Masalah dagu berlipat dan berlemak pastinya memburukkan penampilan. Tentu sahaja anda tidak mahu diusik leher macam kura-kura gara-gara anda berdepan dengan dagu berlipat.
Untuk menghilangkan masalah dagu berlipat ini, sebenarnya tidak memerlukan diet ekstrem. Cukup dengan melakukan senaman dan urutan pada wajah boleh mengatasi masalah dagu berlipat.
Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu berlipat atau ‘chin exercise’ merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah yang menjengkelkan ini.
Ada lapan senaman untuk mengatasi dagu berlipat sebagaimana yang disarankan. Semuanya mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan. Paling menarik, anda boleh lakukan di mana sahaja.
Apa lagi jom cuba.
BACA: Ketahui Punca Lemak Suka Berkumpul Di 7 Bahagian Ini & Cara Nak Buang!
1. Dalam posisi berdiri, dongakkan kepala sambil memandang ke atas.
2. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat.
3. Relaks dan tegakkan semula kepala.
4. Buat sekali lagi sehingga 15 kali.
1. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
2. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
3. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
4. Ulang sehingga 10 kali
1. Dongakkan kepala sehingga memandang ke atas
2. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
3. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
4. Ulang 10 kali
1. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
2. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
3. Kembalikan kepala ke sisi asal
4. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
5. Ulang semula dalam masa 30 saat
1. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
2. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
3. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
4. Lakukan selama satu minit
5. Relaks dan ulang sekali lagi
BACA: 6 Cara Tingkatkan Kadar Metabolisme Badan Agar Mudah Bakar Lemak & Cepat Kurus!
1. Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
2. Lakukan sehingga 30 saat
1. Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang
2. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
3. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
4. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
5. Relaks dan ulang sehingga tiga kali
1. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
2. Biarkan selama 10 saat
3. Kembalikan kepala pada sisi asal
4. Ulang dua kali