Telur masin sering menjadi pilihan popular ketika sahur kerana rasanya yang enak dan penyediaannya yang mudah.

Namun, adakah ia benar-benar baik untuk dimakan ketika bersahur?

Mari kita lihat kelebihan dan kekurangannya sebelum anda membuat keputusan.

Jom dengar pandangan daripada Abang Syah Ismail dalam video ini!

@abangsyahismail Betul ke telur masin bagus untuk sahur? Jom tengok kelebihan & kekurangannya. #telurmasin #sahur #ramadhan #tipsberpuasa #infokesihatan #fypage ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Kelebihan Makan Telur Masin Semasa Sahur

Tinggi Protein, Bantu Rasa Kenyang Lebih Lama

Telur masin mengandungi protein yang tinggi, yang membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

Ini sangat penting untuk memastikan anda bertenaga sepanjang hari semasa berpuasa.

Sumber Lemak Baik, Vitamin B12 & Selenium

Telur masin mengandungi lemak baik yang penting untuk kesihatan.

Ads

Selain itu, ia kaya dengan vitamin B12 dan selenium, yang berperanan dalam fungsi otak dan meningkatkan sistem imun badan.

Bolehkah Telur Masin Jadi Pilihan Sahur? Ini Kebaikan & Keburukannya!
Foto : Mstar

Mudah & Praktikal, Sahur Last Minute Pun Boleh

Bagi mereka yang tidak sempat menyediakan makanan yang rumit, telur masin adalah pilihan mudah dan cepat.

Ia boleh dimakan dengan nasi panas, bubur, atau roti untuk sahur yang mengenyangkan.

Kekurangan Makan Telur Masin Semasa Sahur

Tinggi Kandungan Garam, Cepat Rasa Dahaga

Telur masin mengandungi garam yang tinggi, yang boleh menyebabkan anda cepat berasa haus semasa berpuasa.

Ini boleh menyukarkan anda untuk bertahan tanpa minum air sepanjang hari.

Ads

Risiko Tekanan Darah Tinggi & Masalah Buah Pinggang

Bolehkah Telur Masin Jadi Pilihan Sahur? Ini Kebaikan & Keburukannya!

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan membebankan buah pinggang.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang, sebaiknya hadkan pengambilan telur masin.

Tidak Mengandungi Serat 

Telur masin tidak mempunyai serat, yang penting untuk sistem penghadaman yang sihat.

Ads

Jika anda makan telur masin tanpa sayur atau buah, ia boleh menyebabkan sembelit dan kesukaran membuang air besar.

BACA LAGI : Mengantuk Lepas Sahur & Berbuka, Ketahui Punca, Cara Cegah ‘Food Coma’

Patutkah Makan Telur Masin Semasa Sahur?

Boleh, tetapi dengan syarat jangan makan terlalu banyak dan jangan setiap hari.

Seimbangkan dengan makanan lain seperti sayur, buah dan air yang mencukupi untuk mengelakkan masalah kesihatan.

Jika anda ingin menikmati telur masin ketika sahur, pastikan ia diambil dalam jumlah sederhana dan bersama makanan lain yang lebih berkhasiat.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI