Sesekali apa salahnya ubah selera masak ayam goreng pedas ala Korea untuk menu berbuka puasa. Pasti membuka selera! Yelah, dah selalu sangat makan ayam masak merah ataupun ayam goreng pun bosan juga.
Jadi untuk hujung minggu ini, tak perlu ke bazar Ramadan. Apa kata masaka sendiri menu berbuka puasa yang lebih jimat dengan hidangan ayam goreng pedas ala Korea ini.
Rasanya yang manis, masam dan pedas pasti buat anda kecur air liur. Malah nak membuatnya juga mudah. Orang bujang pun boleh buat resipi ayam goreng pedas ala Korea ini.
Kalau nak cuba, jom tengok resipi yang dikongsikan Wawa’s Kitchen di laman Facebooknya. Gerenti nak repeat lagi!
● 10 ketul drummet – tak sampai sekilo bersih dan toskan
● 7 ulas bawang putih
● 2 inci halia
● 1 sudu besar lada hitam
● 1 sudu gula
● Secubit garam
1. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. Saya tak pakai blend, saya tumbuk satu-satu sampai halus semuanya.
● 1 senduk tepung gandum
● 1 senduk tepung jagung
1. Sebatikan kedua-dua tepung kering.
● 3 ulas bawang putih
● 2 sudu cili blender
● 2 sudu besar gula
● 4 sudu sos cili
● 3 sudu sos tomato
● 2 sudu madu
● 1 sudu juice lemon
● Garam secukup rsa
1. Tumis bawang putih dan cili blender sehingga garing dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu.
3. Biarkan seketika kemudian masukkan juice lemon.
4. Kacau sebati masukkan garam dan sejukkan.
● Sanggai bijan secukupnya
● Daun bawang hiris
Walaupun nak acah-acah Korea tapi tetap kena makan dengan nasi ???