Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman push up. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 10 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
MAKIN BERTENAGA
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur.
Apabila genap sebulan anda melakukan 10 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
Ads
OTOT BADAN LEBIH PEJAL
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
TERAS BADAN MAKIN KUAT
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda.
Ramai orang tidak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
Ads
SENAMAN SEMAKIN MUDAH
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
KEKUATAN MENTAL BERTAMBAH
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Ads
Apa tunggu lagi, jom lakukan 10 push up setiap hari! Selepas melakukannya selama sebulan pasti anda akan dapat hasilnya.
Waktu tidur adalah waktu yang paling dinantikan setelah kita penat bekerja seharian. Berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tekanan di tempat kerja dan melakukan kerja berat menjadikan kita lesu dan ingin berehat.
Justeru, badan yang letih dan lesu memerlukan rehat di waktu malam dengan cara tidur. Ada sesetengah orang letak kepala sahaja di bantal terus berdengkur dan ada yang mengambil masa yang sangat lama untuk dapat melelapkan mata.
Untuk mendapat mendapatkan tidur yang berkualiti dan mudah lena, anda boleh amalkan senaman regangan seperti di bawah:
1. Leg Stretch
Sebelah kaki diluruskan dan sebelah kaki lagi dilipatkan. Kedua belah tangan cuba menarik hujung tapak kaki sehingga tegang. Tahan 5 saat dan ulang semula 4-5 kali.
2. Butterfly
Duduk dan rapatkan kedua belah tapak kaki anda. Gunakan siku untuk menekan peha anda ke bawah dan perlahan-lahan dorongkan badan anda ke hadapan. Tahan 5 saat dan ulang 4-5 kali.
3. Cobra Pose
Dalam posisi meniarap, hadapkan muka ke hadapan. Tapak kaki diluruskan ke belakang dan kedua belah tangan diletak di sisi badan. Dengan sokongan lengan anda, angkat dagu dan dada anda perlahan-lahan. Ulang 4-5 kali.
4. Child’s Pose
Melutut dengan kedua-dua belah kaki di lantai. Duduk dia atas tumit anda kemudian bengkokkan badan anda dengan merendahkan dada ke paha. Luruskan tangan, dan tapak tangan diatas lantai.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.