Buat peminat fesyen terutamanya pembuatan barangan kulit pasti tidak asing lagi dengan nama Braun Büffel.
Cukup terkenal dengan seleksi aksesori fesyen mewah dan premium, Braun Büffel baru-baru ini melancarkan koleksi kapsul istimewa, BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT 2024. Ia merupakan kapsul koleksi ‘tribute’ buat artis terkenal Jean-Michel Basquiat.
Nama legenda ini dikenali dengan gaya seni yang radikal dan memberontak, menggabungkan elemen kemewahan dengan semangat jalanan yang berani.
Jean-Michel Basquiat, yang mula dikenali pada akhir tahun 1970-an di dunia graffiti New York, telah menjadikan dirinya sebagai salah seorang artis paling berpengaruh pada abad ke-20.
Karya seninya terkenal dengan elemen yang ‘raw’, warna-warna mencolok dan komentar sosial yang cukup mendalam. Hasil-hasil seninya seringkali menggambarkan kehidupan bandar dan perjuangan komuniti yang terpinggir dengan cara yang sangat berkesan.
Seni Basquiat tidak hanya berfungsi sebagai ekspresi seni tinggi tetapi juga sebagai cerminan budaya jalanan yang kuat, yang terus berpengaruh hingga ke hari ini.
Ads
PENGARUH KARYA UNGGUL
Koleksi BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT menampilkan pengaruh langsung dari karya beliau. Ia boleh disaksikan dengan seleksi beg koleksi ini yang direka dengan elemen seninya pada segenap sudut.
Keryanya membawa suasana lorong-lorong urban New York ke dalam rekaan koleksi ini. Gabungan di antara kerajinan kemewahan Braun Büffel dan semangat memberontak Basquiat mencipta sebuah koleksi yang unik dan memikat.
Cukup sesuai buat mereka yang menghargai keindahan seni dan fesyen. Pada 2 hingga 4 Ogos 2024 lalu, sebahagian daripada lantai bawah REXKL telah diubah menjadi ‘tuan rumah’ kepada BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT Urban Escape.
Ia merupakan sebuah ‘pop-up’ menawarkan pengalaman imersif yang menghidupkan suasana lorong-lorong New York. Acara ini menyediakan ruang untuk pengunjung merasai atmosfera bandar yang dinamik, sesuai diabadikan untuk foto-foto laman media sosial.
PELBAGAI BARANGAN EKSKLUSIF
MASKULIN sempat mengikuti pelancarannya yang berlangsung dengan cukup meriah. Koleksi kapsul ini merangkumi pelbagai barangan kulit. Di antaranya ialah Crossbody, Tote, Backpack, Waist Pouch dan Cardholder.
Setiap item menampilkan rekaan siluet yang ramping, diperbuat daripada kulit denim, serta dihiasi dengan simbol yang dicetak panas, cetakan digital, dan sulaman yang rumit.
Ads
Aksesori ini bukan sahaja menawarkan fungsi yang praktikal tetapi juga menggabungkan elemen fesyen yang bold dan ekspresif, mencerminkan gaya seni Basquiat yang unik.
Koleksi ini melengkapkan sebarang pakaian bandar dengan sentuhan moden, mengingatkan kita akan pendekatan kolaj Basquiat terhadap seni jalanan yang berani.
Braun Büffel mengundang anda untuk meneroka ekspresi diri yang autentik dan merayakan kekuatan individualiti melalui koleksi kapsul ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Bagi peminat pakaian premium streetwear, nama Undefeated bukanlah asing lagi bagi mereka. Bermula daripada menjadi butik sneakers premium yang diasaskan oleh James Bond dan Eddie Cruz, ia kini telah melakukan banyak kolaborasi dengan jenama terkenal seperti A Bathing Ape, Champion, Nike, Vans, adidas dan banyak lagi.
Dan yang paling terbaru Undefeated telah dipilih oleh Starbucks untuk melakukan kolabirasi item istimewa. Kolekasi Starbucks X Undefeated ini turut bakal diperkenalkan di pasaran tempatan oleh Starbucks Malaysia.
Koleksi istimewa ini dijangka menjadi buruan bukan sahaja oleh penggemar streetwear tetapi juga pengumpul item eksklusif aksesori Starbucks.
Starbucks X Undefeated mengambil inspirasi daripada rekaan pakaian sukan dan budaya sneakers dengan penampilan tema warna neon dan rekaan ultra-moden berserta warna hijau trademark jenama kopi tersebut.
Rekaannya juga sebagai simbolik bagi meraikan kreativiti, ketahanan serta semangat kemanusian dua jenama besar ini berkongsi semangat mereka terutamanya pada ketika dunia berdepan krisis wabak yang meruncing.
