Ramai wanita tidak tahu sebenarnya perihal rambut ini juga merupakan satu hal yang cukup sensitif bagi lelaki.
Malah mereka juga mungkin tidak tahu bahawa setiap tahun berapa jumlah wang yang telah kaum lelaki laburkan membeli produk penjagaan rambut semata-mata untuk sentiasa kelihatan menarik.
Setiap lelaki mempunyai jenis-jenis rambut yang berbeza. Ada yang lebat dan tidak kurang juga yang mudah gugur. Bagi lelaki masalah rambut botak yang berlaku seawal usia penghujung 20-an merupakan satu mimpi ngeri.
Dan percayakah anda ramai lelaki berdepan masalah hubungan romantis dengan pasangan disebabkan penampilan mereka yang botak tengah?
Bila ini berlaku ia bukan sahaja meruntuhkan jiwa malah boleh memberikan kesan mental dan keyakinan diri yang semakin rendah.
Jenis rambut juga banyak dipengaruhi oleh faktor genetik namun ia tidak seharusnya menjadi faktor keseluruhan semata-mata. Terdapa beberapa cara, amalan serta pantang larang yang boleh anda amalkan untuk pastikan rambut tidak mudah botak terutamanya di tengah-tengah kepala!
VITAMIN A DAN D
Pertama sekali faktor pemakanan. Anda adalah apa yang anda makan. Jenis makanan seperti ikan dan juga sayur-sayuran mengandungi vitamin A dan D. Dan kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
JANGAN BASUH RAMBUT GUNA AIR PANAS
Ini amalan yang ramai sangat lelaki amalkan. Terutamanya yang sukan mandi dengan air panas. Tahukah anda bahawa air bersuhu panas adalah tidak baik untuk kesihatan rambut anda? Bukan sahaja boleh merosakkan pada akar rambut, malah ia boleh membuatkan rambut nampak kurang bersinar, bercabang dan juga mudah gugur.
PENGAMBILAN KAFEIN
Lelaki dan kopi. Kombinasi yang cuup sinonim. Malah ramai yang tidak daoat berfungsi denagn baik di waktu pagi tanpa kopi. Namun di sebalik itu kopi yang mengandungi kafein boleh memberikan kesan tidak baik dalam jangka masa panjang kepada rambut. Pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi. Dan bila ini berlaku ia boleh menyebabkan rambut mudah ‘rapuh’ dan gugur.
SENAMAN
Sejak dari dulu lagi MASKULIN sering laungkan. Lelaki yang sihat adalah lelaki yang bersenam. Bukan sahaja manfaat fizikal tetapi ia juga memberi ketengan kepada minda. Bila minda tenang maka stres pun akan berkurangan. Melakukan senaman juga boleh melancarkan pergerakan darah dalam badan. Jika anda stres dan kurang bersenam ia boleh memberikan impak kepada rambut.
PRODUK TAK SESUAI
Sebelum menggunakan mana-mana produk seperti syampu anda hendaklah membaca kandungannya terlebih dahulu. Syampu mempunyai banyak bahan kimia yang jika tidak sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu ketahuilah terlebih dahulu jenis syampu yang sesuai untuk anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI