
Jenama radio pilihan nombor satu Pantai Timur, radio Gegar memperkenalkan segmen baharu iaitu “Bro Pagi Gegar” yang akan ke udara setiap Ahad hingga Khamis, jam 6 hingga 10 pagi.
Segmen itu merupakan antara pembaharuan yang dilakukan sebagai pembuka tirai 2024 di samping memperkenalkan Fizie Roslan selaku penyampai baharu radio itu.
Fizie bertanggungjawab mengemudikan “Bro Pagi Gegar” bersama rakan penyampai Issey Fazlisham yang akan menceriakan pagi pendengar dengan beberapa pengisian baharu seperti berikut:
WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?
Issey dan Fizie akan berkongsi berita dan fakta menarik dari platform media sosial dan platorm berita.
Guano Preh, Skalo Bereh
Pendengar berpeluang untuk membuat panggilan ke udara dan berkongsi perasaan ataupun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
Yang Gegar, Yang Gogek
Issey dan Fize akan berkongsi berita menarik dan berita yang kurang mendapat perhatian bersama pendengar.
Open Table
Topik perbincangan harian bersama pendengar.
Abe Salok Madu
Issey akan melakonkan watak Abe Salok Madu dan berdikir barat untuk memberi pandangan serta nasihat berkaitan isu tular semasa.
Bro Talk
Fizie akan berkongsi petikan tentang topik harian bersama pendengar.
Dalam pada itu, radio Gegar turut memperkenalkan gandingan baharu bagi segmen “Gegar 10-3”, iaitu Scha Musa dan Shah Muhammad.
#fizieroslan #radiogegar #bropagigegar #maskulin #majalahmaskulin” />
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Teknik Bekukan Minyak Masak, Bersihlah Dapur Raya Anda Nanti

JANGAN RISAU SANGAT KALAU SINKI TERSUMBAT KERANA IA ADALAH PERKARA BIASA. MUNGKIN DISEBABKAN MINYAK MASAK ANDA YANG BERMANGKUK-MANGKUK DIBUANG DI DALAM SINKI, INI PENYELESAIAN PAKAR, MUNGKIN ANDA BOLEH LAKUKAN BEBERAPA PERKARA ASAS YANG MUDAH.
GUNAKAN SANKAKU KOONA
Berkenaan bagaimana cara menguruskan pelupusan minyak masak yang telah digunakan.
Anda tidak perlu membuang minyak lagi ke dalam sinki.
Mudah untuk melupuskan minyak masak terpakai.
Mengelakkan paip sinki anda berterusan melekit-lekit dengan minyak yang degil.
Senang nak basuh periuk belanga anda.
Sangat mudah hanya perlu panaskan minyak dan masukkan serbuk berkenaan, tunggu beberapa jam dan lihatlah hasilnya.
JANGAN BUANG KE DALAM SINGKI
Walaupun kaedah ini nampak cukup mudah dan sering dilakukan oleh kebanyakan antara kita, tapi JANGAN buat! Jika lebihan minyak disalurkan ke dalam singki, ia akan menjadi punca utama sinki akan tersumbat Ini disebabkan sifat minyak akan memekat bila sejuk.
LAP DENGAN TISU
Jika lebihan minyak tidak terlalu banyak, biarkan minyak tersebut sejuk di dalam kuali. Kemudian ambil tisu dan lapkan kuali tersebut hingga hilang kesan minyak. Tisu yang terserap dengan minyak tadi, bolehlah dibuang ke dalam tong sampah.
KUMPULKAN MINYAK MASAK DI DALAM BOTOL
Setiap kali selesai menggoreng, masukkan lebihan minyak ke dalam botol berpenutup. Kumpul sehingga bekas tersebut penuh dengan minyak dan kemudian barulah buang di dalam tong sampah. Tapi kalau pakai botol plastik, pastikan minyak masak tu dah sejuk dahulu sebelum tuangkan ke dalam botol. Kalau tak habis nanti botol cair.
SURAT KHABAR DAN PLASTIK
Kaedah ini diguna pakai oleh orang dulu-dulu. Masukkan gumpalan kertas surat khabar ke dalam plastik. Kemudian tuang lebihan minyak ke dalam bekas plastik tersebut. Ikat kemas dengan getah dan barulah dibuang. Dikatakan surat khabar tersebut boleh menyerap minyak. Sebab tu kalau minyak masak tumpah dilantai, ambil surat khabar untuk tekapkan, sebelum lapkan sebab ianya lebih mudah sikit.
SUMBER : KAPTENPRESS DAN TWEET RIDZWAN MAHAZAN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Biji Telur Dan Kopi Kosong Untuk Sarapan Pagi_Fuad Al-Hakim

FUAD AL-HAKIM
Gimnasium telah mengubah nasib dan dirinya 360 darjah. Dahulu orang memanggilnya dengan pelbagai gelaran dan kini dia mampu tersenyum tatkala memiliki tubuh sasa malah menjadi juara Manhunt 2015 adalah bukti kesungguhannya yang tidak berbelah bahagi. Ikuti tip yang diberikan bersama Maskulin.
Mulakan sekarang!
Sekali pandang, memang tiada siapa yang menyangka bahawa juara Manhunt 2015, Fuad Al-Hakim, pernah mengalami masalah peribadi yang menjejas fizikalnya. Kini dia kembali beraksi di gelanggang seni untuk mengabdikan bakat terpendamnya sebagai seorang pelakon dan model. Baginya sebelum menjadi seorang yang dikenali, seseorang itu haruslah bersedia dari segi fizikal terlebih dahulu.
“Jangan takut untuk ke gimnasium kerana di situlah anda akan melihat transformasi diri anda secara lebih baik. Dahulu saya pun asyik berlari di treadmill tanpa membuat sebarang latihan beban. Rasa malu ditertawakan, tapi itu dahulu, buat sahaja mengikut kata hati, cari teman untuk membantu anda pasti boleh berjaya.”
“Bagi anda yang masih baru iaitu beginner dalam bidang bina badan ini, anda harus memahami langkah-langkah tepat bagaimana pergerakan awal boleh dilakukan. Manfaatkan sahaja aplikasi terkini yang ada. Laman youtube juga mempunyai terlalu banyak video workout yang anda boleh download dan cuba ikuti langkah yang disediakan. Jangan gelojoh dan nak cepat siap. Belajar satu satu. Take it slow, ini penting untuk mengelakkan kecederaan. Antara contoh senaman yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan senaman darbell dan dumbbell, mesin inchline bench press dan mesin chest fly.”
Kerap buat latihan
“Sebagai orang baru, anda boleh lakukan latihan lebih kerap berbanding mereka yang sudah lama dalam bidang ini. Anda akan dapat belajar untuk mengerjakan otot anda secara lebih keras dan menyebabkan kerosakan atau otot terkoyak yang mengambil masa yang lama untuk sembuh. Walau bagaimanapun, untuk orang yang baru, kerosakan otot akan mengambil masa yang cepat untuk sembuh kerana kesan koyakkan masih baru.
“Jangan risau, ia adalah satu kebaikan untuk seorang ahli bina badan kerana ia akan menggalakkan badan untuk pulih dan seterusnya menyebabkan peningkatan pembentukan otot untuk workout yang seterusnya. Ini adalah apa yang dinamakan bina badan satu kitaran yang berterusan one-step-back, two-steps-forward, dan ulang berulang kali untuk minggu seterusnya. Oleh kerana itu, tempoh rehat dan tidur amat penting kerana semasa inilah badan akan berehat dan memulihkan otot yang rosak (two-steps-forward).
Latihan secara berperingkat
“Saya mencadangkan anda untuk pecahkan latihan bina badan kepada dua hari iaitu bahagian atas badan kecuali abs pada hari pertama, bahagian bawah badan (lower body) berserta abs pada hari kedua. Oleh kerana matlamat kita untuk melatih setiap bahagian otot dua kali seminggu, anda boleh mulakan hari pertama dan kedua pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh.
“Untuk mendapatkan berat badan ideal pula, anda perlu menambah jumlah otot dan lemak secara seimbang. Menaikkan berat badan dengan menambah lemak sahaja akan membuat bentuk tubuh menjadi kurang cantik, oleh karena itu kita juga perlu meningkatkan jumlah otot agar bentuk tubuh menjadi lebih padat berisi.”
Teknik tambah otot
1.Kawal pola pemakanan secara disiplin, cuba makan lima hingga enam kali sehari, tinggi protein, karbohidrat dan lemak dalam jumlah sedang bertujuan untuk meningkatkan kemasukan kalori yang penting untuk penambahan berat badan dan otot.
2.Rutin latihan, melatih setiap bahagian otot tubuh dalam seminggu secara berjadual.
- Pola rehat, dapatkan kualiti rehat yang cukup untuk pembentukan otot.
4.Pengambilan suplemen, pilih suplemen yang sesuai mengikut program latihan, banyakkan minum air.
Pelan Diet
Pola makan adalah salah satu aspek penting dalam keberhasilan pembentukan tubuh. Konsep pola makan dari program anda setiap hari adalah dengan menambahkan kalori dari jenis makanan yang ideal dan pilihan suplemen cenderung mencari weight gainer yang berkalori cukup tinggi.
Sarapan
- 4 biji telur rebus
- Kopi kosong
Tengah hari
- 150-250gram dada ayam / ikan / sapi
- 100 gram sayuran
Snack Siang
- 2 potong roti gandum / 1 cup oatmeal
- Susu tinggi kalori dan protein (weight gainer)
Makan Malam (Sebelum jam 7 malam)
- 150gram dada ayam / ikan / sapi
- 100gram sayuran
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 SEBAB KENAPA KAMU WAJIB MEMAKAI JAM TANGAN. JANGAN TANGGALKANNYA!

Adakah kamu masih memakai jam tangan dan sentiasa melihat waktu pada jam tangan anda? Ataupun mengharapkan telefon bimbit untuk mengingatkan kamu tentang meeting yang seterusnya? Rata-rata orang kita lebih memilih untuk mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar semata-mata untuk melihat masa dan tarikh. Percaya atau tidak, memakai jam tangan memberi banyak manfaat. Bukan hanya sekadar memudahkan kamu untuk melihat masa, tetapi ia juga boleh menukar gaya hidup kamu ke arah yang lebih berkualiti! 5 sebab ini menunjukkan bahawa jam tangan lebih bagus dari telefon bimbit kamu. Jadi, usah tanggalkannya!
1. JAM TANGAN MENJADIKAN KAMU LEBIH PUNCTUAL DAN CONSCIENTIOUS
Ada beberapa kajian dilakukan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan yang memakai jam tangan dan kumpulan yang tidak memakai jam tangan. Ujian ini dilakukan selama sebulan dan hasil keputusannya, kumpulan yang memakai jam tangan lebih punctual daripada kumpulan yang tidak memakai jam tangan. Jadi sudah terbukti bahawa, sains mengatakan orang yang memakai jam tangan akan lebih waras dan bertanggungjawab.
2. A REMINDER ON YOUR WRIST
Kami akui arus permodenan masa kini menjadikan kita lebih manja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, terutamanya telefon pintar. Tetapi kenapa harus bergantung seratus peratus kepada telefon pintar kamu? Takkanlah nak keluar dating pun harus set kan di reminder dalam telefon pintar kamu? Ayuh tukar sikap itu dengan menggunakan jam tangan. Percaya atau tidak, dengan melihat jam tangan di pergelangan tangan, secara tidak langsung, ia mengaktifkan otak untuk berfikir tentang jadual harian kamu. Dalam masa yang sama, ia menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan kita sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.
3. BAHAN KOMUNIKASI
Jangan terkejut bila orang menilai kamu hanya dari pemilihan jam tangan kamu. Jujurnya, bukan gaya fesyen saja yang orang akan menilai, bahkan jam tangan juga antara pembuka bicara antara kamu dan orang lain. Terutamanya jika kamu lelaki, sudah tentu pemilihan jam tangan yang tepat membuatkan kamu lebih gentleman. Secara tidak langsung, jam tangan adalah bahan komunikasi kamu dengan orang lain. Mungkin mereka akan bertanya di mana kamu membeli jam tangan kamu. Ataupun jenama apa yang pilih untuk spesifikasi jam tangan. Jadi, pakailah jam tangan kamu dengan penuh bangga!
4. MENJADIKAN KEHIDUPAN LEBIH SENANG
Pernah tak kamu alami pengalaman seperti kamu di dalam train yang sesak dengan orang ramai dan kamu mahu mengeluarkan telefon bimbit kamu semata-mata untuk lihat masa ketika itu. Kamu terpaksa bersusah payah untuk mengambil sedikit ruang memasukkan tangan kamu dan keluarkannya. Sudahlah sesak, berhimpit lagi. Stress! Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan yang sememangnya memudahkan kamu dengan lihat di pergelangan tangan kamu sahaja, Mungkin 2 saat saja masa diambil daripada kamu mahu keluarkan telefon bimbit kamu. Mungkin memakan masa dalam 5 atau 8 minit? Itupun kalau tidak terjatuh.
5. JAM KAMU, STAIL KAMU, DIRI KAMU
Walau apa jua pemilihan rekaan jam tangan kamu, ia membanu kamu lebih dari apa yang kamu sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar ke dalam hidup kamu. Apa yang penting, jam tangan menjadikan kamu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, setiap masa. Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI