu, agar ia kelihatan lebih cantik dan menawan. Apa yang tak kena dengan perkara ini adalah pendedahan kepada cahaya berlebihan (terutama semasa tidur) boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan.
Untuk memahami pendedahan kronik cahaya (chronic exposure) pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu lihat bagaimana manusia tidur sebelum datangnya teknologi lampu/elektronik.
Manusia sebelum ini terdedah kepada dua jenis cahaya sahaja – cahaya matahari pada waktu pagi dan siang. Manakala cahaya bulan dan api pada waktu malam. Dua jenis cahaya ini sahaja yang memainkan peranan untuk menstabilkan circadian rhythmicity.
Zaman sekarang, kita sudah ada artificial lightning at night (LAN), LED, AMOLED dan sebagainya – ia sangat berbeza dengan 2 jenis cahaya yang disebut tadi.
Sila lihat video dibawah, ia sangat membantu anda untuk faham akan masalah tidur dengan lampu terbuka ini:
Tutup Lampu Sebelum Tidur
Kajian mendapati bahawa tidur dengan lampu terbuka boleh mengurangkan kadar melatonin anda kepada 90 minit, berbanding anda tidur dalam gelap. Apa yang lagi teruk adalah penggunaan peralatan elektronik sebelum masuk tidur.
Kebanyakan peralatan elektronik seperti smartphone, tablet dan komputer menggunakan light-emitting-diode (LED) – jenis cahaya yang boleh mengatasi melatonin. Hal ini kerana melanopson – satu photopigment yang terdapat di dalam sel retina mata memainkan peranan kepada circadian rhythmicity – ia sangat sensitif kepada cahaya biru.
Kajian mendapati bahawa cahaya dari skrin komputer (terutama pada waktu malam) boleh mengurangkan kadar melatonin para pelajar. Pada masa yang sama, skrin tablet juga boleh mengatasi melatonin, lantas mengganggu anda tidur.
Kaitan Cahaya dan Kanser?
Yang paling sedih adalah apabila gangguan tidur berlaku, ia boleh membawa kepada sesetengah kanser (jangan risau, ini kes paling berat). Namun, ia masih dalam peringkat kajian, kerana para pengkaji tidak mengetahui sebab utama, cuma mereka tahu tidur dengan lampu terbuka dan kanser ada perkaitannya.
Sebagai contoh, kajian yang dijalankan selama 10 tahun ke atas 1670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur mendapati bahawa mempunyai 22% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara – berbanding dengan yang tidur dalam gelap.
Para pengkaji menanggap bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon dan melatonin.
Perkara ini akan menjejaskan orang yang bekerja shift malam. Dalam kajian terkawal, mendapati bahawa jururawat yang bekerja pada shift malam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan jururawat yang hanya bekerja pada waktu pejabat.
Lampu Biru, Kemurungan dan Imun
Terdedah kepada cahaya biru berlebihan terutama semasa tidur telah menyebabkan kemurungan ke atas tikus makmal – perubahan sikap yang ketara adalah mereka tidak lagi suka minum air gula sepertimana mereka suka dahulu.
Terdedah kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia. Biasanya orang yang tidur denga lampu terbuka akan senang rasa pening, loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap.
Hal ini kerana badan kita sebenarnya perlu keadaan yang gelap untuk mendapatkan rehat yang sepenuhnya. Sekiranya kita tidur dengan lampu terbuka, maka kita sudah mengganggu bagaimana badan kita sepatutnya berfungsi.
Lantas, mengganggu sistem imun daripada berfungsi dengan baik.
Ia Boleh Menyebabkan Penuaan Awal
Melatonin mempunyai kandungan antioksida, yang mana memainkan peranan yang penting dalam anti-penuaan. Kajian sudah konklusikan bahwa sekiranya kadar melatonin dalam badan kita terganggu, maka ia boleh menyebabkan kita kelihatan lebih tua – tidak awet muda lagi dah.
Ia Boleh Menyebabkan Masalah Berat Badan
Cahaya pada waktu malam juga boleh membawa kepada kenaikan berat badan, kerana ia akan mengubah jadual waktu makan anda. Tikus makmal yang terdedah kepada LAN, mengalami kenaikan berat badan – walaupun bersenam dan makan makanan yang sama dengan tikus makmal yang lain.
Kesimpulan
Secara ringkas, artikel ini menyarankan kita semua agar menutup semua lampu dan berhenti daripada terdedah kepada peralatan elektronik sebelum tidur.
Hal ini kerana tidur dengan lampu terbuka bukan sahaja boleh menjejaskan kitaran tidur kita, bahkan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan pada masa hadapan.
Harap artikel ini membantu anda, sila kongsikan artikel ini kepada orang lain di media sosial, kerana masih ramai orang yang tidak peduli akan perkara remeh temeh ini.
sumber:panduansaya.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI