Sukan

Brisk Walk – Cara Terbaik Turunkan Berat Badan Dengan Langkah Mudah

Share

Brisk walk atau berjalan pantas adalah antara bentuk senaman yang paling mudah, efektif, dan mesra untuk semua peringkat umur serta tahap kecergasan.

Ia merupakan bentuk senaman sangat sesuai untuk mereka yang baru ingin memulakan gaya hidup aktif. Selain tidak memerlukan peralatan mahal atau keahlian gim ia cukup mudah untuk dileakukan.

Hanya dengan sepasang kasut yang selesa dan tekad untuk berubah, sesiapa sahaja boleh mula menikmati manfaat kesihatan yang luar biasa.

Berjalan pantas selama 30 minit sehari mampu meningkatkan kadar metabolisme, membantu membakar kalori, serta menguatkan otot kaki dan teras badan.

Selain itu, ia juga memperbaiki kesihatan jantung, mengurangkan tekanan darah, dan menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan kolesterol tinggi.

Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, brisk walk ialah pilihan terbaik kerana ia memberikan impak rendah kepada sendi, mengurangkan risiko kecederaan, serta boleh dilakukan di mana-mana sahaja – di taman, sekitar kejiranan, atau di atas treadmill.

Statistik Obesiti di Malaysia, Realiti Membimbangkan

Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, Malaysia mencatatkan kadar obesiti yang membimbangkan, di mana hampir 50.1% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Lebih memburukkan keadaan, obesiti adalah antara punca utama penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, dan masalah jantung.

Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya untuk setiap individu mengambil langkah proaktif dalam mengawal berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Memulakan rutin brisk walk adalah satu permulaan yang mudah tetapi berkesan untuk kembali ke trek kecergasan.

Brisk Walk Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Brisk walk membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar pembakaran kalori. Sebagai contoh, seorang individu dengan berat sekitar 70kg boleh membakar sekitar 300-400 kalori sejam dengan berjalan pantas.

Sekiranya dilakukan secara konsisten bersama pemakanan yang seimbang, ia dapat membantu mencipta defisit kalori yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.

Berikut adalah beberapa tip untuk menjadikan brisk walk lebih efektif:

  1. Kekalkan Pace Konsisten
    Pastikan anda berjalan pada kelajuan yang membuatkan degupan jantung meningkat tetapi masih boleh berbual dengan selesa. Sasarkan kelajuan 5-6 km/jam untuk membakar lebih banyak kalori.
  2. Gunakan Teknik Berjalan Betul
    Pastikan postur badan tegak, ayunkan tangan dengan aktif, dan langkah dengan tumit mencecah tanah dahulu sebelum jari kaki. Ini membantu mengelakkan tekanan berlebihan pada sendi.
  3. Tambah Variasi dalam Latihan
    Cuba berjalan di kawasan berbukit atau tambah interval brisk walk dengan selang langkah lebih laju selama 1-2 minit sebelum kembali ke kelajuan biasa. Ini membantu meningkatkan pembakaran lemak dengan lebih efektif.
  4. Gunakan Aplikasi atau Smartwatch
    Menggunakan aplikasi seperti Google Fit, Strava, atau Fitbit boleh membantu anda menjejak jumlah langkah, jarak, serta kalori yang dibakar. Ia juga memberi motivasi untuk kekal konsisten.
  5. Tetapkan Matlamat dan Konsisten
    Untuk hasil terbaik, cuba lakukan brisk walk sekurang-kurangnya 30-45 minit sehari, 5-6 kali seminggu
    . Jangan terburu-buru, tetapi fokus pada konsistensi dalam jangka masa panjang.

Turunkan berat badan tidak perlu melibatkan senaman yang kompleks atau melampau. Dengan hanya berjalan pantas secara konsisten dan mengamalkan pemakanan sihat, anda boleh mencapai perubahan besar dalam kesihatan dan berat badan anda.

BACA: MASKULIN Who’s Your Bro EP.8 – Pertarungan Sengit Mencari Siapa ‘The Maze Warriors’!

Tidak kira di mana tahap anda sekarang, langkah pertama yang diambil hari ini adalah satu pelaburan berharga untuk masa depan yang lebih sihat.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim