Boon Siew Honda Perkenal Tiga Motosikal Baharu

Share

Boon Siew Honda merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi model PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Ketiga-tiga buah motosikal itu pasti menarik perhatian para pengunjung acara pameran pemotoran itu. PCX Hybrid dilengkapi teknologi hibrid Honda, menampilkan sebuah bateri berkuasa tinggi yang membantu tunggangan. Boon Siew Honda menawarkan lebih banyak pilihan model AT kepada pelanggan apabila memperkenalkan Forza yang tangkas dan bergaya. “Next Stage Total Control” CBR1000RR Fireblade baharu menambah rangkaian model jentera berkuasa tinggi Honda di Malaysia.

CBR1000RR Fireblade

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, “Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah satu tema mega – “Frontier of Innovation” mengambil inspirasi daripada falsafah Power of Dreams Honda untuk terus mengubah definisi mobiliti demi manfaat kehidupan manusia. Berbekalkan Challenging Spirit, kami ingin menawarkan keseronokan mobiliti, terus berkembang sambil membayangkan masa depan dan menetapkan hala tuju bagaimana kita boleh menjadi lebih baik berbanding semalam.”

 

PCX Hybrid Model pertama yang mengujakan ketika majlis pelancaran ialah jentera hibrid dua roda – PCX Hybrid. Model Transmisi Automatik (AT) premium ini direka untuk menawarkan keseronokan mobiliti bersama pakej komprehensif yang terdiri daripada teknologi termaju, tunggangan selesa dan penampilan mewah. Dilengkapi sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol selinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan cecair 150cc yang dipadankan bersama sebuah bateri Lithium-ion output tinggi. Sistem bantuan motor ditambah pada penghidup ACG yang membolehkan enjin memberi maklum balas pendikit lebih tepat dan pecutan lebih baik apabila motosikal ingin memulakan perjalanan atau memecut dengan pantas.

 

Enjin 150cc itu menawarkan kuasa maksimum dan tork 10.8kW pada 8,500rpm dan 13.6Nm pada 6,500rpm. Sementara motor elektrik menyediakan kuasa maksimum 1.4kW pada 3,000rpm dan tork maksimum 4.3Nm pada 3,000rpm. Penunggang juga boleh menikmati tunggangan luar biasa dan mengujakan menerusi tiga mode yang ditawarkan pada model AT premium ini bergantung kepada kecenderungan dan kondisi tunggangan:

 

  1. Mode tunggangan (D) menyediakan tunggangan yang selesa dan penggunaan bahan api lebih baik.
  2. Mode Sport (S) untuk penunggang yang mahukan tunggangan lebih sporty.
  3. Mode Idling OFF yang membantu penunggang menyahaktifkan fungsi Idling Stop System (ISS), tetapi mengekalkan prestasi yang sama seperti dalam mode D.

 

Sebagai sebuah model mesra alam, PCX Hybrid baharu diintegrasikan dengan ciri Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimumkan penjimatan bahan api, pada masa sama cukup berprestasi. Ia juga dibina dengan pelbagai teknologi seperti ISS, Combined Braking System (CBS) dan Honda SMART Key System.

Forza

 

Bukan itu sahaja, model AT premium itu dilengkapi beberapa ciri yang praktikal seperti sistem lampu LED, panel meter digital sepenuhnya, soket DC di dalam kotak konsol untuk kuasa mengecas, ruang bawah tempat duduk yang luas dengan seat stopper dan tangki minyak paling besar dalam kelasnya berkapasiti 8 liter. Gaya PCX Hybrid yang elegan dan mengagumkan itu hadir dalam warna biru mutiara (Pearl Dark Night Blue) yang eksklusif. Dengan pelbagai inovasi dan ciri bernilai tambah, PCX Hybrid sememangnya peneraju dalam segmennya.

Published by
Maiya Deen