Anda tiada stamina untuk pre-workout? Apa kata cuba smoothie booster tenaga yang mampu memberi tenaga luar biasa saat anda bersenam.
Bukan sahaja berkhasiat, smoothie booster tenaga ini juga mampu menjana tenaga dalaman anda sepanjang melakukan sesi latihan.
Malah cara nak membuatnya juga mudah dan cukup sihat untuk diet tubuh kerana menggunakan buah-buahan segar. Jimat tak perlu nak beli suplemen untuk boosterkan tenaga anda.
Bahan-bahannya:
1. Segenggam buah strawberi
2. Beberapa potongan mangga
3. Setengah cawan jus buah oren
4. Dua sudu besar madu
5. Sebiji pisang
6. Segenggam oat kering
7. 30 gram serbuk protein
8. Beberapa ketul ais kiub
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
- Jika bahan menjadi pekat sewaktu mengisar, anda boleh tambahkan lagi jus oren.
- Minum sebelum anda memulakan workout/latihan di gim.
Bagaimana ia berfungsi?
Khasiat yang terdapat pada madu memberikan anda 17g carb per sudu dan ia merupakan pencetus tenaga badan terbaik sebagai menu pre-workout. Mangga pula memberi anda potasium yang mana membantu hati, saraf dan otot berfungsi dengan baik. Yang lainnya seperti protein, fat dan karbo dari pisang memberikan anda tenaga untuk kekal cergas sepanjang latihan.
Elakkan!
Satu atau setengah jam sebelum anda workout, sila elakkan munuman berkabonat dan mempunyai kafein. Kopi, Nescafe, teh tarik, minuman bergas dan pelbagai lagi mungkin membuatkan anda cepat penat di gim.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Mudah Orang Keding Nak Dapatkan Berat Ideal Dengan Milo & Banana Milk!
Sebolehnya setiap orang ingin miliki berat badan ideal. Bukan terlalu gemuk dan bukan terlalu kurus. Biar sedap mata memandang dan sesuai dengan ketinggian.
Sekiranya badan terlalu kurus keding pun tak cantik juga. Malah menunjukkan yang badan anda kekurangan nutrisi. Macam orang sakit pula kalau tersangat kurus.
Sekiranya anda pernah cuba minum susu untuk menambahkan berat tapi masih tak berjaya, apa kata cuba petua yang dikongsikan Nur Anis Najme ini. Hanya menggunakan Milo dan Banana Milk berjaya menggemukkan badannya sebagaimana yang diimpikan.
Malah dia turut memberi alternatif resipi kedua untuk menukarkan Banana Milk kepada susu full cream. Jadi anda boleh pilih mana satu resipi yang sesuai dengan badan anda. Semoga petua ini berjaya membuatkan berat badan anda bertambah dan ideal.
Selamat mencuba!
BACA: Cara Berkesan & Mudah Untuk Orang ‘Keding’ Gemukkan Badan Dalam Satu Bulan!
RESIPI 1: MILO & BANANA MILK
Cara Menggemukkan Badan dengan BANANA MILK?
Sape yang nak gemukkan badan secara sihat boleh amalkan ni 2 kali sehari. Ni cara Anis la. Selain tu banyak lagi petua untuk gemukkan guna bahan dapur. Next time Anis akan share.. K.
Bahan-bahan:
? Banana Milk
? Milo
Cara membuatnya:
Campurkan dua bahan ni dan amalkan 2 kali sehari. Sape yang rasa kurus sangat tu boleh cuba ni, k. Cik Anis dah amal, nampak sangat berisi. Kena tegur, terus stop hahaha. First time rasa gemuk. Baru paham perasan orang badan besar bila kena kutuk gemok. Sakitnya tu di sini ?♥? Hahaha.
Selamat mencuba.
DIIZIN SHARE ?
Posted by Nur Anis Najme on Monday, April 16, 2018
BACA: Nasi Tak Berdosa Sebabkan Anda Gemuk. Nak Kurus, Makan Nasi Ikut Cara Coach Ini!
RESIPI 2: SUSU, TELUR & MARJERIN
BANANA MILK ADA YANG KATA MANIS. UOLLS boleh tukar jer kepada SUSU FULL CREAM + MILO.
