Pempengaruh terkenal dan usahawan berjiwa besar, Khairul Aming, sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia dalam tempoh beberapa hari ini. Khairul Aming menerusi perkongsian laman media sosialnya cukup aktif melakukan misi bantuan banjir.
Seperti mana kita tahu, bencana banjir kini melanda di kebanyakan kawasan di Pantai Timur, termasuklah negeri kelahiran Khairul Aming, Kelantan.
Terbaru, Khairul Aminf dilihat bekerjasama dengan jenama peruncitan halal tempatan terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), dalam usaha membantu mangsa banjir.
Menerusi sebuah video tular yang mencuit hati ramai di media sosial, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, memberikan tawaran luar biasa kepada Khairul Aming untuk mengambil apa sahaja stok barangan dari premis Mydin tanpa perlu membayar serta-merta.
“Ambil seberapa banyak awak nak dan tak perlu hantar budak, kad kredit atau apa-apa… cuma beritahu had kredit yang nak RM20,000, RM50,000 atau RM100,000 ke. Lepas habis banjir tu awak bayar, tiada masalah. Kita percaya Khairul Aming,” ujar Ameer dengan penuh keyakinan.
Ads
Tidak cukup dengan itu, Mydin turut menyumbangkan tambahan 5,000 barangan bagi membantu usaha murni pempengaruh ini.
SENTIASA TAMPIL
Sikap pemurah dan kepercayaan penuh yang ditunjukkan oleh beliau membuatkan ramai warganet berasa kagum dan tersentuh dengan kesediaannya untuk sentiasa tampil memberikan bantuan.
Ia bukanlah pertama kali beliau dilihat tampil memberikan bantuan. Malah jika kita ingat kembali dalam bencana banjir melanda negeri Selangor pada tahun 2021, dia menghalalkan semua barangan yang diambil dari salah satu pasaraya Mydin yang dipecah masuk.
Ads
Khairul Aming, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, memulakan misi bantuan banjirnya di Kelantan sejak Sabtu lalu. Bersama pasukannya, beliau menyediakan makanan dan barangan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Walaupun ramai peminat dan pengikutnya menawarkan untuk menyumbang wang, Khairul Aming dengan rendah hati menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menerima derma secara langsung kerana kekangan permit serta ingin memastikan amanah orang ramai sentiasa terpelihara.
Semangat kerjasama antara Mydin dan Khairul Aming ini mencerminkan nilai kesatuan dan kemuliaan hati rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran. Inilah bukti bahawa, dalam saat-saat sukar, kita mampu bersatu dan berganding bahu untuk memastikan tiada siapa yang dibiarkan terpinggir.
“Teruskan usaha murni ini,” pesan Ameer, mengakhiri video berdurasi 56 saat yang kini menjadi inspirasi kepada ramai.
Semoga segala kebaikan yang ditunjukkan oleh dua insan ini akan terus diteladani kita semua.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Salah satu keperluan utama dalam usaha untuk menurunkan berat badan, selain diet dan senaman adalah motivasi untuk meneruskan misi kurus. Tanpa motivasi, pasti anda akan berhenti sekerat jalan.
Diet ke mana, kesihatan ke mana. Sudahnya anda akan kekal dengan bentuk badan sebegitu tanpa ada sebarang usaha untuk menurunkan berat badan.
MASKULIN sempat menemubual Ahmad Zikri Mohamad Nasir, penuntut di sebuah universiti awam tentang perjalanannya menurunkan berat dengan meletakkan semangat untuk meluahkan isi hatinya kepada crush.
“Saya merasakan kalau badan saya kekal besar macam ini, siapa je yang nak dengan saya,” ujarnya yang turut menyatakan bahawa dia seringkali menjadi bahan jenaka di kalangan rakan-rakan kerana badannya berbau dan sering berpeluh.
