Penghujung bulan Ogos 2019 yang alu menyaksikan filem aksi memaparkan sukan mix martial art (MMA) pertama Malaysia telah ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem aksi hebat yang menggabungkan nama-nama besar seperti Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah ini telah mendapat sambutan yang sangat hebat di kalangan penggemar filem tempatan.

Ia telah berjaya melepas jumlah kutipan angka RM10 juta hanya dalam tempoh 17 hari tayangannya. Pada ketika itu walapuun terpaksa bersaing dengan filem-filem Hollywood yang lain, ‘Sangkar’ berjaya membuktikan dengan jalan cerita yang hebat, promosi yang baik serta lakonan mantap peminat tempatan pasti menontonnya.

Buat Anda Tak Sempat Menonton Filem MMA Pertama Malaysia, ‘Sangkar’ Kini Di Astro First

IKLAN

BACA: Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Namun MASKULIN yakin ramai di antara anda mungkin tak berkesempatan menontonnya di pawagam. Usah risau kerana Astro Shaw mengumumkan bahawa ‘Sangkar’ boleh ditonton di Astro First menerusi saluran 480 dan juga Astro On Demand.

IKLAN

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi Instagram rasmi Astro Shaw.

IKLAN

Mungkin ramai juga tak tahu bahawa ‘Sangkar’ merupakan filem pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh empat syarikat perfileman terkenal iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studio, Aatro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jadi buat anda peminat sukan MMA khususnya, inilah filem yang tak harus dilepaskan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI