Ada beberapa punca, kenapa anda cepat lapar walaupun anda sudah makan dengan banyak. Sebahagian daripada anda, berusaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan, namun ia menyebabkan anda semakin lapar. Saya bawakan di sini, antara punca yang berkaitan dengan cara pemakanan.

Buat Lelaki Gemuk Yang Kerap Lapar, Anda Dalam Bahaya

1) Kurang protein

Protein penting untuk tenaga. Jika anda tidak memasukkan sumber protein di dalam hidangan anda, anda akan cepat letih dan mula mengambil makanan semula.

2) Kurang Fiber (serat) 

Fiber atau serat mampu merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes dan sakit jantung serta memastikan paras gula yang baik dalam darah. Serat menyerap lemak dan gula dalam usus yang mampu melambatkan proses penyerapan dan pencernaan. Ini mengelakkan anda cepat lapar. Masukkan hidangan buah-buahan dan makanan yang mengandungi serat yang baik untuk tubuh anda.

IKLAN

3) Kurang sayuran hijau

Ramai orang yang tidak suka makan sayuran hijau. Sayuran hijau sangat penting terutamanya yang mengandungi kuantiti air yang tinggi. Ia membantu anda merasa kenyang serta memberikan anda nutrien yang penting untuk badan.

4) Minuman Yang Manis atau Minuman Berkarbonat.

Gula menyebabkan anda cepat rasa lapar. Mereka yang minum air berkarbonat bukan sahaja akan cepat lapar bahkan akan mendapat banyak masalah kesihatan. Kandungan gula yang tinggi diketahui di dalam kebanyakan produk minuman, namun ramai yang masih memilih minuman yang manis berbanding air kosong. Gula tidak memberikan apa-apa nutrien, malah nutrien diperlukan untuk memetabolismakannya. Ia juga melenyapkan nutrien di dalam tubuh

IKLAN

5) Kurang Minum Air.

Adakah anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari? Jika kurang, itu menyebabkan anda rasa lapar. Anda sebenarnya tidak perlukan makanan untuk hilangkan rasa lapar tetapi anda memerlukan air. Apabila anda berasa lapar, cuba anda minum air kosong, mungkin rasa lapar anda akan cepat hilang. Salah satu cara untuk anda kurangkan pengambilan makanan adalah dengan meminum air kosong beberapa ketika sebelum anda mengambil makanan.

6) Indeks Glisemik Yang Tinggi

Indeks glisemik (IG) bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah.

IKLAN

Apabila anda makan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah yang pantas akan menyebabkan paras glukosa memuncak. Insulin akan dirembeskan sebagai tindak balas tubuh kerana paras gula yang memuncak, untuk menurunkan paras glukosa ini dengan segera. Tubuh manusia tidak sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak. Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama. Tubuh akan mula merasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.

 

Sumber : supplementlelaki4u

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI