Sebagai sebuah jenama yang cukup sinonim dengan seleksi produk beg dan tas tangan nama BONIA sememangnya tidak asing lagi terutama di kalangan penggemar fesyen tempatan.

Gah sebagai jenama pilihan selama 45 tahun, BONIA menyambut ulang tahunnya baru-baru ini dengan turut memperkenalkan koleksi BONIA ISOLE Spring Summer 2020.

Pada majlis cukup cukup gilang-gemilang diadakan di tengah-tengah kepesatan ibu kota Kuala Lumpur, BONIA menampilkan koleksi terbaru dengan persembahan yang cukup mempesonakan.

BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020 BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020

Dikenali sejak tahun 1974, BONIA sentiasa menampilkan ekspresi rekaan yang mewah, moden, elegan dan juga sentiasa relevan dengan perkembangan fesyen komtemporari.

Himpunan koleksi ISOLE ini meyerlahkan ekspresi tiupan bayu laut engan persona pulau-pulau Itali yang indah. Rekaan-rekaannya nampak bersahaja, bebas tetapi dalam masa yang sama tetap mendakap jiwa moden.

IKLAN

Dengan pelbagai pilihan serta barangan kulit berkualiti tinggi untuk lelaki dan wanita, koleksi baru ini menawarkan variasi produk daripada beg pinggang, beg silang, beg sandang hinggalah ke beg kamera dan beg galas bersaiz besar.

BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020

BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020

IKLAN

Diterjemahkan daripada bahasa Itali iaitu ‘pulau’, koleksi ini memberi penghormatan kepada spektrum warna yang menggabungkan keharmonian biru gelap-hijau yang memberi kontra pada kuning terang juga rona tanah yang menonjolkan lagi rekaan bagi koleksi ini.

“Sejak empat dekad lalu, BONIA berkembang kepada jenama yang mewakili aspek moden dan sofistikated. Etos jenama ini nyata terserlah dalam rekaan kontemporari kami, di mana ia kekal sebagai pemacu kepada kejayaan kami sehingga kini.

“BONIA ISOLE 2020 adalah epitome kepada semangat progresif jenama ini dan juga pelanggan kami yang setia,” kata Dato’ Sri Daniel Chiang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BONIA.

IKLAN
BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020
Dato’ Sri Daniel Chiang dan Datin Sri Linda Chen.

MASKUIN tertarik dengan koleksi ISOLE khas untuk lelaki. Menjiwai elemen lautan yang kadangkala ganas dan juga tenang, koleksi ISOLE merupakan iringan terbaik buat jejaka yang inginkan pengembaraan lasak atau lebih sensual.

BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020 BONIA Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Dengan Koleksi ISOLE Spring/Summer 2020

Meletakkan laut biru dalam sebagai inspirasi, koleksi lelaki ini menyerlahkan impak sporty dan sisi gelap yang menepati elemen pada lautan dalam. Ia tercetus daripada elemen peralatan skuba, perkakasan utilitarian, peralatan tentera laut, efek seakan sinar x dari spesimen lautan dan makhluk lain yang menghuninya.

Koleksi ini termasuk sandal, selipar, sneaker, beg pinggang, beg messenger dan beg galas pelbagai saiz. Menampilkan variasi kulit dan vinil, rangkaian ini pastinya menambah satu lagi daya tarikan misteri si jejaka. Koleksi ini bermula daripada RM439 ke RM899.

Turut memeriahkah majlis sambutan ulang tahun ini adalah beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Azrel Ismail, Anna Jobling, Puteri Aishah, Hannah Delisha, Ruhainies dan ramai lagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI