Lazim seorang lelaki yang diet, mereka hanya mengamalkan pisang dan epal sebagai makanan tambahan. Kerana mereka kurang tahu dan arif tentang khasiat buah-buahan ini.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya masih banyak buah-buah lain yang mempunyai 1001 manfaatnya. Jadi di sini adalah antaranya;
Buah Naga Baik Untuk Kulit
Buah naga diperkaya dengan vitamin C dan asid lemak serta fosforus. Ia berfungsi sebagai melindungi masalah diabetes dan melambatkan proses penuaan.
Kandungan antioksidan terdapat dalam buah ini dapat menentang radikal bebas untuk menghalang sel kanser dan mengekalkan keajalan dan keremajaan kulit wajah. Jadi tiada salah jika para jejak memiliki kulit wajah mulus seperti ini.
Oren Mengurangkan Dari Terkena Strok
Kandungan Flavanon (subkelas flavonoid) yang ada di dalam buah atau jus oren dikatakan dapat mengurangkan risiko terkena strok .
Malah kandungan serat kalium (potassium), vitamin c dan kolina sesuai untuk mengekalkan jantung anda sihat dan dalam keadaan baik.
Nanas menyihatkan Kelenjar Tirod
Nanas mempunyai kandungan seperti Vitamin C, B1 dan fiber serta biotin atau vitamin H, tiamina serta asid di dalam badan mampu meningkatka tenaga malah menggalakkan kelenjar tirod yang sihat.
Buah Bidara Menguatkan Tulang Dan Gigi
Buah bidara mengandungi kalsium, fosfor kalium dan mineral, jadi buah kecil ini sangat baik untuk bertumbuhan gigi serta mengautkan lagi tulang.
Jika anda kemalangan, Buah Bidara ini sangat sesuai buat anda.
Advokado Bagus Untuk Hormon Lelaki
Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi di mana ia akan membantu melancarkan porses protien secara metabolisme kemudian menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.