Dalam masyarakat hari ini tidak sah kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang , tetapi meminjam juga boleh dikaitkan dengan apa sahaja bentuk barangan, termasuk barang-barang bernilai seperti kenderaan ataupun apa sahaja aksesori kesayangan. Etika kali ini, mengajar anda untuk lebih beretika apabila sudah meminjam barang orang lain, walaupun rakan karib sendiri.
1-Pulangkan dalam keadaan asal
Ini masalah orang kita sekarang. Tahu meminjam tetapi tidak pandai menjaga harta barang yang dipinjam. Sebelum meminjam pandai berjanji untuk belanja makan ataupun tengok wayang. Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Barang yang dipulangkan koyak rabak dan rosak sana sini. Jika barang yang dipinjam berbentuk kenderaan, pastikan tidak ada kerosakan yang teruk. Jika sebaliknya, ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada si peminjam yang akan di cop tidak tahu menjaga harta benda tetapi mungkin peluang untuk diberi pinjam tidak akan berulang lagi selepas itu.
2-Jangan suka buat harta
Kalau boleh anda sendiri yang tetapkan masa untuk memulangkan barang yang dipinjam. Jangan meminjam barang terlalu lama sehingga diberi amaran dan peringatan oleh empunya tuan. Bayangkan orang mengesa-gesa anda meminta kembali barang mereka. Tentu anda sendiri berasa rimas bukan? Jadi elakkan membuat harta simpanan seolah-olah barang tersebut milik anda sahaja. Apa kata setelah selesai guna, pulangkan sahaja barang tersebut dalam kondisi baik dan selesa.
3-Tetapkan jangka masa meminjam
Pinjam untuk tempoh sekejap tetapi perapnya berminggu-minggu, adakalanya berbulan-bulan. Kalau boleh biarlah kita yang meminjam ini yang menetapkan tarikh mengikut masa yang sesuai. Kalau tidak boleh memulangkannya dalam masa terdekat, jangan lupa beritahu awal-awal supaya tidaklah si pemberi pinjam tertanya-tanya atau buat spekulasi sendiri. Mungkin boleh dibawa berbincang atau setidak-tidaknya memberitahu punca sebenar anda tidak dapat memulangkan barang tersebut tepat pada masanya.
4-Bersikap jujur dan amanah
Jujur bukan hanya digunakan dalam urusan jual beli sahaja. Malah dalam Islam kita digalakkan berlaku jujur dalam semua aspek. Dalam hal pinjam-meminjam ini, sikap jujur haruslah ada untuk memberi rasa percaya kepada orang yang memberi pinjam. Jika ada kerosakan apa sahaja, jangan berdiam diri,seolah-olah dia tidak akan tahu. Beritahulah hal yang sebenar jika ada kerosakan biarpun kerosakan itu kecil. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam semua benda yang diamanahkan. Ingatlah, jika kita bersikap jujur dengan semua orang, orang akan bersikap jujur kepada kita.
5-Jangan terlalu kerap meminjam
Jangan amalkan!. Biarpun si dia baik hati, anda mengambil kesempatan ke atasnya.
Pinjam berkali-kali barang sehinggakan orang itu tiada privacy dan kebebasan hak anda meminjam buku yang digemarinya sehinggakan suatu hari ketika dia ingin menggunakan buku tersebut, didapati buku itu ada pada anda. Bagaimana perasaannya? Pasti kecewa bukan? Kalau ini yang berlaku, jangan haraplah anda diberi peluang meminjamnya lagi.
6-Belajarlah ucap terima kasih
“ Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Tetapi banyak di antara
kita yang enggan atau lupa mengatakannya ketika kita sudah mendapatkan apa yang kita harapkan. Jadi, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana pasti si beri pinjam berasa dihargai dan tidak berkira untuk memberi anda meminjam lagi pada masa akan datang. Jangan lupa setelah pinjam sesuatu barang, ucaplah terima kasih.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI