Gaya Hidup

‘Borak SeeNI’ – Inspirasi Pagi dengan Perbincangan Isu Semasa di Astro Prima

Share

Astro dan Nu Ideaktiv telah memperkenalkan program bual bicara terbaru, Borak SeeNI, yang mula bersiaran pada 1 Oktober 2024 di Astro Prima.

Program ini menampilkan perbincangan menarik mengenai isu semasa, gaya hidup, dan kesihatan setiap Selasa hingga Jumaat pada jam 11 pagi.

Dengan gandingan hos-hos terkenal seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, dan Haziq Hussni, Borak SeeNI memaparkan pelbagai topik yang memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah individu-individu yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Barisan hos yang menyerikan program ‘Borak seeNI’!

Salah satu keistimewaan program ini adalah penggunaan teknologi Extended Reality (XR) dan Augmented Reality (AR) di dalam studio, memberikan pengalaman visual yang menarik dan interaktif.

MEMBUKA PELUANG

Ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman menonton, malah turut memberi peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mempromosikan produk mereka secara dinamik.

Menurut Datin Norashikin Habibur Rahman, Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Borak SeeNI memberikan peluang kepada PKS untuk memperkukuhkan jenama mereka melalui teknologi moden. Program ini juga disusun dengan fleksibiliti kandungan yang membolehkan penonton untuk berinteraksi secara langsung.

Jelas Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.

“Ia dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim dan Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman

Kerjasama antara Astro dan Nu Ideaktiv menjanjikan kejayaan program ini melalui gabungan idea kreatif dan teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim turut menyatakan rasa teruja dengan kolaborasi ini yang bukan sahaja memperkasa jenama PKS, malah meningkatkan landskap digital di Malaysia.

“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.

“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim mengenai penghasilan program ini.

TAWARAN LANGGANAN

Borak SeeNI juga boleh ditonton melalui perkhidmatan On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO, dan sooka. Para penonton boleh menikmati tawaran langganan Astro serendah RM41.99 sebulan untuk pengalaman hiburan yang lebih luas dan berkualiti.

BACA: 5 Idea Gaya Outfit Lelaki Dipadankan Bersama Kasut adidas Samba

Dengan kombinasi hos yang popular, teknologi terkini, dan topik-topik yang relevan, Borak SeeNI berpotensi menjadi pilihan utama penonton yang mencari inspirasi dan maklumat terkini dalam gaya hidup.

Program ini tidak hanya mendidik dan menghiburkan, tetapi juga memberikan impak besar kepada perkembangan PKS di Malaysia.

#BorakSeeNI bakal menjadi perbincangan hangat setiap pagi!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

IKLAN