Bos Annoying Atau Gaji Sikit, Mana Buat Lelaki Lebih Stres?

Menurut penelitian, kebahagiaan di pejabat dapat dirasai jika anda tahu bagaimana menangani stres. Tidak dinafikan ramai yang berhadapan dengan stres apabila dalam dunia pekerjaan. Cuma perlukan kebijaksanaan anda untuk menangani stres hingga tidak menjejaskan produktiviti. Bagi mengurangkan risiko stres, mungkin cara berikut efektif untuk anda ikuti.

Jangan cari musuh

Penelitian dibuat agar diri terasa bahagia semasa di pejabat, salah satu cara terbaik ialah dengan menjalin hubungan yang baik dengan rakan kerja. Dengan terjalinnya hubungan baik sesama rakan kerja dapat membuat anda semakin semangat untuk ke tempat kerja.

Jika anda memiliki ikatan yang baik dengan pejabat dan orang-orang di dalamnya, pekerjaan tidak akan dianggap sebagai beban. Rasa saling memiliki ini bahkan mungkin menjadi pendorong bagi anda untuk selalu bersemangat ke pejabat demi untuk bersama dengan teman-teman.

 

IKLAN

Berhenti berusaha menyenangkan semua orang

Hindari selalu menyetujui apa yang ditugaskan oleh ketua namun sebenarnya anda tidak sanggup melaksanakannya. Berkata tidak sesekali diperlukan terutama apabila pekerjaan tersebut tidak mampu anda selesaikan.

Jujurlah kepada ketua jika anda merasa tidak sanggup melaksanakan suatu pekerjaan kerana hal itu dapat membuat anda lebih bahagia. Namun tentu saja tidak semua pekerjaan harus ditolak, malah jika perlu tawarkan diri pada suatu pekerjaan yang mampu anda lakukan. Ia lebih baik dilakukan daripada anda cuba menyenangkan semua orang kerana hal tersebut yang berakhir dengan bebanan pada diri seterusnya menjadikan diri stres.

Bos Annoying Atau Gaji Sikit, Mana Buat Lelaki Lebih Stres?

IKLAN

Percayalah, pekerjaan anda bermakna bagi ramai orang

Menemui makna daripada pekerjaan merupakan salah satu cara agar lebih bahagia di pejabat. Percayalah bahawa setiap pekerjaan membawa makna bagi kehidupan. Apa pun posisi pekerjaan anda, ketahui alasan kenapa harus melakukannya sebaik mungkin. Jika alasan dan makna tersebut telah anda temui, maka bukan hal yang sukar untuk dapat merasakan kebahagiaan di pejabat.

Wajar jika anda pernah merasa bosan dengan aktiviti harian hingga melupakan tujuan di sebalik makna daripada pekerjaan itu sendiri. Terjebak dengan rutin yang sama memang kadang kala dapat mengaburi alasan sesungguhnya kenapa anda memilih pekerjaan yang dijalani ketika itu. Untuk menemui kembali hal tersebut, tidak ada salahnya meluangkan waktu untuk mengingatkan diri tentang betapa berertinya pekerjaan yang dijalani ketika ini.

Jangan bawa masalah peribadi ke pejabat

IKLAN

Keluarga di rumah ialah orang-orang yang kita sayangi dan peduli. Masalah yang menimpa mereka boleh membuat fikiran anda dipenuhi oleh kesedihan dan kekalutan. Sewajarnya, masalah kehidupan peribadi boleh diketepikan ketika anda sedang berada di pejabat agar ketenangan dan keselesaan bekerja tetap dipertahankan. Namun jika masalah peribadi yang anda alami begitu penting, maka tidak ada salahnya untuk mengambil cuti. Jangan sampai fokus anda terbahagi dua dengan tugas di pejabat.

 Bos Annoying Atau Gaji Sikit, Mana Buat Lelaki Lebih Stres?

Hindari menunda kerja

Cara lain agar lebih bahagia di pejabat sebenarnya cukup mudah dilakukan hanya memerlukan konsistensi. Meski hal ini nampak mudah, namun tetap memerlukan konsistensi anda dalam melakukannya. Dengan melakukan tugas pejabat mengikut jadual, kerja anda dapat dilakukan dengan berperingkat dan memicu kepuasan apabila anda dapat melaksananya dengan jaya.

Menunda kerja hanya akan membuat anda terbenam ke dalam  lambakan kerja untuk dikerjakan secara terburu-buru yang akhirnya mengundang stres. Selain tidak menangguhkan kerja yang ada, pilihlah penyelesaian berdasarkan keutamaan. Menerapkan cara kerja yang efektif  di pejabat mengundang kepuasan dalam  kehidupan yang dijalani.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI