Kadang-kadang tak semua orang ada aktiviti hujung minggu. Mungkin ada diantara korang yang lebih suka duduk rumah. Nak nak kepada yang single tu, nak keluar takut nanti duit cepat habis. Sini kami sediakan list untuk anda yang single, malas nak keluar, tapi tak nak bosan.
Pagi-pagi sabtu ahad tu, apa kata kalau anda ke mana-mana bukit berdekatan dan mula mendaki. Jika anda berada di kawasan Selangor, anda boleh ke Bukit Puchong, Bukit Gasing. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk anda mengeluarkan peluh, dan rehat dari stress berkerja.
Tak salah jika anda masuk ke dapur sekali sekala. Masak disini bukanlah bermaksud anda kena menumis, mungkin anda boleh cuba buat cookies, ataupun karipap. Kalau kecik-kecik dulu anda rajin tolong mak di dapur, tak kan dah besar tak nak masuk dapur langsung?
Seminggu anda berkerja, hujung minggu tu dah boleh basuh baju, tukar cadar, vacuum rumah. Lepas breakfast tu, anda dah boleh terus mengemas. Percayalah, anda akan habis mengemas pada jam 2 petang.
Isnin sampai Jumaat anda tak habis-habis dengan kerja, sabtu ahad nilah masanya anda update
filem yang masih belum tonton. Kalau memang malas nak keluar, tengoklah Drama Korea/ Running Man/Teduhan Kasih/ Siri Marvel berulang kali. Baru hilang bosan.
Membaca merupakan aktiviti yang sangat membosankan. Namun, kita boleh menjadikan ia menarik dengan memakai earphone ditelinga. Ataupun, set jumlah helai bacaan anda. Contohnya, bangun saja dari tidur, anda perlu menghabiskan 10 muka surat. di sebelah petang pula, anda boleh membaca lagi 10 muka surat. Barulah masa lapang anda terisi.
Jika anda bukan seorang yang pandai menggodam kereta, anda boleh cuci kereta pada hujung minggu. Jika anda pandai bermain dengan komponen dalam kereta, anda boleh menukar minyak hitam, cuci enjin kereta dan sebagainya.
Anda mungkin bukan seorang yang rajin menegur jiran, jadi apa kata anda berjalan pada waktu petang. Bukan ber jogging tau, tapi berjalan. Hirup udara segar, lihat kanak-kanak bermain di taman, mungkin dengan cara ini anda tidak akan mengharungi Monday Blues?
Dah tahu dah nak buat apa hujung minggu ni? Selamat berhujung minggu!