Sabtu lalu telah berlangsung Golden Disk Awards 2022 (GDA2022) yang diadakan di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan. Walaupun acara tersebut berlangsung tanpa sebarang kehadiran penonton dan peminat namun perjalanan acara berlangsung dengan cukup baik dan lancar.
Dengan situasi COVID-19 yang masih lagi tiada penghujungnya, GDA2022 tetap berlangsung meriah dengan persembahan bertenaga dari pelbagai artis jemputan. Berbeza tahun lalu majlis GDA dipecahkan kepada Album Division dan Digital Divison pada dua hari berbeza.
Namun untuk tahun ini, GDA2022 telah diadakan untuk satu hari sahaja. Persembahan juga dilaporkan telah dirakamkan terlebih awal. Peminat di Malaysia khususnya cukup beruntung kerana berpeluang menyaksikan anugeraj berprestij ini secara langsung menerusi platform penstriman Astro GO yang menjadi penyiar rasmi di Malaysia.
Pada majlis anugerah yang memasuki edisi ke-36 ini, grup popular iaitu BTS dan Aespa muncul sebagai artis paling cemerlang dengan masing-masing merangkul sebanyak empat anugerah.
Dikenali sebagai grup lelaki paling popular di dunia, BTS membawa pulang trofi dalam kategori seperti Best Album (Bonsang) untuk ‘BE’, Best Digital Song (Bonsang) untuk ‘Butter’, Most Popular Artist dan Best Album (Daesang).
Manakala grup wanita yang semakin meningkat naik, Aespa pula mmengungguli kategori Artist of the Year, Digital Song Bonsang, Rookie Artist of the Year dan Cosmopolitan Artist Award.
Menerusi ucapan menerusi siaran video, BTS berkata,” Kami mengucapkan tahniah kepada GDA2022 Ke-36 kerana menjadi majlis anugerah pertama yang sangat berjaya pada tahun ini.
“Terima kasih kepada wakil GDA2022 kerana memberikan kami pengiktirafan ini. Kami kongsikan kemenangan ini bersama peminat, ARMY yang tidak pernah jemu memberikan sokongan mereka kepada kami!”
Sementara itu penyanyi solo jelita paling popular di Korea Selatan, IU turut unggul dengan tiga naugeraj pada tahun ini. IU menggongol trofi Digital Daesang (Song of the Year), Digital Song Bongsang dan Album Bongsang.
Manakala artis yang tampil membuat persembahan ialah STAYC, Stray Kids, The Boys, Heize, ENHYPEN serta IU dan juga Aespa.
BTS pula tidak menghampakan peminatnya dengan berkongsi rakaman eksklusif konsert mereka di Los Angeles buat kali pertama di skrin televisyen sebagai sebahagian daripada persembahan mereka.
Buat anda yang terlepas dan ingin menonton semula GDA2022, bolehlah terus melayari platform Astro GO. Versi dengan sari kata Bahas Melayu akan mula boleh didapati pada 19 Januari 2022. Dan ia juga akan ditayangkan menerusi Astro Ria tidak lama lagi!