MASKULIN percaya ramai di antara anda yang belum aktif bergiat dalam aktiviti larian sebenarnya berminat cuma mungkin ada alasan masing-masing kenapa belum memulakannya.

Antara alasan yang sering MASKULIN dengar ialah malu dan segan. Ini terutamanya di kalangan anda yang mungkin ada sedikit masalah berat badan berlebihan. Jadi bagaimana untuk anda menyiapkan fizikal dan mental bila sudah bersedia untuk melakukan larian terutama di kawasan terbuka.

Berlari sebenarnya bukanlah bermaksud anda terus mula memecut sebaik sahaja bermula. Mulakaan aktviti dengan berjalan kaki, kemudian lajukan sedikit larian. Anda boleh rujuk beberapa tip MASKULIN sebelum ini terutamanya untuk menyiapkan diri berlari sejauh 10 kiloneter.

Buat anda yang mungkin rasa segan dan malu untuk berlari, ikuti beberapa tip mudah dari MASKULIN di bawah.

Utamakan keselamatan

Sebelum memulakan aktiviti larian pastikan anda tahu akan tahap kesihatan semasa. Jika ragu-ragu jumpalah doktoer terlebih dahulu untuk dapatkan nasihat. Anda juga harus pastikan anda bebas dari sebarang risiko kesihatan sebelum mula berlari.

Kasut yang baik

Jangan disebabkan memakai kasut yang salah anda menderita di kemudian hari. Dapatkan kasut larian sesuai dengan bentuk kaki anda. Jika boleh belilah di kedai yang membenarkan anda mencubanya di atas treadmill.

Ads

Buang Rasa Segan & Takut Untuk Mula Berlari, Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi

Jangan ada rasa malu

Anda perlu ingat sebagai orang baru yang ingin mula berlari jangan bandingkan diri dengan orang lain yang sudah lama berlari. Anda tak payah berangan nak lari hingga 20km pada minggu pertama anda mula berlari. Mulakan dari bawah degan berlari selama 5 minit dan diikuti dengan berjalan selama 5 minit untuk tempoh 30 minit. Selepas dua minggu, kurangkan kadar berjalan dan tingkatkan masa berlari dengan perlahan.

Usah gopoh

Mulakan larian anda dengan perlahan dan pacing kelajuan dengan berkala. Ini bagi mengelakkan anda mengalami kecederaa. Jangan pula anda terus memecut tak tentu hala. Go slow and steady!

Ads

Beranikan diri masuk acara larian

Bila sudah sedikit selesa dengan alrian anda boleh mula cabar diri dengan menyertai acara larian. Ini bagi memebrikan motivasi kepada diri anda dan tetapkan sasaran peribadi. Gunakan aplikasi larian yang mencatatkan prestasi anda dari semasa ke semasa. Jika boleh dapatkan teman berlari agar latihan tidak membosankan.

Buat senaman

Selain aktif berlari anda tak seharusnya tinggalkan senaman asas. Ia bagi menguatkan otot-otot anda. Lakukan senaman kekuatan kira-kira dua kali seminggu. Adna juga boleh lakukan aktiviti lain seperti berbasikal, memanjat tangga, atau latihan eliptikal sekali atau dua dalam seminggu.

Makan untuk lari

Ads

Untuk menjadis eorang pelari yang aktif anda harus ada tenaga mencukupi. Dan untuk mendapat tenaga anda harus menjaga pemakanan. Ambil makanan yang boleh memberikan tenaga pantas sebelum memulakan larian. Seleps melakukan larian juga anda perlu makan untuk mengembalikan tenaga yang hilang terutamanya selepas 30 minit berlari.

Minum cukup air

Anda perlu sentiasa amalkan perkara ini, minum air sebelum dan selepas berlari. Andai kata anda berlari lebih sejam dan banyak berpeluh digalakkan anda mengambil minuman isotonik untuk mengembalikan garam yang hilang semasa berlari.

Jangan mudah putus asa

Dalam melakukan aktiviti fizikal pasti akan ada cabaran tersendiri. Anda akan ada rasa sakit selepas berlari terutama di bahagian kaki, perut dan peha. Rehatkan diri sehari dua dan mulakan latihan semula. Cabar diri anda dan tingkatkan kadar senaman secara berperingkat.

Sentiasa gembira

Jika anda mula rasa bosan berlari bersendirian carilah teman berlari. Selain itu anda juga boleh sertai kelab larian bagi mengoptimumkan kualiti larian serta buat aktiviti itu lebih happening! Apa yangh penting anda sentiasa enjoy berlari!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI