Bersenam adalah satu perkara yang memerlukan usaha dan masa. Tapi selain itu anda juga perslu ada motivasi dan kesungguhan.
Ramai orang tergendala hasrat mereka ingin mulakan aktviti senaman kerana dua perkara tersebut. Alasan tak sempat dan tak ada masa merupakan yang paling popular sering kita dengar.
Tapi jika anda tak mulakan sampai bila-bila pun tak akan jadi.
Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman push up. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 10 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
Ads
LEBIH BERTENAGA
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
PERUBAHAN LUARAN
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
Ads
TERAS BADAN LEBIH KUAT
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
JADI MAKIN SENANG
Ads
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Apa tunggu lagi, jom lakukan 10 push up setiap hari! Selepas melakukannya selama sebulan pasti anda akan dapat hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada cara mudah untuk anda tingkatkan metabolisme dan bakar kalori cepat. Rahsianya dengan melakukan senaman plyometrik. Senaman ini mempunyai banyak manfaat lain.
Jom kita tengok apa lagi kelebihan yang ada pada senaman ini.
Kelebihan senaman plyometrik
1. Menghasilkan pembakaran tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Aktiviti ini melibatkan pelbagai pergerakan dan otot, oleh itu tenaga yang banyak digunakan.
2. Melakukan senaman ini dalam pengulangan yang banyak (muscular endurance) dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar lebih banyak kalori.
3. Aktiviti seperti power push up and throw ball menghasilkan stres pada otot dan tulang, ia meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. Meningkatkan kekuatan dan membentuk otot.
1. Plyometric push-ups
Mulakan dengan badan dalam kedudukan tekan tubi.
Menggerakkan badan sehingga bola berada di kedudukan hadapan dada sambil meluruskan tangan.
Menggerakkan badan ke arah yang berlainan dengan kedudukan permulaan.
2. Plyometric jackknife
Badan di dalam keadaan tekan tubi dengan bola diletakan di bahagian kaki.
Mengangkatkan pinggang/punggung setinggi yang anda mampu dengan tangan dan kaki dikekalkan kelurusannya.
Kembali ke posisi tekan tubi semula dengan tangan dibengkokkan.
3. Squat, passing ball & push-ups
Bermula dengan badan dalam keadaan squat sambil bola dipegang di bahagian dada.
Meluruskan kaki sambil melontarkan bola ke hadapan.
Dengan serta merta bergerak ke posisi tekan tubi selepas melakukan lontaran.
4. Single hand ball throw
Berdiri dengan kaki dibengkokkan sedikit sambil satu tangan memegang bola.
Melontarkan bola dengan menggunakan momentum tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti semua orang tahu khasiat makan pisang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain membantu mengurangkan berat badan dan membekalkan vitamin untuk kesihatan mata, khasiat makan pisang juga boleh cegah cramp.
Campuran unik vitamin, mineral dan karbohidrat glisemik rendah telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran di kalangan atlet. Malah para atlet telah lama memilih pisang sebagai makanan untuk mencegah dari cramp.
Ini kerana buah pisang terbukti mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan kekejangan otot sering kali berlaku kerana kekurangan potassium.
Terdapat 3 khasiat makan pisang yang membantu atlet kekal dalam kondisi yang baik.
Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.
2. Menjaga stamina
Buah pisang mempunyai kandungan khasiat yang lengkap sehingga dapat memenuhi keperluan untuk tubuh badan. Serat, nutrisi, antioksidan dan glukosa terkandung dalam tiap buah pisang. Kandungan glukosa dalam pisang membuatkan ia lebih cepat dicerna oleh tubuh. Dalam prosesnya, glukosa akan diubah menjadi glikogen yang dapat digunakan sebagai bahan bakar otot ketika anda workout. Jadi jika anda makan pisang sebelum workout, dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dan rasa segar.
3. Menjaga fungsi dan kekebalan tubuh
Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Peluh ialah cecair dihasilkan dari kalenjar peluh yang terdapat pada kulit manusia (mamalia). Manusia dewasa boleh mengeluarkan peluh sehingga 2-4 liter sejam atau 10-14 liter sehari.
Anda yang kerap berpeluh pasti merasa rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila ingin berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas. Ada juga sesetengah dari anda terpaksa membuang baju kesayangan kerana ia mula meninggalkan bekas peluh.
#1 Mengurangkan risiko batu karang
Berpeluh adalah cara efektif mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang anda. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.
#2 Tidak mudah jatuh sakit
Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jadi anda yang kerap berpeluh jauh dari peluang untuk sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.
#3 Mendetoks badan
Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam. Sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan dari peluh.’
#4 Antibiotik percuma
Tahukah anda peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidindapat mengubati dan melawan jangkitan kuman.
Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang menyebab rasa melekit tidak selesa. Terdapat pelbagai teknik dan pilihan untuk anda mengurangkan peluh.
Mandi dengan air sejuk. Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam. Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
Guna produk anti-peluh atau deodoran. Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
Pembuangan bulu ketiak secara laser. Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.