Tanyalah man-mana orang yang memandu kereta atau apa jua kenderaan apakah yang paling ditakuti mereka ketika berada di atas jalan raya?
MASKULIN percaya rata-rata tidak mahu diri mereka terlibat dengan apa jua bentuk kemalangan. Selain kecuaian pemandu terdapat faktor kegagalan fungsi kenderaan itu sendiri yang boleh menjadi penyebab utama kemalangan jalan raya.
Lebih menakutkan ia juga boleh menjadi punca kepada kemalangan maut. Di antara punca kemalangan yang serius adalah disebabkan oleh kegagalan sistem brek kenderaan untuk berfungsi ketika sedang meluncur di atas jalan raya.
Jadi apakah perkara yang harus anda lakukan apabila berdepan situasi brek gagal berfungsi ketika sedang memandu?
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI!
Pertama sekali anda harus mengelak dari melakukan beberapa perkara MASKULIN nyatakan di bawah. Memberhentikan kereta tanpa menggunakan brek memerlukan daya tumpuan serta ketenangan yang luar biasa terutamanya memastikan kereta selamat dari terlibat kemalangan.
1. JANGAN PANIK – Beberapa saat selepas anda mendapati brek tidak berfungsi amat penting bagi memastikan bukan sahaja keselamatan anda tetapi pengguna jalan raya lain. Jadi anda harus bertenang dan tidak panik!
3. JANGAN TUKAR GEAR MENGEJUT – Apabila ingin menurunkan gear anda tidak seharusnya melakukannya dengan tergesa-gesa seperti dari gear 4 kepada gear 1. Ini boleh menyebabkan kereta hilang kawalan.
3. JANGAN MATIKAN KERETA – Ini juga boleh menjadi punca kereta terbabas disebabkan ‘skidding’. Ia juga akan menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan anda hilang kawalan secara total.
4. GUNAKAN HANDBRAKE DENGAN BIJAK – Jangan tergesa-gesa tarik handbrake dengan kuat. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake dengan tenang. Penggunaan agresif boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan juga terbabas.
LANGKAH PERLU ANDA LAKUKAN!
1. Angkat kaki dari pedal minyak
2. Jika sempat buka lampu kecemasan.
3. Turunkan gear dengan ‘slow and steady’. Jika kereta anda ada fungsi cruise control, matikannya dengan segera.
4. Tekan brek sekuat mungkin. Ini kerana kebanyakan sistem brek kereta sekarang mempunyai system dual braking yang secara bebas mengawal brek hadapan dan belakang. Namun ia tidak akan berfungsi jika kedua-duanya telah rosak sepenuhnya.
5. Gunakan handbrake secara berhati-hati. Penggunaan handbrake tidak akan memberhentikan kereta anda secara langsung namun ia mampu memperlahankan kereta. Pastikan kereta sentiasa terkawal ketika menggunakan handbrake.
6. Guna divider. Jika anda memandu di lebuh raya dan sedang berada dalam kelajuan yang agak tinggi anda boleh menggunakan divider atau rails untuk memperlahankan kereta. Dalam keadaan terdesak ia boleh membantu anda memperlahankan kenderaan.
7. Kawal kereta ke kawasan selamat. Bila kereta sudah meluncur semakin perlahan carilah lokasi sesuai untuk anda berhentikan kenderaan. Elak berhenti di tengah-tengah jalan yang boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna lain.
Semoga kita semua terus dilindungi dan memandulah dengan selamat. Jom subscribe YouTube MASKULIN dan Telegram untuk update terkini!
https://www.youtube.com/watch?v=SolT1Y98Qd4&t=136s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI