Bagi yang suka membuat aktiviti barbeku di rumah, ini cadangan untuk anda. Apa kata buat tempat khas untuk aktiviti tersebut agar lebih selesa. Sebagai panduan boleh gunakan perkongsian Azlan Idris untuk rujukan.
Menurut beliau, ruang ini dihasilkan untuk dijadikan tempat santai menikmati suasana barbeku bersama keluarga tercinta. Turut dikongsikan cara membuat patio tersebut.
Jadi buat anda yang terinspirasi untuk hasilkan patio seumpamanya, bolehlah lihat langkah demi langkah yang dikongsikan oleh beliau.
DIY PATIO BLOCK STONE
Langkah 1 : Tentukan dan ukur keluasan yang ingin dijadikan ruang patio. Untuk keluasan ini adalah 100 inci X 150 inci.
Langkah 2 : Korek dan ratakan tanah mengikut keluasan yang ditandakan.
Langkah 3 : Taburkan pasir dan padatkan agar permukaan menjadi rata. Setelah itu barulah susun batu.
“Abang beli di area rumah ini, Ulu Yam RM1.20 satu batu. Di tempat lain kalau ada murah tak tau lah. Total cost lebih kurang RM500 saja waktu itu.”
“Ada yang letak batu gravel sebelum pasir tapi kalau setakat orang je yang naik atas cukup dah pasir. Kalau nak yang parking kereta bagai elok 2 lapis, batu gravel kemudian pasir. Dah padat baru susun batu,” tulisnya di ruangan komen bila ramai yang bertanya soalan kepadanya.
Langkah 4 : Bersihkan kesan pasir di celah-celah batu dengan air paip.
Langkah 5 : Siap dan bolehlah letakkan meja, kerusi dankelengkapan barbeku mengikut susun atur yang sesuai.
Sumber : Azlan Idris
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI