Dalam cuaca panas seperti sekarang ini penggunaan aircond atau penghawa dingin memang sangat penting. Jadi bila ia tidak dapat berfungsi dengan baik seperti kurang sejuk atau ambil masa yang lama untuk sejuk memang boleh buat kita sakit hati.
Di antara beberapa punca utama mengapa aircond menjadi kurang sejuk adalah disebabkan kurang atau habis gas, kotoran atau habuk yang berkumpul pada bahagian filter dan juga masalah pada kipas putdoor unit.
Sebagai pengguna konvensional MASKULIN yakin ramai di antara kita bukanlah tahu sangat selok-belok tentang aircond. Apatah lagi nak baiki atau melakukan servis sendiri. Jadi kebiasaannya kita akan panggil technician atau tukang untuk datang baikinya.
Sekali gus menyebabkan kita harus mengeluarkan sedikit kos. Namun tahukah anda ada beberapa jenis servis aircond sebenarnya boleh dilakukan sendiri saja?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa cara atau tip untuk servis sendiri.
Pertama sekali buka penutup pada bahagian depan indoor unit. Keluarkan filter dengan perlahan-lahan. Kalau tak kenal filter, ia merupakan penapi berbentuk macam jaring. Kalau anda nak tahu filter sebenarnya paling elok perlu dibersihkan sebulan sekali.
Ambil filter yang dikeluarkan untuk dibersihkan. Gunakan sabun serbuk dan kemudian cuci dengan menggunakan berus plastik.
Pastikan anda tidak guna berus sabut kerana risau ia boleh melekat. Lakukan cucian beberapa kali kemudian bilas dengan air. Jemur filter tersebut di bawah sinaran matahari buat seketika sehingga ia kering.
Ketika sedang menunggu filter kering anda boleh teruskan membersihkan condenser coil dan lubang yang terdapat pada cover indoor unit dengan menggunakan mesin vacuum. Untuk kotoran yang degil pula boleh semburkan sedikit air kemudian cuci dengan bersih. Tapi kena ingat sebelum melakukannya pastikan tutup dahulu suis aircond dan cabut palam dari soket.
Gunakan berus kecil atau boleh juga guna berus gigi dan bersihkan perlahan-lahan pada condenser. Namun harus berhati-hati agar tidak merosakkan sirip aluminium itu.
Pada bahagian blower fan ini biasanya habuk akan mudah terkumpul. Jika perkara ini berlaku ia akan menyebabkannya sukar dan berat untuk berpusing.
Sebab itulah angin pun kurang sejuk. Ia boleh dibersihkan dengan menggunakan vacuum atau berus tadi. Tapi ingat jangan lakukan semburan dengan air kerana habuk boleh melekat pula.
Bahagian ini juga cukup penting untuk anda bersihkan. Jika habuk sudah terlalu banyak maka ia akan sukar untuk berfungsi dengan baik. Anda boleh bersihkannya seperti mana proses membersihkan indoor condenser coil.
Selepas itu cuci dengan air dan bilas sampai coil jelas kelihatan. Bila semua proses cucian selesai pasanglah semua filter dan bahagian yang dibuka tadi.
Tunggu dalam beberapa minit dan buka aircond untuk ‘test’. Kalau anda lakukan dengan betul ia akan berhasil dan mengeluarkan angin yang lebih sejuk. Jika tak menjadi juga, maka tibalah masa untuk anda panggil technician untuk lakukan pemeriksaan lanjut.
Selamat mencuba!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Sumber: Impiana