TIP YANG DILAKUKANNYA
1. Untuk misi menurunkan berat badan, Zikri mengamalkan pelan diet Atkins. Walaupun mengakui agak sukar untuk dia mengikuti pelan ini tetapi dia sentiasa menjadikan crush serta sindiran rakan-rakannya itu sebagai pembakar semangat untuk dia meneruskan misi menurunkan berat badan.
2. Rutin pemakanannya setiap hari bermula pada waktu pagi dengan minum susu tepung segelas. Kemudian waktu tengah hari, dia akan masak ayam atau daging bersama sayur mengikut kuantiti yang ditetapkan tanpa nasi.
3. Untuk senaman pula, dia akan berjoging setiap hari sejauh tiga kilometer dan pada setiap hujung minggu, dia akan ke gym untuk bersenam selama dua jam.
DARI SAIZ XXL KE M
Rutin ini diamalkannya selama enam bulan tanpa berputus asa dan gembira akhirnya Zikri berjaya menurunkan berat badan daripada 130kg menjadi 65kg.
Pada masa sama, dia kini tidak perlu risau lagi untuk mencari saiz baju kerana kini dia sudah boleh memakai pakaian bersaiz M berbanding dahulu memakai saiz XXL.
CINTA DITOLAK
Antara sebab lain Zikri tekad untuk turunkan berat badan disebabkan cintanya ditolak wanita idaman gara-gara dia dikatakan kurang effort.
Kata Zikri, dia tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku sebaliknya berterima kasih kerana atas alasan ditolak itulah, dia tekad untuk kurus. Kini dia berbangga dengan berat ideal yang dicapainya pada hari ini.
Dia juga berharap agar orang ramai dapat mengambil iktibar daripada kisahnya ini untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari.
Terima kasih crush!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh seminggu kebelakangan ini Amerika Syarikat telah dilanda demonstarasi dan protes besar-besaran yang berlaku di hampir kesemua kota besarnya.
Protes yang kini sudah mula merebak ke peringkat global dengan beberapa bandar besar seperti London, Paris dan Auckland turut mengadakan demonstrasi sama.
Ia bermula selepas seorang lelaki berkulit hitam George Floyd telah meninggal dunia akibat tindakan dari beberapa anggota polis di Minneapolis yang menggunakan kekerasan menekan lehernya dengan menggunakan lutut.
Kes ini tular apanbila rakaman video menyaksikan mangsa merayu kerana tidak dapat bernafas. Namun rayuannya tidak diendahkan sehingga menyebabkannya maut.
Anggota polis yang bertanggungjawab, Derek Chauvin kini telah didakwa di atas tuduhan membunuh.
Namun, masyarakat minoriti terutamanya dari keturunan African American sudah hilang sabar apabila menyaksikan kes demi kes melibatkan kematian daripada komuniti mereka.
Tanda pagar #BalckLivesMatter telah tular selama beberapa hari dan menyaksikan semakin ramai pihak tidak kiralah sama ada selebriti, ahli politik atau jenama besar melahirkan sokongan mereka.
Salah seorangnya ialah legenda tinju yang juga merupakan atlet terkaya di dunia, Floyd Mayweather. Menurut sumber, Floyd telah menghubungi keluarga mangsa iaitu George Floyd memberi tawaran untuk membantu menanggung kos pengebumian.
Legenda tinju ini juga dikatakan akan turut membayar di tiga acara memperingati mangsa di Houston, Charlotte dan Minnesota serta kemungkinan sebuah lagi acara sama yang belum ditetapkan lokasinya.
Perkara ini turut disahkan oleh syarikat promosinya, Mayweather Promotions menerusi satu ciapan di Twitter.
“Juara tidak terkalah, Floyd Mayweather berkongsi kepada Hollywood Unlocked dalam sebuah temu bual eksklusif bahawa dia akan membayar kesemua kos pengebumian George Floyd.”
Warganet turut melahirkan rasa terharu dan kagum terhadap juara tinju ini di atas keprihatinannya bertindak dn membantu keluarga mangsa.