Jauh di sudut hati setiap lelaki mereka cukup takut akan perkara ini. Bila rambut mula gugur dengan sendiri terutamanya di bahagian atas atau tengah kepala, ia merupakan mimpi ngeri menjadi kenyataan!
Percayalah, tiada seorang lelaki pun mahu tampil dengan imej kepala dengan rambut tapi botak tengah. Ya, setiap orang mungkin akan alaminya namun berbeza-beza mengikut usia dan juga gaya hidup.
Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh genetik. Namun anda boleh elak perkara ini berlaku jika sentiasa menjaga rambut dan amalkan gaya hidup, pemakanan dan tidak berdepan stres melampau.
Ikuti 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Ads
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Ads
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang ramai tahu harga seutas jam tangan G-Shock tidak murah, namun kerana kualiti dan rekaannya yang menarik membuatkan orang sanggup untuk berbelanja tinggi untuk memilikinya.
Baru-baru ini, jenama perisian komputer terkenal dunia Asus dan Casio telah bekerjasama untuk mengeluarkan koleksi G-Shock edisi terhad. Ia cukup istimewa dan jumlah pembuatannya tidak banyak.
Model yang digunakan adalah G-Shock GA-100 yang mana ia telah dikemaskini dengan rekaan bertemakan ROG (Republic of Gamers). Ia mampu menahan hentakan serta kalis air sehingga 200 meter.
Selain itu, ia turut dilenagkapi dengan tetapan penggera, pemasa dan dilengkapi dengan kalendar sehingga tahun 2099.
Bagi peminat sneakers dan hypebeast terutamanya Nike Air Max 97 merupakan antara model kasut yang wajib ada dalam simpanan koleksi mereka.
Bila bercakap tentang Air Max 97, secara automatik penggemar sneakers akan terus bayangkan warna ikoniknya yang paling popular iaitu Silver Bullet.
Sebagai antara peneraju dalam pengeluar barangan sukan Nike sentiasa tampil dengan pembaharuan serta eksperimen khusus buat peminat jenamanya.
Terbaru menerusi Nike Golf, mereka memperkenalkan Air Max 97 G. Menggunakan silhoutte Air Max 97, kasut ini merupakan gabungan kasut gaya hidup dan juga golf.
Digelar dengan nama ‘Le Silver’ oleh peminatnya ketika mula-mula diperkenalkan di Itali pada tahun 1997, kasut Nike ini boleh dikatakan sebagai antara model paling ikonik pernah ‘dilahirkan’.
Pada bahagian upper dan midsole, model ini mengekalkan estetika Air Max 97. Cuma apa yang berbeza ialah pada bahagian outsole dan tapak. Sesuai untuk kegunaan pelbagai permukaan terutamanya rumput, ia mempunyai rekaan ‘spiky’ untuk cengkaman lebih kuat.
Jadi buat peminat sneakers dan golf, inilah kasut yang tidak harus anda lepaskan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun lelaki tidak secerewet wanita dalam soal berpakaian, namun jangan sampai anda mengetepikan soal gaya sehingga membiarkan kesilapan fesyen ini menjadi habit dalam diri anda.
Ini kerana penampilan yang kemas melambangkan keperibadian diri lelaki. Jadi, jangan ‘tangkap muat’ apa sahaja fesyen yang anda suka tanpa memikirkan sama ada gaya yang anda pakai itu betul atau tidak.
Bukan apa, bimbang jika cara berpakaian itu menampakkan anda seorang yang pelik di mata orang lain.
Oleh itu, cuba semak kesilapan-kesilapan berfesyen ini. Jangan ulangi dan jadikan habit jika ada di antaranya yang pernah anda buat.
1. Pakai tali leher pendek
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
2. Pakai lengan baju yang menutupi jam tangan
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
3. Pakai baju berkedut-kedut
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
4. Pakai t-shirt berlengan besar dan labuh
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
5. Pakai tali pinggang dan suspenders serentak
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
6. Salah ketika butangkan blazer atau kot
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
7. Masukkan kemeja ke dalam seluar
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
8. Pakai sut hitam setiap hari
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
9. Pakai stoking berlubang atau koyak
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
10. Pakai pakaian yang sudah berhari-hari tidak dibasuh
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.
11. Pakai stoking yang tidak sama jenis dan warna
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
12. Pakai stoking dengan selipar atau sandal
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
13. Pakai kasut sukan untuk semua gaya
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
14. Pakai baju berkolar V
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
15. Pakai seluar skinny yang terlalu ketat
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
16. Pakai stoking putih untuk semua gaya
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.