+ Susu ambik pagi malam
+ Telur 1 biji atau 2 biji
+ Marjerin @ planta letak dlm nasi
Sebulan naik badan. Gemuk atau naik badan ni tak sama, contoh macam Cik Anis naik pipi dengan paha. Depands kat mana lemak tu nak hinggap kat badan korang. Tu ja beza.
1 bulan naik 10kg berat asal 45kg. Macam kena pam makan ni. Cik Anis ambik buah dan sayur selain minum air kosong. Sekarang berat 55kg. Okay la untuk tinggi 153 macam Cik Anis ni.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Rahsia Ini Kalau Ikut, Pasti Perut Susah Nak Buncit
Untunglah bagi lelaki yang perutnya belum buncit. Kalau tak mahu masalah ini menghantui hidup anda di kemudian hari, pastikan anda tahu dan ikuti 5 rahsia ini. Percayalah, kalau anda ikut, pasti perut susah nak buncit.
1. Elak ambil minuman berkarbonat
Maaf ya buat pencinta minuman berkarbonat, pengambila minuman berkarbonat yang banyak mungkin boleh menjadi antara punca utama perut anda buncit. Minuman tersebut memang sedap untuk hilangkan dahaga, tetapi anda juga telah “menelan” buih karbon dioksida. Udara tambahan itu berada di dalam perut anda yang mana ia boleh menyebabkan masalah perut buncit yang serius.
Punca utama perut buncit adalah kandungan gas. Sebenarnya, terdapat juga gas yang dihasilkan dalam badan kita. Karbon dioksida merupakan pantang utama untuk mendapatkan perut yang kempis. Jika anda menghadapi masalah perut buncit dan gassiness, berhentilah mengambil minuman berkarbonat dan lihatlah perubahan yang akan anda rasai.
Selain itu, minuman berkarbonat juga akan menyebabkan seribu satu kesan negatif terhadap kesihatan anda, seperti penambahan berat badan yang tidak diinginkan dan penyakit jantung. Jadi, lebih baik anda berhenti mengambilnya sekarang.
2. Lelaki perlu makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari
Rasa buncit dan berasa seperti disumbat dengan makanan yang banyak adalah satu perasaan yang sama. Namun, ia adalah normal untuk berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang besar. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?
Kurang makan adalah permulaannya, tetapi anda tidak mahu berlapar bukan? Itulah sebabnya ia sangat membantu anda, bukan sahaja makan makanan dalam kuantiti yang lebih kecil, tetapi makan dengan lebih kerap.
Contohnya, jika anda makan tiga hingga lima kali sehari, tetapi masih makan sekitar jumlah yang sama, iaitu kuantiti yang sedikit, anda akan berasa lebih selesa selepas setiap hidangan. Ini kerana, anda tidak perlu untuk mencerna terlalu banyak makanan pada satu masa.
3. Tidak melakukan senaman sejurus selepas makan
Menjadi sangat aktif selepas makan boleh menggagalkan dan menjadikan proses penghadaman anda ‘kucar-kacir’, yang mana boleh membawa kepada rasa tidak selesa dan mungkin juga pitam.
Pernah berlari selepas makan, dan ia telah menyebabkan anda berasa loya dan mahu muntah? Ini kerana badan anda dijadikan untuk berehat ATAU bekerja, bukan kedua-duanya pada masa yang sama. Berehat adalah untuk penghadaman kerja adalah untuk aktiviti fizikal.
Apabila badan anda sedang cuba untuk menghadam makanan tetapi tiba-tiba anda merubah ke dalam “mood kerja” dengan berjalan atau bersenam, anda akan menghadapi masalah dengan proses penghadaman, sekali gus membuatkan perut anda berasa tidak selesa, dan keadaan ini juga boleh mengurangkan keupayaan anda untuk bekerja dengan berkesan.
4. Berhati-hati dengan “sugar free” pada label
Walaupun mengambil terlalu banyak gula boleh memberi kesan buruk untuk anda, apa yang syarikat pengeluaran makanan gunakan untuk menggantikan gula kadang-kadang boleh menjadi lebih teruk.
Periksa label pemakanan yang bertanda “sugar free“ dan kenal pasti sugar alcohols seperti xylitol, mannitol, sorbitol dan Erythritol. Ini semua dikenali sebagai penyebab masalah penghadaman, jadi cuba elakkannya jika anda mempunyai masalah dengan kandungan gas dalam badan dan perut buncit.
5. Lebihkan makan dengan kandungan fiber
Kembung dan gassiness selalunya boleh menyebabkan sembelit. Ia adalah masalah penghadaman yang biasa, dan kebanyakan cadangan mengatakan, makan lebih banyak serat untuk menyelesaikannya, kerana serat membantu makanan bergerak melalui sistem pencernaan anda, sekali gus melegakan sembelit.
Serat larut adalah taruhan terbaik kerana ia adalah jenis serat yang mana badan anda mudah untuk menyerap. Serat juga mampu mengekalkan air (dengan cara yang baik), membantu mengurangkan dan melegakan cirit-birit (satu lagi penyumbang kepada gassiness dan rasa tidak selesa).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bahaya Guna Pinggan Mangkuk Bercorak Pada Kesihatan
Pinggan mangkuk bercorak oriental yang cantik dan klasik memang mengancam jika semuanya dihiasi ilustrasi mewah membuatkan kita fikir adalah sangat berbaloi untuk memiliki set pinggan mangkuk tersebut pada harga mampu milik.Namun kini ia dijual dengan harga yang cukup murah serendah RM3 hingga RM50, cawan, mangkuk sup, pinggan, piring, pinggan lauk-pauk. Maka, ramailah yang berkenan untuk dijadikan koleksi peribadi.
Tapi disebalik reka bentuk menarik dan coraknya yang unik, cantik dan tersendiri ada dakwaan menyatakan penggunaan pinggan mangkuk bercorak ini bahaya dan boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka panjang.
Betul Kah?
Tonton Video Cara Pinggan Seramik Dicetak Menggunakan Mesin & Dakwat Khas
Namun disebalik kemewahan itu, terdapat impak yang khabarnya bisa menjejaskan kesihatan di pengguna kalau terlalu asyik menggunakan pinggan mangkuk viral ini. Kami senaraikan bahaya yang menanti kalau kamu masih berdegil.
Kimia Terkandung Dalam Perwarna Seramik
Mengikut penjelasan Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi, kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.
Disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman. “Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung. “Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan”.
Produk Seramik Bercetak Harus Jalani Proses Pemanasan “Firing”
Apa yang memusykilkan, kebanyakan produk seramik seperti pinggan mangkuk viral ini datang daripada stok yang diimport dari China. Namun, apakah setiap satu pinggan mangkuk itu sudah menjalani proses pemanasan yang dipanggil “firing”?
Kebanyakan barangan seramik yang dibuat di China tidak menjalani proses firing seperti mana produk-produk seramik buatan Turki…Pinggan mangkuk itu akan selamat adainya setelah siap proses mencetak warna dan corak, ia dibakar dan dipanaskan pada suhu tinggi melebihi 1,000 darjah Celsius. Ini bagi memestikan warna dan corak kekal melekat pada permukaan pinggan dan tidak akan terhakis.
Yang menjadi persoalannya kini, ia akan menjadi serius andai pinggan mangkuk itu tidak dibakar terlebih dahulu -dicetak kemudian dibiar kering menggunakan suhu bilik sahaja sebelum dijual atau dieksport ke luar. Ini bisa menggugat kesihatan pengguna.
Hanya Sesuai Untuk Hiasan
Mengikut kepada keadaan fizikalnya yang berwarna, adalah lebih baik andai ia cuma dijadikan perhiasan rumah. Elak untuk memanaskan lauk di dalam pinggan mangkuk tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro atau menghidangkan makanan-makanan panas di dalam pinggan yang memiliki permukaan bercat kerana takut kalau-kalau ia memudaratkan kesihatan.
Makanan berasid seperti sos tomato, kicap, buah-buahan berasid turut perlu dielakkan kerana khuatir ia bertindak balas dengan sifat kimia dari bahan cat tadi, lalu menyerap masuk ke tubuh menerusi darah dan merebak ke dalam organ hingga menyebabkan penyakit.
Selamat beramal
Sumber : Kosmo
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI