Buang Blackhead Dengan Mudah

Golongan lelaki hari ini kurang memberi penekanan kepada masalah blackhead ini. Jika dibiarkan, ia boleh memudaratkan muka kamu dan ia boleh jadi semakin besar. Muka kamu akan kelihatan tida bersih dan tidak rata. Jom bersihkan dengan cara paling mudah!

Mari kita atasi masalah pori, blackhead dan whitehead ni dengan menggunakan 7 bahan ini di rumah.

1. Ais

Ais meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit lebih sihat.

Caranya : Balut kiub ais dalam dain dan tekap pada bahagian bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin.

Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sehari sekali. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal atau teh hijau yang dibekukan.

2. Cuka Epal

Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya : Campurkan cuka epal ke dalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

 3. Putih Telur

Mengecutkan liang yang terbuka dan mengurangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya : Pukul putih telur dan sapu pada muka. biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan 2 kali seminggu.

4. Jus Lemon

Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.

Caranya : Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan.

5. Timun

Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya : Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap hari selama sebulan.

 6. Yogurt

Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.

Caranya : Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.

7. Oat

Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Caranya : Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung dalam 2 sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu, biarkan ia kering barulah dibilas.

 

sumber:  purebyso.com