Koleksi Starbucks X Undefeated meliputi pelbagai aksesori, alat tulis serta bekas minuman yang tampil dengan tema minimalistik. Berikut merupakan koleksi edisi terhad Starbucks X Undefeated yang bakal ditawarkan di pasaran:
Kesemua item kolaborasi eksklusif ini boleh didapati di outlet Starbuck yang terpilih di seluruh negara mulai esok, 8 Julai 2020. Manakala untuk pasaran Sabah & Sarawak pula pada 14 Julai 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
Lelaki ini dahulunya hanyalah seorang lelaki biasa tetapi kini semuanya berubah sejak melibatkan diri dalam dunia permodelan. Gwilym Pugh hanyalah seorang lelaki biasa berusia 21 tahun ketika memulakan syarikat insurans di bilik tidurnya. Bekerja dari rumah menyebakan dia mengalami kenaikan berat badan yang banyak, 280 paun dilaporkan.
Sehinggalah tukang gunting rambut menyuruhnya untuk membela jambang dan lihat transformasi lelaki ini, cukup sempurna!
Lihat penampilannya sekarang!
“Pada masa itu saya boleh dikatakan overweight, saya bekerja 12 jam sehari dari rumah, perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya memutuskan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada yang sekarang ini,” jelasnya pada Daily Mail.
Tukang gunting rambut menyuruhnya membela jambang untuk penampilan yang baru. Sejajar dengan penampilannya yang baru, lelaki muda ini turut melakukan transformasi dengan mengamalkan diet seimbang dan membina badan.
Sekarang, Gwilym, 33, adalah sebahagian daripada model AMCK agensi London. Dia telah bekerja dengan jenama Vans, Bud Light, Diesel, dan nama-nama besar lain. Kerja kerasnya juga membolehkan dia menjadi duta bagi jenama David Beckham untuk produk lelaki, House 99!
Terima kasih pada tukang gunting kerana kini penampilan lelaki muda ini nampak lebih macho dan sihat!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan sesetengah lelaki sememangnya agak jahil dalam memilih padanan warna yang sesuai untuk pakaian mereka.
Berbeza dengan kaum wanita di mana mereka lebih cerewet dan peka dengan sebarang padanan warna, lelaki pula kadang-kadang terlalu mengambil remeh akan perkara ini.
Akhirnya bila padanan tak kena mereka akan terus nampak janggal dan langsung tidak menarik. Lebih parah ia boleh merosakkan tema majlis!
Perkara pertama anda harus ialah warna memainkan peranan sangat penting bukan sahaja dalam penggayaan fesyen malah penampilan diri. Seorang lelaki yang ingin tampil yakin bergaya perlulah peka dengan pemilihan atau memadankan kombinasi warna yang baik.
Bukan sahaja nampak lebih kecak malah ia membuatkan seorang lelaki itu tampil mudah didekati dan ada cita rasa yang baik.
Kombinasi warna pakaian yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor termasuk konteks acara, gaya peribadi, dan warna kulit. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kombinasi warna yang sering dianggap sesuai dan menarik dalam pakaian lelaki:
Navy dan Putih
Kombinasi navy (biru gelap) dengan putih pilihan klasik yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ia memberikan penampilan nampak kemas dan elegan. Contohnya padanan kemeja putih dengan seluar navy atau sebaliknya.
Hitam dan Putih
Mudah dan ringkas. Inilah padanan paling umum boleh anda pilih. Kombinasi hitam dan putih adalah memberikan kontras yang cantik dan sentiasa bergaya. Boleh dipakai dalam pelbagai gaya pakaian, sama ada formal atau kasual.
Kelabu dan Putih
Ramai tidak tahu bahawa kelabu merupakan warna yang sangat versatil dalam fesyen. Ia warna yang serba boleh dan sering kali dipadankan dengan putih untuk memberikan tampilan yang bersih dan teratur.
Biru Gelap dan Kuning
Kombinasi biru gelap dengan aksen warna kuning keemasan mampu memberikan sentuhan keceriaan dan gaya yang menonjol.
Coklat dan Krim
Satu lagi kombinasi yang cukup elegan. Kombinasi coklat dengan krim atau beige memberikan kesan yang hangat dan kasual serta sesuai untuk suasana santai.
Hijau Zaitun dan Coklat Tua
Tak salah jika kita katakan padanan atau kombinasi dua warna ini paling tegas dan nampak maskulin. Warna hijau zaitun memberi kontras dengan coklat tua.
Merah Marun dan Biru
Padanan merah marun dengan biru memberikan kombinasi yang menarik dan memberikan keceriaan kepada pemakainya. Ia tidaklah terlalu ‘loud’ tapi dalam masa yang sama ada karakter tersendiri.
Biru Laut dan Merah
Kombinasi biru laut dengan aksen merah pula memberikan kesan nautical yang segar dan menarik.
Memilih padanan warna sesuai perlu juga untuk mengamvil faktor agar ia sesuai dengan jenis acara, suasana dan gaya peribadi anda.
Selain itu, memahami kontras warna dan memastikan pakaian anda bersih dan terjaga juga adalah faktor penting untuk mencapai penampilan yang menawan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.