Sebenarnya tak susah mana pun kalau anda betul-betul nak capai target untuk turunkan berat badan.
Semuanya bergantung pada diri anda sendiri menerusi cara pemakanan yang betul serta senaman secara konsisten.
Selain itu, anda wajib buat 3 perkara ini walaupun ia nampak remeh :
1. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit
Tak salah untuk makan tetapi makanlah sikit-sikit namun boleh banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
2. Elak makanan yang manis
Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.
3. Banyakkan minum air masak
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
Semoga bermanfaat!