Haa.. macam mana sambutan hari raya pertama? Meriah? Mestilah syok, bukan? Masakan tidak, inilah hari kita meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Namun dalam masa masa, ada juga individu yang melanggar pantang. Habis semua makanan yang enak dibedalnya. Kononnya mahu membalas dendam.
Tetapi perbuatan tersebut sebenarnya tidak digalakkan kerana anda seolah-olah memberi kejutan kepada perut anda.
Ads
Sehubungan itu, untuk meneutralkan semula kalori dalam tubuh, apa kata anda cuba buat 3 senaman ringan ini untuk bakar semula lemak.
Ads
1. Naik turun tangga
Kalau anda duduk di rumah flat atau apartment, apa kata jangan gunakan lif. Sebaliknya naik ke rumah anda dengan menggunakan tangga. Memang berpeluh dan penat sedikit tetapi ia merupakan senaman yang sedang membakar lemak dalam tubuh anda.
Ads
2. Kayuhan basikal
Jika sudah berbaring di atas katil, apa kata buat kayuhan basikal selama 5 hingga 10 minit. Selain membakar lemak, senaman ini mampu mengekalkan bentuk six pack pada perut anda, jika sudah ada. Kalau masih one pack, sila berusaha lagi.
3. Bangkit tubi
Selepas bangun dari tidur, memadai jika anda melakukan bangkit tubi sebanyak 50 kali. Lebih molek, selepas anda menunaikan solat Subuh. Ini kerana solat Subuh meneutralkan caj positif dan negatif dalam tubuh manakala bangkit tubi pula mengekalkan kepadatan otot pada bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak capai badan sihat dan cergas, pakar kecergasan saran kita bersenam tiga hingga lima kali seminggu. Setiap sesi idealnya 30 minit untuk intensiti sederhana, atau 75 minit jika kamu nak yang lebih padat.
Penting untuk ingat, jangan sesekali paksa diri. Dengar betul-betul apa yang badan kamu cakap. Tahap kecergasan setiap orang berbeza, jadi elakkan ikut-ikutan orang lain. Bersenam terlalu keras melebihi kemampuan diri boleh datangkan masalah fizikal dan mental.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kesan melakukan senaman secara berlebihan.
Bersenam terlalu kuat tanpa rehat secukupnya boleh buat badan kamu cedera. Ia boleh akibatkan otot tegang, ligamen terkoyak, dan cedera pada sendi.
Bersenam terlalu banyak tanpa rehat yang cukup boleh lemahkan sistem imun. Ini buat kamu lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mengganggu kualiti tidur seseorang, menyebabkan masalah seperti insomnia.
Melakukan senaman tanpa rehat yang mencukupi boleh menyebabkan keletihan yang berterusan, kelemahan otot, dan sakit kepala.
Walaupun senaman adalah baik untuk jantung, tetapi jika dilakukan secara berlebihan, ia boleh meningkatkan risiko masalah jantung seperti aritmia.
Senaman yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh, termasuk hormon pertumbuhan dan testosteron.
Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan makan.
Berpeluh secara berlebihan tanpa pengambilan cecair yang mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh mengakibatkan keletihan, kejang otot, dan masalah kesihatan lain.
Melakukan senaman yang sama berulang kali tanpa rehat boleh menyebabkan kerosakan otot.
Bersenam terlalu banyak tanpa diet seimbang boleh buat badan kamu kekurangan nutrien penting.
Dengar betul-betul apa yang badan kamu cakap dan bagi dia masa untuk pulih. Sebelum mulakan rutin senaman intensif, dapatkan nasihat pakar kesihatan atau jurulatih kecergasan.
Berpada-padalah dalam bersenam. Jangan aniaya diri dengan paksa badan melebihi kemampuan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuad muda bola tampar lelaki negara mengharapkan tuah di laman sendiri untuk menamatkan penantian 16 tahun tanpa pingat di Sukan Sea 29 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Tidak meletakkan sasaran warna pingat anak didik Tay Yue Siong kini dilihat memiliki potensi cerah meraih pingat berdasarkan kualiti dimiliki barisan pemainnya berbanding dua tahun lalu di Singapura.
Sudah pasti tanggungjawab utama skuad Yeu Siong adalah untuk mencipta sejarah baharu di hadapan penyokong sendiri kali ini.
Ujar Yue Siong, barisan kali ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pasukan kendaliannya dalam Sukan Sea Singapura dua tahun lalu, jadi sasaran mahu memastikan pingat bukan sekadar angan-angan kosong.
“Masih berbaki tempoh dua bulan untuk membuat persiapan sebelum menjelang Sukan Sea, kali ini pasukan kebanyakan dibarisi pemain baharu dan hanya tinggal empat pemain yang beraksi di Singapura dua tahun lalu.
“Dengan barisan pemain muda yang memberikan komitmen sepenuhnya, saya percaya misi meraih pingat tanpa mengira warna mampu dicapai,” katanya dalam sidang media program Kita Juara , baru-baru ini yang turut disertai kapten pasukan Sim Jian Qin dan Khairol Shazrime Shamsaimon.
Jian Qin (kiri) dan Khairol Shazrime tekad membuktikan kemampuan meraih pungutan pingat di laman sendiri pada temasya Sukan Sea 29.
Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat adalah pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur dengan merangkul pingat perak setelah tewas kepada Thailand dalam aksi final.
Skuad negara akan mengharungi Kejohanan Pra Sukan Sea membabitkan sembilan pasukan kelab dan negara Asia Tenggara bermula pada 19 Julai dan mahu menjadikannya sebagai platform untuk menghadapi kejohanan sebenar pada Ogos nanti.
Selepas Kejohanan Pra Sukan SEA, pasukan kebangsaan akan ke Taiwan selama dua minggu sebelum memuktamadkan senarai akhir 12 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan sasaran pingat.
Mengulas cabaran yang bakal dihadapi, Yeu Siong menjelaskan pasukan Thailand merupakan pilihan untuk meraih pingat emas selepas muncul juara tiga kali berturut-turut dalam temasya tersebut.
Setakat ini senarai 15 pemain dikemukakan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi hanya 12 akan membawa cabaran. Senarai akhir akan dimaklumkan selepas balik dari Taiwan nanti. Secara keseluruhan saya berpuas hari dengan 15 pemain sedia ada,” ujarnya.
Pada Sukan Sea 2015 di Singapura skuad bola tampar lelaki negara meraih tempat ketujuh daripada lapan negara yang mengambil bahagian.
Senaman kardio atau Cardio Workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.
Salah satu latihan kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama
Buat dalam tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging samada di gym, taman ataupun di pantai
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search pada google tentang kebaikan berenang
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan
Ini juga cara paling simple untuk melakukan latihan kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak?
**Tips
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam latihan kardio. Bila dah bosan, memang anda akan LEBIH malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilo dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat Bersenam
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.