Cara paling efektif buat perut anda kembali flat dan cantik.
KUNYAH MAKANAN SEHINGGA BETUL-BETUL HANCUR SEHINGGA 40 KALI KUNYAHAN
Tip ini merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang ramai orang terlupa untuk amalkan setiap masa pada hari ini. Sebelum menelan makanan yang ada di dalam mulut, kita hendaklah kunyah makanan tersebut sehingga lumat. Menurut pengamal perubatan atau dari segi biologi ia akan membantu untuk mencerna makanan dengan lebih mudah oleh enzim-enzim.
LAKUKAN SENAMAN BADAN
Cuba lakukan senaman ringan atau jogging pada awal pagi kerana di samping dapat menghirup udara yang segar, kita juga dapat mengeluarkan peluh di badan. Senaman juga penting untuk membina stamina yang mantap pada diri dan juga dapat menghilangkan masalah perut buncit tersebut. Memadai dengan hanya melakukan aktiviti joging sebanyak tiga kali seminggu.
BUAT GERAKAN BADAN LATIH TUBI
Sangat penting bagi anda membuat gerakan seat-up secara baring, pegang pada bahagian kepala dengan kedua-dua belah tangan. Angkat kepala beserta badan serentak dengan kaki (dalam keadaan yang bengkok) sebanyak 8 kali sehari. Lakukan secara berdisiplin setiap hari dan pastikan juga anda menggunakan pelapik belakang yang lembut sebagai pelindungan kepada bahagian belakang badan anda. Cuba tengok hasilnya setelah seminggu. Sudah pasti berhasil untuk hilangkan masalah perut buncit tersebut.
PENGAMBILAN AIR LEMON KOSONG
Pada setiap pagi sebelum menjamah makanan, anda digalakkan untuk mengambil segelas air lemon kosong yang tidak ditambah gula. Hal ini untuk membuang sisa-sisa makanan dan asid yang tertinggal di dalam perut anda. Selain daripada menjadi minuman detox untuk nyah toksin dalam badan, ia juga dapat menghilangkan masalah perut buncit yang dihadapi.
BANYAKKAN MINUM AIR MASAK
Apabila kita mengambil air masak pada kadar yang mencukupi, ia dapat mencairkan sodium (garam) di dalam badan anda sehingga boleh menaikkan kadar air dalam badan yang keluar. Secara logik lebih banyak minum air masak akan membuatkan proses buangan air dari dalam badan lebih mudah.
AMALKAN MINUM TEH HIJAU KOSONG
Kajian antarabangsa juga menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan tahap metabolisme dalam badan seseorang. Teh hijau juga bagus untuk membakar lemak dan kalori di dalam badan dengan lebih mudah. Selain daripada membantu pelancaran penghadaman badan, teh hijau juga dapat stabilkan suhu badan dan gula di dalam darah. Jika amalkan minum teh hijau setiap masa sebelum makan juga dapat memberi kesan mujarab untuk hilangkan masalah perut buncit.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DALAM MAKANAN
Pengambilan garam (sodium) yang berlebihan boleh menyebabkan perut anda buncit. Nak tahu sebab apa? Garam akan menghalang atau melambatkan proses air dari keluar dari badan dan air yang banyak di dalam perut akan menghasilkan gas-gas yang berpotensi untuk membesarkan diameter perut anda. Maka, kurangkan mengambil garam yang berlebihan dalam makanan demi menjaga perut anda itu.
JANGAN KURANG / LEBIH TIDUR
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme dalam tubuh akan berkurangan sekali gus menyukarkan proses pembakaran lemak. Manakala jika tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk kurang bergerak. Kedua-dua aktiviti ini boleh mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.
BERHENTI MINUM MINUMAN SODA
Kajian juga mendapati individu yang kerap minum air soda akan menjadi lebih cepat gemuk berbanding mereka yang tidak minum minuman tersebut. Hal ini demikian kerana pemanis tiruan dalam soda boleh menyebabkan perut buncit lebih pantas dan akan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Oleh itu lebih baik jika minuman ini diganti dengan air kosong atau air lemon kosong sahaja.
BERPUASA SUNAT PADA HARI ISNIN DAN KHAMIS
Ibadah puasa yang dilakukan oleh orang Muslim dan orang non-muslim (mengikut cara ibadah masing-masing) merupakan antara tips terbaik untuk menghilangkan masalah perut buncit lebih berkesan. Menahan lapar dan dahaga dari sebelum subuh sehingga tenggelamnya matahari merupakan diet yang terhebat pada zaman ini bagi kempiskan perut. Di samping itu, kita juga dapat merehatkan perut dan sistem percernaan dari bekerja buat sementara waktu.